Minggu sukan merdeka

Tamat sudah pogram sempenan meredeka 31 Ogos kan. Hari ni memang super duper letih gila nak mati la, Ya Allah rabbi , memang la time tengah-hari tu sunyi nak mampos ah, almaklum la semua orang tengah letih kan. Siapa tak letih tu aku taktahu la dia jenis tenaga apa.

Pogram bermula awal dah, dari hari selesa ade lawan bola jaring, bola tampar menampar, eceh ! ini tipu je, lepas tu ada lawan pingpong dan bola badminton. Ops, lupa pulaks ada futsal.

 Okay guys , aku main bola tampar pakai baju kurung je. Rock je kan? Malas masa tu nak tukar baju la. Tang ni menang keyh !
Tungguuu sekejap ! tapi jangan salah faham pulak, menang lawan dengan rumah hijau je. Keputusannya kami rumah merah tempat ketiga keyh !okay lah tu dari takde kan.
Ini pulak pemain bola jaring. Kalau tak silap aku snap gambar ni masa saingan final rasanya. Rumah hijau lawan dengan rumah biru rasanya, Entah la aku ni belum tua dan nyanyok lagi tapi tak ingat. Actually, gambar ni aku just nak bagi fokus yang aku jadi refree je. Tu belakang tu baju merah, Cun ark? kiki.
Muka macam tak ade cahaya iman je. Allah ,macam banyak buat dosa ja. Rumah merah pasti juara. Malam ini masa tu untuk aktiviti nak hias khemah kan. sediakan bahan. Aku just tayang muka sebab letih giler main futsal petang tu, meskipun dapat no tiga, okay la tuh !

Hari yang dinanti-nantikan tap tak tunggu pun, Hari ini la, tak eksited mana pun tapi aku nak juga turun sebab nak join sukaneka pulaks kan. Nak juga rebut bebanyak hadiah ! ayooo ma !



Before kita beraksi tunjuk skil , kena la bergambar dulu kan, Kang takdo pulak kenangan. Acewah ! rasa macam sudah kembali ke zaman persekolah je walaupun dah masuk U nie, Alahai tak ku sangka tak ku duga rupanya dapat main lagi rumah-rumah suka nie.


Okayh ! masa ni aku memang eksited giler nak snap gambar sebab apa , tu tengok tu rumah merah lawan rumah biru masa final tarik tali. Tapi sayang lelaki rumah merah dapat naik juara je lain pulak cerita tarik tali perempuan rumah merah juara beb ! super duper wow ! i cant believe it ! eceh ! poyo !

Dah beraksi pun kenalah bergambar jugak. Ini semua maknyah abad ke entah berapa la aku pun taktahu. helmet pakcik aiskrim dicurik, basikal lelakipun dicuri, helmet angry bird pun dicurik.Allah, apa nak jadi nie !

Ini ha ! rumah hijau yang memang dari awal lagi asyik duk jadi pesaing aja. Dari sukan sampai la ke sukaneka. Khemah pun sebelah-sebelah. Kita snap je la gambar meskipun musuh dalam suka. Aceh !




Akhirnya kata, kami la bakal juara . Keputusan belum umum lagi, besok rasanya. Jadi nantikan hari esok dengan debar. Poyos giler nak debar bagai. Nak muntah belelah aku baca. kbaiii

'inshaallah , kita akan ditakdirkan bersama'


Majmuah Empat Beraya dengan Mentor

Assalamualaikum readers. Ha , gituuu you readers kaww. Sampai di Kelantan ni mahu la jugak makan dalam dua minggu kan. Tapi petang tadi adalah kali pertama aku beraya rumah orang Kelantan. Ape lah nasib tak dapat nak gempak beraya kan.

Tetadi beraya rumah mentor kami. Ustaz Najib. Bukanlah Najib Razak. Ouh! kalau yang itu minta dijauhkan ye, memang idok ler dia jemput kawe.
Hamboi Najah, ummi kau penat-penat hantar kau pergi UM ni untuk jadi ustazah, kau main rembat bercita-cita nak jadi pembunuh ye. Ape keheyy nie. Memase nie belum gerak lagi. Tunggu kereta dan manusia siap.
Almaklum lah bila dah nama pun perempuan dan kata mak aku orang perasan cantik ni memang kuat begambar. Tapi yang aku peliknya kami kuat bergambar tapi hakikatnya kami memang cantik bukan perasan cantik. Awww gituuu. Cenderahati yang tengah tu untuk U.Najib. Perkataan khat tu buat sendiri tau. Hasil tangan Husna. Cantik.
 Anak terbuang mana pulak ni duduk diatas rumpun. Hengat orang nak bagi duit raya ke? Jangan harap la, kuih raya pun belum tentu orang nak bagi la. Duduk leklok keyh!
 Muka suci sesuci nur. Entah sejak bila kak cik pandai drive, nanti bukan sampai rumah Ustaz Najib tapi sampai ke Hospital Kubang kerian. Hospital boleh tahan lagi, kalau ke tiang dua? Oh no ! i belum kahwin.
 Nah ! macam mana ade yang tersepil dekat tepi tingkap tu. Gasak sungguh bebeno ye.
Gambar asalnya, semua yang ade dalam gambar ni orang yang comel lote je. Cute sama ketinggian je. Datang je kitorang yang bukan rendah nie, terus jadi buruk gambar, tapi orang-orangnya tetap cun same seperti sebelum nie. Sempat lagi perasan tu.
Taraaa !sampai pun meskipun, aduh ! susah bebeno nak ceritanya. Mana taknya, masa pergi tu ikut bebudak lelaki. Lepas tu aku memotong nak ikut belakang budak lelaki tu. Tapi agaknya bebudak ni ingat aku macam nak berlumba agaknya dia boleh main-main  nak potong sampai la aku terkedepan salah masuk lorong. Nasib badan.

Nak cover punya pasal , malu oi ! aku cakap la nak isi minyak. Alang-alang kan nak isi minyak. Ape la nasib dulu pun masa bukak puasa kitorang juga tersasar sampai ke pasir puteh. Memang muka sesar je.
Apabila para jejake sudah bangun untuk makan maka kami ratu cantik ni duduk la dekat tempat yang tadi dorang duduk tu. Menterdarah pulak kuih raya sementara dorang amik makanan.
Antara makanan yang disediakan. Cisss ! macam la banyak lauk utama siap ade 'antara' pulak. Ustaz masak nasi arab aku rasa kot la. Tak pon nasi briani. Entah la aku pun tak tahu nasi apa yang ustaz masak. Yang aku tau sedap dan lazat namun aku tak puas makan sebab aku makan sikit sebabnya aku memang tak reti nak makan banyak rumah orang. Kalau rumah aku atau sedare, pi lantak la. Aku la raya makan ! haha.

Ade ketupat pulut entah apebenda entah namanya. Yang tiga segi tu. Ade bubur kacang merah. Ye-ye je aku amik banyak sebab aku ingat bubur pulut hitam rupanya kacang merah. I tak minat la. Ade tapai ade kek, ade ape entah memacam la. Tak ingat aku nak hafal satu-satu.

Wajah bahagia kanak-kanak ribena selepas diberi makanan yang sungguh enak dan lazat. ceria sungguh takde langsung wajah stress. Dapat makan kan, siapa tak suka.

Ini semua gambar Miss Universe. Bajet benci orang baca. Miss la sangat. Haha. Inshaallah bakal ustazah, peguam, cikgu, pegawai bank dan sebagainya la. Haksss gituuu.
We are super duper cute, tomey-tomey dan bosan aku tulis dari tadi dok bangga diri je. Nak buet macam mano. Takde orang nak puji. HAHA.

Akhir kata. Ada satu dua peristiwa yang berlaku hari nie membuatkan aku berkecil hati. Ade benda yang aku nak ingatkan. Apabila ada orang sanggup membantumu dalam susah, janganlah kau berendah apabila dia memerlukan bantuanmu. Hari ini orang susah, hari esok? Hari ni kita bahagia, hari esok?

Bukan mudah nak jaga hati orang, kalau tak mampu lebih baik jaga hati sendiri. Ergh ! kadangkala berbuat baik pada orang hanya mendatangkan rasa sakit hati dan terluka. Terima kasih.

'inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama'

Benarkah ikhlas?

Kadang-kadang yang baik itu Allah telah aturkan buat hambanya dari sejak azali lagi. Habis tu macam mana pulak dengan orang yang dapat sebaliknya? Itu namanya takdir.

Bila kita sukakan seseorang itu , kita mesti nak dia bahagia walaupun bukan dengan kita. Hakikatnya dalam hati hanya Allah je yang tahu. Manusia ni memang pelik, bab perasaan susah nak bersikap jujur kerana ego. Lumrah la tu sebab rasa sakit sangat bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.

Btw,sekarang mood nak update entry makin menjadi-jadi terutama pasal cinta. Sorry pada yang tak suka.

Bila nak cerita pasal ikhlas, bukan semua orang boleh ikhlas kan, kan? Ada tu kekadang bukan nak terima kenyataan yang cinta mereka dah ditolak.

Ikhlaskan hati bukannya senang weh korang ! orang yang nak ikhlaskan sesuatu perkara tu perlukan kekuatan jitu. Ha kaww ! gitu kaww.Bukan semua orang boleh bahagia bila orang yang dia sayang tu bahagia dengan orang lain. Boleh mati meroyan woih !

Tapi bila kita ikhlas dan jujur dengan perasaan kita tu, inshaallah kita pasti akan redha dan cuba tahan rasa sakit tu kan. Nak jaga hati tu bukan mudah la.


Apa langkah yang perlu dibuat bila hati rasa sakit tengok dia bahagia dengan orang lain? Macam aku senang je ha , kalau aku makan hati, sakit hati aku akan otometik jadi lapar dan akan menterdarah sampai jadi ulaw sawa kekenyangan. Fuh ! memang puas weh. Lepas tu aku akan makan coklat cabery satu bar paling besar tu tanpa rasa muak dengan linangan airmata.

Jujur aku kata , bila aku makan hati, sakit hati, sedih hati , aku sangat perlukan cokelat cabery yang besar tu. Pelik tanpa muak aku makan cokelat tu even besar gedabak! sedangkan for normal situation aku cepat mual dan muak dengan cokelat besar gitu.

Gelak kekuat pun dapat buat aku lupakan kesakitan tu. Tidur pun same. Layan perasaan? semestinya aku pernah buat. Sebab aku cuma manusia lemah weh !

When everything kembali baik, aku akan cuba fikir secara waras. Segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Redha dan sabar.

Nak kata aku tak pernah frust. Aku rasa memang nampak naw la tipunya aku tak pernah frust. Nangis sakit hati ? Yes , masa tu memang sakit giler kot. Lepas bangun tidur subuh tu, aku cuba ikhlas kan hati. Kalau betul sayangkan dia , cuba redha kan segalanya. Everyone make a mistake.

Ingat satu benda je , Allah dah rancang sesuatu yang baik buat kita. Bukan sebab Allah dah takdirkan ada yang lebih baik, sebab semua manusia terbaik. Cuma dia tak sesuai dengan kita. Kekadang tu memang la akan hadir sikit rasa terkilan sedih dan memacam la. Cuba lupakan dan jangan fikir sangat.

Aku sakit, aku terluka, aku pernah menangis aku pernah meratapi, aku pernah minta diberi kekuatan. Sampai sekarang aku ingat seorang sahabat aku ni pernah kata.


"alia, bila sukakan seseorang tu, dalam hati tu perlu ada mawaddah, sakinah dan rahmah. Mawaddah itu cinta. Macam mana kau nak ada cinta, kalau kau tak tak boleh nak terima sikit pun kekurangan dan kesilapan yang dia buat. 

Kedua itu Sakinah, sakinah itu ketenangan. Macam mana nak ada ketenangan kalau kau tak pernah nak percaya dekat dia. always ragu dengan dia,selalu rasa nak dia sentiasa ada depan mata kau.

Yang terakhir tu, rahmah. Kerahmatan dari Allah dan ibubapa kau. Kalau perasaan kau ni tak dipelihara macam mana nak ada kerahmatan"

Thanks to Ekin Suhaimi.

Simple je kan sebenarnya. Apa pun kembali pada diri kita balik,kuat dan cuba terima kenyataan. Kalau sanggup sabar dan tunggu , jangan merungut. Yakin dengan takdir Allah.

Ikhlas kan diri tu memang pada awalnya menyakitkan. Tapi kesudahannya kita akan rasa tenang tanpa gangguan. Kekadang tu ambil masa yang lama untuk ikhlaskan hati terumata perempuan. Semoga semuanya kembali pulih ye.

JEMPUT PENUHKAN TABUNG SAYA - SATU - DUA

'inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama'

Malu nak minta maaf ?

TOLONG PENUHKAN TABUNG KAHWIN SAYA ! SATU - DUA - TIGA

Setiap orang pernah melakukan silap dan salah. Woih ! bukan normal la kau tu kalau tak pernah buat salah! Hingat kau tu maksum sangat ke? Marah benooo gamaknya. Acha-acha je.


Kadang-kadang tu bila kita dah buat salah, mesti ade timbulkan rasa macam malu nak minta maaf kan? Ngaku je la, sebab kita semua manusia.

Kenapa pulak timbul rasa macam tu? Lu fikir la sendiri. Malas wa nak fikirkan untuk lu !

Kadangkala tu, salah dan maaf yang tak diungkapkan makan bertahun-tahun lamanya. Paling menyadiskan adelah bilamana hubungan tu adalah hubungan kekeluargaan. Sampai bila nak simpan je?

kekuatan yang sebenar manusia ni bukan terletak pada fizikal, tetapi pada hati kita tau. Orang yang kuat akan segera minta maaf apabila melakukan kesalahan terhadap seseorang. Buat apa nak ego? sebenarnya ego tu hanya menghancurkan sebuah hubungan tu je.


Dah tu kalau dah pergi minta maaf tu, jangan pulak nak mengada-ngade pulak kan siap nak bagi syarat bagai, wak lu ! lu ingat lu sape? Amboi ! kasaqnya bahasa, almaklum la I ni orang Melaka. bahasanya kasaw tapi youuu all , hati orang melaka ni baik youuu.

Kuatkan diri untuk minta maaf bila dah buat salah. Jangan dilayan sangat hasutan syaitan yang direjam tu. Jangan dilayan sangat ego tu. Tak rugi pun kalau kita minta maaf. Terutama itu memang ternyata salah kita.

Kadang-kadang tu bukan setakat ego, taku angkuh, bongkak dan tak nak beralah. Kadang-kadang tu kita merasakan yang kita dan terlalu banyak beralah dan minta maaf. Hallo der ! dah lu buat salah, tak kan la orang lain pulak nak minta maaf ! buang je la rasa angkuh tu !

Positifnya, minta maaf tu kan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Segala harta benda khazanah pusakan yang berkaitan dengan mencuba untuk eratkan silaturrahim tu kan akan membawa kita kepada pahala dan ganjaran yang besar dan baik dari Allah. Tak nak pahala ke? ke dah banyak sangat pahala?

Ha ! kalau dah hati tu keras kedentum macam batu meteor tu, berdoalah pada Allah semoga dilembutkan hati. Allah kan tak akan pernah mensia-siakan doa hambanya lagi-lagi benda baik.

Dah tu kenapa tak minta maaf lagi? Hey korang !dendam tu hanya penyakit yang tak akan beri sehabuk pun bahagia.


Entry ni aku terpanggil untuk buat sebab perkara ini khas ditujukan untuk diri aku sendiri. Sebab perangai aku yang ego susah sangat nak minta maaf hatta dengan bonda sendiri. Amboi ! bonda tak boleh bla tu kot. Jadi sesame kita ubah diri kita. Biasalah kita manusia tak sempurna.kbaiii

SUMBER : MAJALAH ( tapi diolah oleh aku )

Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..

Jodoh itu..

Jodoh itu tak mengenal erti usia , rupa paras yang cun melecun macam Fazura ke , tapi kalau cun macam aku tu okay la kot, *Boo . jodoh itu tak mengenal erti kaya atau pangkat.


tak semestinya yang kacak akan dengan yang cantik,

tak semestinya yang kaya bersama dengan yang berduit,

tak semestinya yang baik akan dengan yang baik jugak,

tak semestinya yang tua akan bersama dengan yang tua jugak,

tak semestinya juga bergantung pada tempoh lama bertunang atau bercinta,

Jodoh itu akan datang meskipun lambat. Ikut rezeki memasing, ade yang jodohnya datang awal , say alhamdulillah. Kalau datang lewat pun alhamdulillah sebab Allah tahu yang terbaik buat kita. Dah tu kenapa aku nak sangat kahwin awal ni walaupun kalau kahwin lambat pon mungkin itu yang terbaik untuk aku? Ergh! , sorrry terpesong kejap !


Berkahwin dengan orang yang kita cinta, itu jodoh dan pilihan

Berkahwin dengan orang yang kita tak sangka itulah jodoh dan takdir.

Semuanya jodoh samada dia berkulit hitam atau putih, kuning langsat atau cokelat. Semuanya jodoh meskipun dia bukan pilihan hati kita, namun bila dan bersatu, dia la jodoh yang terbaik buat kita.


Segalanya kuasa Allah, jodoh adelah takdir yang boleh diubah. Dengan ade nya doa dan usaha, kita mampu mengubah takdir itu kerana Allah tak akan pernah mensia-siakan hambanya yang berdoa dan berusaha.

"seandainya jodoh itu milik kita, Allah pasti akan memudahkan perjalan kita. Allah pasti akan satukan kita walau dengan cara apa sekali pun. Walau seribu ujian yang datang melanda, andai ada jodoh untuk kita berdua, kau dan aku pasti bersatu"


'inshaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

kerana salah faham

Kalau nak cerita pasal salah faham ni memang banyak sangat lah kisahnya , kadangkalah disebabkan salah faham tu la suatu hubungan yang dulunya elok kini semakin pudar.
disebabkan salah faham yang tak cuba untuk dileraikan maka, dua orang akan saling berjauh hati . sebaiknya tanya dahulu sebelum bersalah-salah faham nie.

Entry kali ini memang aku tujukan khas untuk sorang sahabat yang aku harap sangat dia memang terasa dan tahu entry ni khas untuk dia 101% ! Aku rasa aku telah salah faham terhadap dia. Tapi tak tahu la kalau sebenarnya aku memang tak salah faham.

Hentah la hoi ! memang la sejak kebelakangan ni aku memang agak dan asik-asik terasa hati dengan dia la hai ! mungkin aje aku ni bukan sahabat yang memahami kan, kan kan ?

Tambah-tambah lagi kan , ade satu malam tu sebelum cuti raya, aku sangat memerlukan kau, tapi kau langsung tak angkat call aku, tak balas masej aku. Masa tu aku rasa lemah sangat atas sebab 'perkara' yang aku baru tahu tu. Tapi kau tak layan pun. Sedih kot.

Tapi itu biarkan je la benda tu , sejak tu sampai la malam kelmarin kita tak bermasej atau bercall langsung kan. Aku agak ternanti-nanti la jugak masej raya dari kau. Alahai ! hampeh weh ! sedih kot.

Tapi takpe la , kata orang redho je la kan, kan,kan.

Sampai la bebaru nie, semalam lah kot kan, aku memang rindu nak mati dengan kau. Makanya aku telah hantar satu masej kepada kau berbunyi macam nie.
adakalanya kita cuba untuk menjadi sahabat yang baik, walaupun pada hakikatnya kita gagal untuk menjadi seorang sahabat yang baik

Aku harap kau akan tanya soalan yang sering kau tanya .. " alia, kau okay?" 

Tapi nampaknya balasan yang aku terima sangat berlainan dari apa yang aku harapkan dan apa yang aku anggarkan.

Hanya tiga perkataan sahaja weh ! sumpah ! menitis juga airmata aku. "siapa ni yea?"

Dengan perasaan sedih dan pilu aku terus balas "takpe la, sorry. salah no .kbaii"

Ha ! ini lah aku kalau mula terasa hati , terus kbaii , bukanya aku nak tanya dia kenapa tak tahu no aku ke, atau apa-apa je la.

Sebab dalam fikiran aku cuma satu, Ish ,dia ni dah lupakan aku ke, sampai no aku pun dia dah padam. Masa tu weh !, meleleh-leleh kot airmata aku nie. Lantak la orang nak kata aku ni jiwang sangat ke, over sangat ke, tacink yang amat ke. Ade aku kisah ?

Masa tu Allah je tahu apa yang aku rasa, seorang sahabat yang sering ade disisi aku saat aku berduka, yang sering tenangkan bila hati aku gundah, yang sering pujuk bila aku menangis, yang sering beri kata semangat setiap kali aku down, tapi bila tanya aku ni siapa?

Tersedu-sedan beb wa nangis ! bak kata adik bilik wa "kak Alia ni nampak je ganas, tapi dalam hati lembut dan lembik juga eh"

Opkos la youuu ! dont judge a person by her face. cece.

Masa tu macam-macam rasa yang datang mengganggu hati aku ni. Sakit hati kot , sampai la Allah ketemukan aku dengan satu post dari seorang senior ni dekat wall facebook dia. Baru la aku tahu yang aku telah salah faham terhadap dia.


Rupanya handset dia rosak, no hilang sebab tu tak kenal aku. Errr ! nak nangis rasanya . Sobs sobs.

Jahatnya aku nie, sampai memang aku dah pasrah tahap gaban la bila dia tak kenal aku. Masa tu aku dah tekad tak nak share apa-apa dengan dia lagi. Bajet merajuk la konon. Puih !

Betul lah, kalau kita memang salah faham, satu hari nanti Allah akan tunjukkan juga kebenarannya. Jadi jangan takut Alia, kalau benar 'perkara' itu hanya salah faham, kau pasti akan temui kebenarannya. Aku juga akan sentiasa doa agar 'perkara' itu hanya salah faham. Amin.

Aku memang dah salah. Sebenarnya bukan dengan dia je aku salah faham. Dengan orang lain pun kekadang aku salah faham. Aku minta maaf bebanyak  pada sesiapa yang sering aku salah faham.


bersahabatan itu bukannya hanya pada kelebihannya, tetapi juga pada kekurangannya. Janganlah kerana layanan baiknya  pada dirimu, maka kau selalu memujanya, namun bila sekali dia telah berpaling arah padamu, kau telah membuangnya.

Sorry to everyone. Yang tak tertulis nama tu, tapi aku pernah buat salah tu, sorry bebanyak terutama Farah aida , Najiha , Uknti  dan suatu ketika dahulu , Sufi :D kbaii

Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..

Nak kahwin awal lah !

Almaklumlah , bila dah balik kampung kan, mestilah dah terjumpa dengan sanak saudara , sepupu sepapat , mak cik pak cik dan sebagainya. Masa tu boleh pulak terborak kejap je la dengan abang sedare aku nie. Aku ni memang janggal sikit dengan dia . Sebab apa ?

Ha ! sebabnya dulu aku penah simpan perasaan dekat dia ! sumpah malu kot bila ingat balik. Eh , bukan cinta atau sayang tau , tapi kata orang suka je. Kalau suka tu memang ramai la aku pernah suka, cuma cinta tu ade yang terkena je.

"Belajar dekat mana ?"

"Belajar dekat Kelantan"

"Ye la dekat mana? Kolej mana? U mana?"

"Dekat UM la"

"Berapa tahun?"

"Bulan 2 ni kot habis"

"Habis terus?"

"Ha la , lepas tu kalau ade rezeki sambung degree pulak dekat UM KL pulak"

"Yang tu berapa tahun pulak?"

"Hm , 3 tahun"

Dengan selamber badaknya dia gelak kemudiaan cakap  " Umur tua la nanti kahwin"

Cis ! Ini memang mendatangkan kemarahanku. Allow abang sedareku yang handsome melecun nie , aku nak kahwin awal keyyh ! tak semestinya aku habis belajar baru aku nak kahwin. Niat hati ha, aku habis asasi je terus aku nak kahwin tau !


Dia ni memang tau ! macam tahu-tahu je aku ni nak kahwin cepat-cepat boleh pulak usik aku cakap kalau sambung lagi lambat la kahwin. Senang-senang aku kahwin dengan kau je lah ! hehe. Gurau je.

Bagi aku tak semestinya untuk orang yang sedang belajar ni perlu kahwin selepas tamat belajar. Kalau dah berkemampuan dan dah ade pilihan , kahwin je lah kan. Tengok macam dena bahrin tu , still study kot,tapi kahwin siap ade anak lagi.

Kalau tak mampu ? Hek Eleh ! tu Mira dengan Muhsin tu belajar jugak , ilex je kahwin awal. Boleh je kahwin sambil study. Perkahwinan tu tak menghalang pun seseorang itu untuk belajar. Malah aku rasa orang yang kahwin masa belajar ni , lagi la semangat tau.

Aku pernah la sekali terbaca satu entry blogger Aisyah Humaira 'Munirah Zahari' tu. Dia cerita pasal result dia baik. Katanya dia dapat buktikan perkahwinan bukanlah penghalang untuk dia berjaya. Malah dia rasa apa yang dia buat lepas tu semuanya umpama berkat,sebab tu alahamdulillah keputusan dia pun makin cemerlang sebab diredhai Allah.

Seorang lagi tu, Mira dengan Muhsin tu , lagi gempakk! kalau nak fikir pasal rezeki , bukan ke Allah dah janjikan rezeki bagi setiap insan. Jadi tak payah takut. Dari apa yang aku baca , melalui pengalaman dorang berdua, memang super letop la !

Suami dia boleh dapat biasiswa dari dua tajaan tau. Itu namanya rezeki. Rezeki itu dari Allah. Jangan takut lah, kalau kita buat untuk dapat keredhaan Allah , Allah tak kan beri jalan sempit pada kita.

Aku tak marah pun abang sedare aku cakap macam tu, sebab aku tahu dia mengusik je. Sebab dia suka mengusik la dulu aku pernah tersuka dekat dia. Haks. sumpah loyar tekak dia kalau baca benda nie!

Kalau korang tu dah ade cewek kan , boyprengg ke , kahwin jelah terus. Kalau fikir pasal tak mampu nak sara. Tak ape , islam memudahkan penganutnya. Kita boleh nikah gantung. Ianya dah menghalalkan segalanya. Kiranya kata orang nikah gantung ni macam tiket untuk korang nak bersentuhan la. Tapi jangan la buat nikah ni macam mainan. Cuma kalau korang fikir takade duit nak tanggung, nikah gantung la dulu. Usaha lelebih , nanti inshaa Allah rezeki akan datang.

Aku ni cakap lebih , Heyy ! aku pun nak kahwin awal , tapi inshaa Allah kalau ade orang nak nanti , aku akan terima je. Cuma aku tak faham , kenapa bila orang datang merisik aku, mak aku mesti tolak ataupun tak nak dulu. Alahai ! bukan aku tak nak tunggu yang sorang tu , cuma aku tak pasti hati dia untuk siapa.

Kbaiii. Aku tahu nanti mula la orang nak mengata aku kata aku nie gatal la miang la ape la. Hallo! aku tahu apa yang aku cari dan apa yang aku nak dalam hidup aku . Jadi kalau tak suka , jangan tengok nanti buat tambah bengkak hati je.


Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..

Miracle garden 'Dubai'

Wa cakap betul , lepas mata cantik wa ni dapat tengok je taj mahal , dan siap bergambar semua tu , wa terus angkat kaki pergi ke miracle garden ini Dubai.

Ek eleh Alia! balik-balik tempat macam tu je, kau takde tempat lain ke nak pergi . Allow kawan , kalau kau nak pergi Paris tu pergi la, aku nak pergi Paris destinasi kedua aku. Yang pertama India, Dubai. Yehaaa !

Memang masa kali pertama mata aku tertancap pada gambar miracle garden ni, aku rasa kaki aku dah sedikit terangkat. Otak aku dah mula banyangkan diri aku disana. Hati aku berdegup kencang,Ini sumpah over nak mati ! tapi senang kata , memang aku dah berangan habis la nak kesana.

Mana tak nya weh ! cun giler , cantik nak mati nak mampus memang tahap gaban la cunnya ! kenapa kat Malaysia takde eh ?

Memang kalau korang tak terpikat , aku tak tahu la nak cakap ape lah kan. Ape yang pasti aku sangat suka dan jatuh cinta dengan tempat nie ! Cuba la korang bayangkan, kalau amik gambar kahwin pun cun gak nie, tapi tak ade la melampau nau nak amik gambaw kahwin dekat sini, lain la kalau aku kahwin dengan orang Dubai kan. Cun habis.

Jum layan gambar pulak.









Nah ! macam mana ? Tergoda tak dengan gambarnya ? Alahai , teruk la kalau korang tak tergoda , aku nie ha siap dah berangan entah yang keberapa kali entah nak gi kesana. Nak gi sekarang,fulus tak cukop lagi. Berangan je lah dulu kan,kan. Sobs Sobs.

Cecantik giler kot bunga dia berwarna warni. Orang kata tempatt nie kalau pergi family ke , kekawan ke cun ah ! warna -warni weh bunga dia. Terpikat aku kejap ! Haku memang la suka bab memelik ni bagi je lah dekat aku, tapi sebenarnya tak pelik pun sbb memang cantik weh ! kbaiii