Knock knock.. boleh saya masuk dalam hati awak?

Dan bila secara tiba-tiba kau jatuh hati dekat someone tanpa kau sedari.
Dekat seseorang yang kau tak pernah terfikir.

Pelik bukan?
Pada orang yang kau tak suka ataupun orang yang sentiasa buat kau rasa jerit nak lempang nak tampo dan segala macam.

But at last, muka tu kau rasa nak tatap setiap detik.

But its normal kan?

Sedangkan waktu boleh berubah apatah lagi hati manusia. But the thing is how you manage you self? Macam mana kau menghadap dia ? Macam mana kau nak buang rasa malu tu?Macam mana kau capai tahap yakin kau bila dihadapan dia? Macam mana for everything,

What the heck.

I told myself to not fall in love with anyone. But manusia hanya merancang Allah yang menentukan. Otak hanya mengarah yang merasanya adalah hati.

Actually perasaan tu tak salah. Manusia mana yang tak nak rasa nak cinta dicintai. Tapi yang membuatkan manusia selalu berungut adalah sebab macam mana kita terima perasaan tu ada. Macam mana kita nak jaga hati kita dari terus sakit.

Sakit ? Sakit kan bila syok sendiri.

Tapi macam mana kau elak sakit tu?

Ask yourself.

Hidup kita ada pilihan. Samada nak bahagia atau sengsara. So kalau kita pilih bahagia, kita kena buang perasaan tu. Aku pernah rasa satu saat dulu.

Sebab tu kali ini kita kena pilih apa yang membuatkan kita terus gelak bukan menatap nasib.

Thanks for reading.

noodle station , aiskrim jipangi dan steamboat grill fateh

Bismillah,
Assalamualaikum

6 sept my bestfriend's birthday and baru semalam celebrate.  Actually nak buat suprise dengan kawan-kawan dia yang lain tapi almost a month baru lah dorang tak jadi. Bengang kot.

At last aku paksa Si Hanan ni datang juga dekat Mid seorang diri sebab aku nak belanja dia makan. Actually rancang nak makan Bumbu Desa. But lepas cari-cari dah tak jumpa. Maybe dah takde kot dekat Mid.


Akirnya weolls singgah di Noodle Station berdekatan dengan GSC midvalley.
Review dari aku sendiri, aku suka mee dia but aku tak suka kuahnya. Aku suka dia punya bunga sakura tu and benda alah lain. Tapi sup dia tak leh telan. Sup dia nak juga sup mak aku.

Stau pinggan aku makan benda alah tu termasak pakej air lemon tea dalam RM17. Alhamdulillah kenyang sangat.

Part 2 pulak teringin sangat nak makan AISKRIM JIPANGI. Ya, aiskrim yang sangat fames di Korea tu sedap sangat cuma bentuk dia malu sikit lah. HAHA. kfine.


Bentuk airkim tu macam tongkat dan huruf J. Size dia ada dua jenis. original atau junior. Kalau roi RM7 dan kalau jun RM6. Flavour coklat dengan vanilla kot. Not sure samada ada perisa lain ataupun tidak. Tempatnya dekat LG048 tak silap. Berdekat situ lah.

Then ingatkan nak peergi tengok wayang tapi orang beratur mak datukkk aii. Nak tercabut lutut kalau tunggu. So aku ajak Hanan balik Kolej dan kitorang rehat and ajak dia join our next program nak ke Al fateh steamboat and grill.

So dia setuju.

So kitorang book online tiket wayang cerita DARK AWAKENING> So far cerita tu bosan giler sampai aku rasa tak sabar nak habis. HAHA. 6/10

Lepas tu dalam jam 9 kitorang gerak pergi ke Klang untuk menyantap perut yang lapar giler kateko.




Urgent ! Mencari kerja menaip atau kerja di rumah

Guys !

I really-really need a help.

Saya sedang mencari kerja menaip kalau boleh. Saya sangat -sangat perlukan. Kalau boleh kerja menaip la atau send email walaupun upahnya tak lah bergempak sangat.

Guys, siapa yang ada contact atau sedang mencari pekerja untuk menaip, let me know ya.

Sangat nak pakai duit giler ni.

Pleasee. hehe.

Details :

Nur Aliah Ali Ahmad
Email : kejora_izatudiniah@yahoo.com
No tel : 0178860277

Review Salam Noodles

Alhamdulillah, dapat makan akhirnya

Bukan dapat makan SALAM NOODLES tapi sebab dari pagi tak dapat makan and akhirnya hilanggg kriuk kriuk di perut.

Sebenarnyaa  lepas meeting tadi, memasing tak makan lagi sebab cuti umum so kedai memasing time ni la korang nak tutup. Menyampah betul hakak !

So Kak Aisyah scroll fb then, she found satu page ni. SALAM NOODLES.

So kitorang pun buat keputusan nak makan sane lepas setup WAZE.

Tempat makan ni dekat cyberjaya uolls. Iolls dari UM Petaling Jaya terus pergi Cyberjaya around 30 minit juga sebab tersalah masuk lorong bagai kan.

Alhamdulillah, at last kitorang sampai juga. Salam Noodles ni milik cina mualaf. Mee tarik lah kiranya benda alah ni.

Harga kebanyakan mee kat dalam ni RM8. Korang boleh dapatkan nasi juga kalau tak makan mee. Mangkuk dia memang sangat besar boleh share 2 orang kot. Tapi kitorang melantak satu mangkuk sorang jer.

Keistimwaan kedai ni, air free sahaja. Apa sahaja air korang nak, nak refill ke apa kebenda ke semuanya free uolls. Jangan pengsan kembung perut sudah lah. HAHA.

So, aku order

Potato beef soup noodles

Gambar takde tapi apa aku boleh cakap daging , patato dengan mee dia sedap tapi kuah dia sumpah tak sedap sebab taste aku bukan taste benda alah ni. HAHA. aku memang anti sup cina. HAHA. Tapi aku tak anti orang cina.

Teka tak jodoh la beb.

Tapi aku suka satu menu dia ni. Kak Aisyah amik. Sedap kot and aku boleh telan and aku suka sangat benda alah ni.


Tempat dia sangat lah selesa weyy. Dekat dalam tu ada aircond bagai so korang boleh relax.

Lepas tu aku ada order spesis sate dia. Nama dia panjang bebeno tapi aku panggil sate je. Satu stick tu harga RM2. Panjang juga and besar lah juga.


Aku boleh cakap sate ni sedap. Mula2 bite bertama tu masin sikit lepas sedap rasa rendang-rendang sikit lah. Tapi daging dia empuk dan lembut sangat.


Okayyy ni bagi gambar supaya korang terliur sangat. HAHA. Ha... terliur tak? HAHA.

Details :
Waktu operasi : 11am - 10 pm
no tel : 03-8322 6885
fb link : https://www.facebook.com/salam.noodles?fref=nf
alamat : No. 42, Block 4810, CBD Perdana 2, Persiaran Flora,, 63000 Cyberjaya




Saat Hati Berbisik Cinta ( PROLOG )



PROLOG

You….psstt…

Ryan yang sedang menghadap komputer itu memusingkan badan ke belakang. Dia menguntumkan senyuman buat insan tercinta.

“Apa?”.

Abe nok tahu so bendo dop?”.

Gapo?”. Rya mengejek dialek isterinya.

Abe nok tahu dop bakpo sayo buleh saye ko abe, padaha kito baloh sokmo?”.

“Kenape?”.

“Sebab Allah yang detikkan cinta itu”. Dia mengenyitkan mata buat suaminya.

Makin lebar senyuma Ryan bila menerima kenyitan mata. Tanpa menunggu dia terus bangun dari tempat duduk dan mendekati isterinya yang sedang duduk di hujung katil.

Pipi isterinya diusap lembut. Kemudian bibirnya di bawa ke dahi sang isteri. Dikucup lembut penuh kasih sayang yang tak akan berpenghujung.

“Sayang…” Panggil Ryan.

“Apa?”.

“Tahi hidung..” Jari telunjuk Ryan menunjuk ke arah bawah hidung isterinya yang terdapat pepejal kecil berwarna kelabu.

Blurp ! Malu !


Sila tinggalkan komen anda demi penambah baikkan

Spend time di LEGOLAND

Bismillah,

Lamanyaaa tak update apa-apa. Rasa 2 bulan sepi macam tu jerk. Bukan malas atau tak ade idea tapi laptop tak boleh nak connect. 

Ah, kisah pulak orang , HAHA.

Just nak update pasal pergi LEGOLAND hari tu. Dapat free tiket sebab tu pergi. Kalau nak pergi saje memang tak ada maknanya dengan mahalnya.

Before tu pula baru pergi SABAH. memang tak lah nak beli.

Kitorang dapat dari ALAF 21. Thanks.

Tapi menyesal pergi sebab takde la best sangat LEGOLAND ni. Mahal je lebih.

So, kitorang pergi 3 orang walaupun we got 4 tickets sebab memasing kering kan. Memula ingatkan nak tidur, lepas tu member macam susah je. So kitorang decide just balik hari.

Guys !!! OMG !!! Masa dah gerak member yang macam susah nak tidur tu, dia yang dah pack baju lebih sebab nak tidur. What the heck !! Kitorang baju sehelai je okayyy ! Memang nak kena sebat dia tu. Haih !

So after 2 hours kitorang sampai ke LEGOLAND.

Alkisahnya masa kat jalan, bawak kereta and tiba2 ada polis peronda kat belakang. aku terus je lah bawak laju siap potong dia pula tu sebab kawan aku cakap dia tak kan saman punya sebab dia just polis peronda. So aku bawak la laju macam biasa siap potong2.

Tapi aku pelik awat lah polis ni asyik ikut aku. Aku ke kiri dia ke kiri, aku ke kanan dia ke kanan. Bila aku adu kat member aku dia kata aku perasan.

Sekali hamikkk kau dia dia keluarkan suara.. "TOLONG BERHENTI" 

Jilake !

Siap damp lampu pulak tu.

Double JILAKE. haha

Tapi Alhamdulillah tak kena saman lepas dia main-main borak2. Warning jer tuh.

Sampai.--

Just enjoy the pictures. 
















Then, kat sini kitorang tidur malam tu. Apa ek nama hotel ni. Namanya HOTEL NUSA CT. Bilik okayyy semua bersih cuma kurang memuaskan dari segi cafe dia dan juga hak kita.

5 minit dari LEGOLAND and dekat dengan kedai makan semua benda alah tu. CUMA banyak BANGLA. HAha

Asam pedas sedap versi melaka di KL

Bismillah,

Alhamdulillah tadi berakhirnya paper yang pertama dengan rasa sedikit hampa kerana soalannya agak susahlah jugak. Soalan senang adalah soalan teerakhir jer.

Sebelum exam perut aku memang  jamah apa-apa and mula lah aku dah lapar nak-nak aku gi teroka gambar makanan and tiba-tiba hati terdetik perkataan asam pedas.

Terus aku google kedai asam pedas yang sedap dekat area KL ni,

and hasil jumpanya adalah

ASAM PEDAS MELAKA dekat setiawangsa.

Details

http://asampedasbest.blogspot.com/

Restoran ini di Jelatek, Tmn Setiawangsa, KL.
Lokasi berhadapan Pejabat KRU berdekatan Stesen LRT Taman Setiawangsa.
Dibuka jam 11 pagi hingga 11 mlm setiap hari kecuali hari Ahad.
hubungi : 03-425 25 645 atau 012-228 1112


Kalau malas nak drive naik je LRT and betul-betul dekat dengan LRT setiawangsa. Korang turun je LRT setiawangsa terus nampak kedai tu warna putih.




Harganya kalau korang nak ambil satu set ( nasi + ulam + ikan masin + telur masin + asam pedas ( pari , tenggiri , daging ) RM 11

Kira okay la sebab asam pedas dia memang masakan orang melaka. memang sedapp cukup masam cukup pedas. Ha.. masa aku tulis entry pun terliur aku terus. Aih !

Basah keyboard aku terliur padahal baru makan siang tadi.

Dasar !

Tapi serius memang sedap sangat nak-nak jenis aku kalau teringin aku akan pergi cari masa tu juga walaupun duit tinggal kenangan jerk.

Alhamdulillah dapat merasa asam pedas tu.

And terjumpa Elfira Loy lagi. Gambar ? takde pun sebab malas ah nak ambil. Tak caya cuba tanya Elfira ada tak dia jumpa perempuan muslimah ayu soleha tiga orang siang tadi. Mesti ada, dia siap jeling kitorang makan apa. Teringin lah tu !

So kalau nak try asam pedas versi melaka dekat area KL cer try. Memang sedap sangat.

Final exam around the corner


Mood : Final Exam and everyone become overstress. Ya like me too.

Kalau bila dah study week ni semua orang akan study and suasana akan sunyi gila. Maybe sebab belajar atau ramai yang ambil peluang balik rumah belajar dekat rumah.

Terpanggil nak buat entry pasal final sebab nak share pasal study group.

I just like... er.. macam ni.. aku memang tak boleh nak masuk dengan study group.

Membeer aku ada buat study group and dorang ada ajak sekali tapi aku tak boleh nak join sebab aku memang tak boleh nak join.

Of course I have my own reason.

first, kebiasaannya kalau aku study group mesti akan jadi gosip group. Lagi ramai lagi ada orang nak study lagi seronok nak berborak.

Paling-paling pun berjaya 30 minit awal je. Lepas tu hancus lebur lah.

Second, kebiasaan kawan-kawan aku ni cerdik so dorang amat mudah masuk nak study while me terkedek-kedek. Kalau dorang dah berbicang and aku tertinggal takkan dorang nak tunggu berjam2 hanya sebab nak bagi aku faham. Kesian kat orang lain kan. So aku tak boleh nak catch up.

third, Aku tak boleh kalau dah study sesama mesti la ilmu masuk sama kan? But if my markah sangat teruk dari geng yang berstudy dengan aku, mesti aku akan frust gila. Aku akan down sebab study sesama tapi aku nya markah teruk.

Why?

HAHA, so biar aku study sorang jadi kalau markah aku teruk I have my own reason why my marks too worst. maybe sebab aku tak study sesama and so on. Senang cerita alasan nak sedapkan hati je lah. HAHA.

fourth, Aku malu orang tahu yang aku belajar. Like... Seriously.. aku malu sangat orang tahu aku study. peoples be like.. "Perghh Alia study laa.. best student" . Padahal..

Sebab tu kalau ada orang dalam bilik aku, aku akan main2 and aku akan tunjuk kat dia aku tak study atau study ala kadar je. Aku akan study selapas semua orang tak ada. sebab tu sometime i need some privacy. Lagipun aku ada alasan yang sama takut kalau orang tahu aku study tapi result hampeh.

malu kot.

Aku rasa tu je kot alasan aku.

Mungkin yang last aku memang tak boleh nak study ramai-ramai kecuali ianya amat memerlukan.

Aku tak tolak study group. Aku layan juga cuma aku bukan pen- study group yang setia. Kalau masa tu mood aku okay, aku boleh je join tp mood aku lebih tak nak lah.

Alhamdulillah and harap sangat pointer sem ni naik.

Tak tahu kenapa takde mood nak study. macam hampeh je untuk sem ni. Rasa tertekan sangat. Huargahhh !

Review Al-Fateh Steamboat & Grill

Bismillah,



a few days ago, aku bawak rumet and girls aku pergi makan dekat Al-Fateh Steamboat and grill dekat kampung jawa klang.

Sambutan birthdayy rumet I and Izaty. Husna sebagai peneman sahaja since dia teman rapat aku sekarang ni so agak tidak syok kalau pergi memana tanpa dia. Acehhh ayat mengampu kauu.

Okayy Al Fateh Stemanboat and grill ni aku jumpa dekat fb sebab senior aku repost memacam kans. So macam tertarik dan memandangkan dah lama tak makan steamboat kot. Tak silap aku setahun yang lalu atau 2 tahun yang lalu. Tak ingat aku lah sbb ilmu dah banyak sangat dekat otak.

Contact :

Untuk tempahan. Lagi elok buat tempahan sebab ramai gilaaa nanti and tak syok kalau kita kena cari meja. Insyallah dorang akan layan dengan baik punyaa if korang call.

Fb : https://www.facebook.com/pages/Al-Fateh-Steamboat-Grill-kgjawa-klang/790096911010981?fref=ts
Alamat : Al-Fateh Steamboat & Grill Lorong raja jumaat kampung jawa, Klang



017-630 0965



Harga Rm 22 sekepala and boleh makan apa sahaja yang korang nak.
Tempat dia boleh la senang juga nak cari kalau guna waze.
Kebersihan pun okayyy aku boleh bagi 8/10
Tahap layanan pekerja dia pun okayy juga boleh bagi 9/10 sebab dia memang sangat memanuhi dan mudahkan kami cuba tang tak dapat 10 sebab HAHA.

Cuma agak mengecewakan lebih kurang selepas setengah jam kitorang menggril segala jenis lauk lepas tu udang takde. Lama jugak la udang takde. Bila tanya kata dorang udang otw.

Sepatutnya dorang dah boleh agak kan setiap hari berapa pelanggan yang datang and tak boleh la menyebabkan udang habis. Kecewa juga la walaupun dapat la amik udang masa datang awal2 tu cuma 3 kali kot bangun gigih semata nak rasa udang tapi jawapan masih hampa.

Bab makanan memang best gilaaa sedap dan cukup rasa nak2 ayam dia. Kitorang memang amik ayam dia je la banyak sebab sedap and cukup rasa and lembut and memang sedappp la. Nak2 kitorang puasa plak hari tu.


Mendaki ke puncak air terjun gunung ledang

Alhamdulillah minggu lepas, selepas habis Dinner Jabatan Syariah Undang-undang, iolls terus gerak balik melaka.

Yang menariknyaaa ( tak lah menarik sangat sebenarnya, choiii ) Ada Nisa and Aina ikut. Macam biasa Husna dah kerap datang so tak menarik dah. HAHA.

Sabtu gerak pagi tu terus sampai Melaka dalam jam 10 lebih macam tu and tu first time aku rasa aku bawak paling laju sehingga aku hanya perlukan 1 jam sahaja untuk sampai ke Melaka. Terkejut kot sbb mengantuk kot tu pasal aku tak boleh bawak slow.

Toksey dah buat lagi lepas ni. Takut. HAHA.

So hari ahad tu rancangan family, a big family nak gi Sagil dekat Johor tu. Alaaaa tipu la hampa tak tahu yang dekat dengan Gunung Ledang tu.

Nothing special sebenarnya sbb tempat biasa mandi air terjun and berkelah bagai. Tapi yang membuatkan aku nak update sebab ni adalah first time aku mendaki gunung okayyy. Mendaki air terjun sampai ke puncakknyaaaa uolls. FIRST TIME tauuu sebab last pergi masa aku darjah berapa entah tu pun hujan. Sejak tu tak pernah pergi k!

Ketaqqq lutut akak oi! tertinggal punggung kat belakang.

K, tak lawak !

Memang heaven gilaaa la mandi air terjun sebab sejuk walaupun lepas tu akan kena gatal-gatal terutama jenis kulit aku yang agak sensitif yang akan kena gatal2 hampir seminggu kauuu.

Ingatkan akak sedar aku ajak panjat gunung sikit-sikit je rupanyaaa sampai ke puncak and aku 2 kali kot rehat sedangkan yang lain semua dah sampai. Penatt oii nak bawak lemak yang degil ni. Pancit aku dengan akak sepupu aku.

At last, kitorang sampai juga dekat puncak !

Huarghhh ! Tak menyesal daki sebab cantik sangat and nyaman and air dia sangat bersih and lawa gilaaa kot. Siap ada mamat-mamat main gelonsor dekat batu-bata tu. Comeeeyyy je tengok.

Peliknyaaa aku yang mudaa ni bagai nak nangis tobat tak nak naik dah. Tapi ada makcik2 ni atau aku kira tahap nenek kot boleh steadyy je naik tak de muka letih. Cis !

Ini tidak adil !

So gais... Lets enjoy dengan gambars.


Okayyy ni memang air dia jernih sangat sampai korang boleh nampak tangan iolls. Sejuk dia tak payah cakap la cuma lambat nak feel sejuk tu sebab dah berpeluh pecahkan lemak.


Dah sejuk-sejuk praktis nak jadi beruk pulak. Banyaaakk benda boleh buat kenapa harus perkara ini yang dipilih. Sebab bestt




Gambar-gambar ni diambil supaya untuk menampakkan pada airterjun yang deras mengalir. Rasa macam nak lorot je dekat situ tapi belum kahwin lagi.

Plesss la, dosa pun banyak lagi :'(


My girlsfriends. Lobanggg hidungmu tetap menjadi pojaaaan hatiku.


So itu masa kali kedua berhenti sebab pancit. So kita snap gambar dulu. Gais korang kalau stress ke hapee ke boleh datang sini daki sampai puncak lepas tu bertambah lagi stress korang sebab penat menanti puncak dia tak muncul2. 

But at last korang akan " Wow ! lepas stress korang dengan automatik.

Tamat takat sini. Jumpaaa lagi. Harap ada yang baca agar aku tak syok sendiri. HAHA.

But its okayyy boleh tatapan anak cucu nanti. Muachhhooo

Dinner Jabatan Syariah Undang-Undang


So guys beberapa hari yang lepas baru berlabuhnyaa dinner Jabatan Syariah Undang-Undang Universiti Malaya Kuala Lumpur. My first time and ianya sangat best.



Best selfie actually.

Ianyaaa telah dijayakan di RUANG, cyberjaya. pada 29 Mei 2015 pada jam 8 malam. And tema nya Shine Garden and we alls telah diberi setiap orang sebatang ros hidup ( benda yang paling aku suka and first time aku dapat ) dan dapat flower crown. First time juga pakai tu. Yehaaa..

Thanks senior tahun 3.

So gais, Tadi I telah dimekap oleh rumet I yang always gojes dan cantik meletops dababom iaitu Kak Najlaa Aqilah  . Sesaje nak minta dia mekap aku tadi sebab fefeling nak jadi orang yang bermekap kan. Biasanya mekap cap ayam jerk.

So memang cantik sangat dia mekap sampai aku segan dengan dorang sebab aku rasa macam aku paling cantik kat situ. Wakakak. Sila kahak !


So dalam jam 6 lebih dia dah start mekap and gigih kau aku tahan kentut. K tak lawak !

Opss sila jangan salah faham walaupun aku cakap aku paling cantik bukan bermakna yang tudung kelabu tu aku. Aku tudung merah walaupun tudung kelabu tu lagi cantik dari aku. So aku telah mengiktirafkan Hanah jatuh cantik no 2.

Sila terima wahai Hanah.






Best-friends. Perselisihan itu biasa namun harap dapat dikaburi dengan kasih sayang. Muka memasing annoying gilaaa bakkk hanggg.






Gegadis Jabatan Syariah Undang-undang. Ayuuu gilaaa nampak macam Kak Ayu Nasi Lemak dahh.. Manissss gilerr. Rugi siapa tak amik buat menantu.


Table-mates


Serius aku suka gila gambar ni nampak macam ala-ala pwinsesss gituw. Nampak macam 'Wow!!" memasing.

So gais, dinner berakhir dengan giler2 kaw punya selfie. Makanan dia sedap juga la. Boleh telan lagi daripada dinner kolej2.

And semuanya memang best ah dengan kehadiran pensyarah yang sangat osem.



Adik-beradik sementara untuk 4 tahun.