Sekitar MOCK TRIAL [ Barua ]


Puan Norkumalara  ( me ) dengan Belief Aina

Bismillah,

22 april haritu maka berakhirnya debar untuk MOCK TRIAL budak-budak Syariah Undang2. Lega sangat dahh lepas tapi sangat sedih dan rindu. Sebab tu tak suka perasaan macam ni. Err.

So dalam jam 7.45 malam orang dah start datang. Tiket memang dah lama sold out walaupun lagi sejam berlangsung orang masih meminta tiket.

Kitorang para pelakon dan bersiap mekap segala bagai. So lepas maghrib dah naik DKU API untuk prepare lah.

So kita enjoy gambar je la sebab jalan cerita orang dah tahu. Cuma video penuh akan diupload kemudian hari selepas diupload ke utube.



Okayy masa ni abang fadhil tengah baca doa sebelum kitorang mulakan pementasan. Sangat debar nak mati ah masa ni.


Keadaan dewan utama API sebelum dipenuhi dengan penonton. Grr.


Bahagian multimedia yang bertumkus lumus memastikan semuanya berjalan dengan baik. Teknikal sangat penting.


Keadaan diatas pentas suasana dalam makhamah tinggi APIUM.




We did it ! Penonton gelak dan kami telah berjaya menghidupkan suasana. Kami sedaya upaya buatkan supaya duit yang dibayar oleh mereka sangat berbaloi.


She is me. Amboii jadi perempuan arab siap berjoget bagai atas pentas tu. Hek.


 Nearly with final scene.





Antara orang paling kuat menjayakan MOCK TRIAL. Orang yang banyak memberi semangat dan kekuatan dan keberanian dalam hati kami. Thanks abang Fadhil. You are the best.

Thanks senior for every moment that i had sepanjang bersama dengan kalian. The best seniors i ever had.Sporting dan sangat baik. ( Sebab aku jarang berbaik dengan senior) haha.

Mock Trial JSU UM ( BARUA )


Bismillah,

Insyallah kami Jabatan Syariah Undang-undang akan mengadakan satu Mock Trial yang bertajuk BARUA ianya berkaitan dengan penjualan anak.

Sedikit sinopsis telah ditulis dalam post yang sebelum ni. Boleh search la kalau rajin.

Details perjalan program.

Tarikh : 22 April 2015
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam
Masa : 8 pm - 11 pm


Harga tiket adalah RM3 tetapi sudah SOLD OUT. Muahaha. Tujuan aku update blog ni sekadar nak share keterujaan aku join mock trial ni. Aku tahu korang takleh datang sebab dah sold out. Mhahaha.

Seriosly, i felt so badly bila sedar betapa teruknya lakonan aku. Aku tak faham kenapa tak sampai ke jiwa and aku rasa macam tak bersemangat nak-nak aku part last. Part cincai bancai jerk. Gituww.

So doakan supaya ianya berjalan dengan lancar dan berbaloi dengan bayaran tiket yang telah dikenakan. We try our hardest to make it perfect even sometimes rasa macam grrr.. Boleh ke tidak aku teruskan? But once you dah terjebak, you must finish it! make it as a perfect story.

Moga-moga diterima umum.
Bismillah, kami mulakan..


Sambutan Hari lahir 30 march ( The best moment i ever had )

Ini kisah hujung bulan mac yang lalu bertarikh 29 dan 30 march 2015. Hari yang menukarkan umur aku dari 20 ke 21 secara offical. So Iam already matured.

Sejujurnya ini adalah tahun kelahiran aku yang disambut agak special sikit. Maksud aku dari sudut sambutan dari kawan-kawan. Kalau family memang  macam-macam dah aku dapat. Selama ni memang hari lahir aku tak pernah disambut macam ni atau aku tak pernah dapat kejutan. Memang tak ada orang berminat nak buat.

Just wishes dari kawan baik sahabat. Dapat hadiah dari yang betul-betul rapat itupun aku yang minta. Muahaha.

So macam birthday kali ini, memang aku tak expect langsung walaupun aku selalu minta dorang sambut hari lahir aku. Muahaha.

Bermulanya pada 29 mac tu Hana ajak kitorang pergi makan dekat Dip n Dip sebab dia teringin dan aku pun teringin juga sebab memang aku tak pernah pergi makan kat situ. Rancangan awal pergi 4 orang tapi last minit seorang tak jadi pergi. So aku, Yana dan Hana je yang pergi.

Didalam hujan yang lebat dan petir sabung menyabung kitorang redah ke Dip n Dip bangsar. Sampai je terus diorder oleh Hana. Memang tengok harga cekik darah. So kitorang fikir nak kongsi berdua dengan Yana memandangkan Hana boleh survive sendiri. Tapi dia kata nak belanja sebab dia yang ajak and sebagai tanda celebrate birthday aku. Kira maca pra-birthday la. Sudah macam pra-wedding pula.


Kitorang ada order 3 jenis makanan dekat situ. Tapi aku tak ingat kejadah nama dia sebab panjang sangat dan aku rasa lebih kurang je nama dia cuma bezanya nama tambahan yang lain.

So tiga beda ni memula aku fikir tak cukup. Tapi lepas tu aku rasa menyesal amik 3 jenis ni. Air siap bukan main spesial je aku pandang ha. Kalau aku tahu mual aku amik air mineral jerk. Belagak nak air manis. 10 jam aku mual tak boleh terima benda manis dalam tekak. Minum mineral dengan chewing gam je.


Okay , ini video ala-ala ucapan pra-birthday aku la kunun. Ceet.

Okay lepas tu tiba la 30 mac tu. Memang ramai tak wish aku sebab aku private kan birthday aku dekat fb. Lagipun aku malu la orang wish. Tapi aku suka bagitahu orang birtday aku. Aku suka bagitahu orang tapi aku jenis malu kalau orang tau sendiri. haks. Jenis manusia apa tu?

So nak jadikan cerita aku frust juga la sebab ramai juga kawan2 baik aku yang tak ingat hari lahir aku. Memang sangat ramai sampai aku perlu mention. Wakaka. Yang dah tahu tu tahu la kan?

Lepas tu petang tu ingat nak balik rehat je, lepas tu terbalik ponteng kelas sekali. scroll dekat ig terjumpa member aku masak ketam. Tetiba teringin nak makan ketam so aku, Husna n Nisa nak teman aku makan ketam dan Husna belanja. Tetiba Hana ikut.



So kitorang pergi makan ketam 5 orang termasuk Fadilah. cari kedai sampai sesat ke times square. Lepas dah dapat makan tetiba ajak aku round Um semata nak tunngu kawan nisa. Macam tak masuk akal pun nak buat kejutan untuk aku.

Seriously kawan aku Nisa ni memang failed nak berlakon. menipu pun terang tang tang menipu. lagi banyak dia bercakap lagi banyak kantoi. Tapi lucu kot masa dorang nak lengahkan aku tapi aku dah banyak jangka dah sebab sikap dorang terlalu berbeza sampai Hana cakap dekat Nisa " Kak Nisa, why you so confused?"

Nisa memang paling nampak ah menipu. HAHA. Lawak sangat bila teringat balik. Lepas tu dengan benda tak logic nak buat. Haii lawak toi.

Tapi aku memang rasa terharu dengan apa yang korang buat. This is my first time got celebrated on my bornday from friends.

Dorang dah sediakan pizza dan kek untuk raikan masa tu rasa terhari and sebak rasa nak nangis but malu la nak nangis.

Kitorang luangkan masa hampir 2 jam cuba mengenali diri dan hati masing-masing. you guys so awesome. Aku bahagia bertemu dengan kalian dan post ini amat ikhlas dari hati aku. Sumpah lillahitaala semoga kita kekal bersahabat.

I got Carlo Rino's purse from Hana.  Hadiah paling mahal dari kawan-kawan yang aku pernah dapat setakat ini sebab tu aku rasa kali ini amat special.



And I got this perfume ( Victoria's Secret angel GOLD) from my cherry strawberry rumet Kak Najla. Ini pun antara barang mahal yang aku dapat dari dua insan yang aku baru kenal sejak masuk UM KL ni.



Kak Najla beli ni sebab dia kata aku pernah puji perfume dia wangi. Tapi serius memang wangi dan aku suka sampai aku sayang sangat nak pakai. HAHA. Aku tak nak pakai boleh tak? Kalau nak beli sendiri memang... HAHA...

Bagi aku barang harga RM50 keatas tu dikira mahal la tu. KihKih

Oh ya, I got blouse warna pink tak silap dari Anis Tasnim mommy paling muda. Hehe. Thanks all. Tak pernah dapat baju dari kawan-kawan. Heww.

Terima kasih kepada kepada semua yang menjayakan. Terutama kepalanya adalah Liyana, Hana and Hana i think. Kalau salah sorry. Tapi credit to all JSU-ians.


-Hakimah-Izzaty-Amani-Husna-Nisa-Sayang-Shu-Sha-Kak Aisyah-Rahmah-Aina-Athhera-Wardah-