:'( Sadd

Terluka itu memang la. Tapi aku bukan jenis orang yang suka buat fake smile.


Kalau aku terluka, aku memang tak boleh nak sembunyikan cuma aku akan cuba tahan dari ianya terluah didepan orang. Tapi kebiasaannya aku akan meluahkan kerana airmata aku biasanya tak kuat nak menampung. Kalau tahan pun lepas tu mesti akan kalah.

Kadang-kadang aku sendiri terfikir tak sakitkah hati aku ni berterusan menunggu si dia sedangkan aku sendiri sudah tahu isi hati dia terhadap aku.

Sakit itu memang ya. Aku bukannya robot yang diciptakan tanpa hati dan perasaan.  Tapi aku masih tak faham dengan diri aku sendiri kenapa dan mengapa aku tak nak lupakan dia. Kemooon Alia, dia ada orang lain dah. Jauh lagi cantik dan sesuai dengan dia. Lupakan dia.

Kau kalah maka kau kena mengalah Alia. Lupakan...

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Dugaan berantai

Syukur gila Muet dah selesai.

Fuh... Lepas nafas.

Mula-mula.. Kawanss. Tolong klik iklan nie jap. Tolong je. LINK 1 LINK 2 LINK 3

Untuk pertama sekali, terasa hari tu macam banyak giler dugaan. Memang la dalam hidup ni tak sah la kalau tak ada ujian kan. Tapi la kan, aku rasa hari tu memang gilak ah penuh.

Pertama:
Aku memang tak ingat langsung yang Muet untuk 3 paper tu dah dekat sangat iaitu hari sabtu 23 Nov 2013. mati-mati aku ingat lama lagi. Dasar tak sedar diri kau Alia. Cuti Midsem kau nak, tapi Muet kau tak nak?

Kedua:
Malam sebelum nak exam tu, aku memang tak ada mood habis la. Bukan aku sengaja,tapi aku penah seru semangat,tapi dia tak nak mendekati. Kesudahannya aku main la game plants vs zombi. Gituuuu

Ketiga:
Janji kata bas datang sebelum pukul 7 pagi dah kena ada dekat laman. Tapi sampai 7 setengah , batang hidung bas pun tak nampak. Nak buat macam mana ni? perut dah la sakit. memang lambat. Kalau aku tidur pun sempat lagi tauuuu.


Keempat:
Ni pula ujian masa nak jawab periksa untuk reading. Korang faham-faham je la sendiri soalan reading tu macam mana kan? nak kena baca petikan dia satu hal, soalan dia lagi satu hal. Memang gasak ah. Aku punya la mengantuk tahap gaban sampai memang masa soalan last-last tu aku dah tahap pasrah gila habis la. Aku redha je dengan apa yang aku jawab. Sebab aku bebetul tak tahan gila kot. Bukan main-main.

Kelima:
Setel..soalan writing alhamdulillah... Aku tak kata senang, cuma aku masih mampu buat sedaya aku. Cuma.. ha.. cuma masa listening tu alahai dia buat hal pulak speaker ni. Kesudahannya, kitorang dapat dengar 3 kali story tu. Syukur.. itu pun masih tercengang-cengang nak jawab.

Bayangkan suara dia tetiba jadi garau. Memang tak ah aku faham apa dia sedang cuba sampaikan. ditambah pula dengan budak macam bagus dekat area aku tu. Budak lelaki tu, aku ingat jee kau. budak lahir tahun 1995. Nasib baik adik tau. Memekak je, orang dah la tak dengar listening tu, dia pulak main gesek-gesek kaki dia. Apa dia ingat aku suka apa? Pirahhhh.

Boleh pulak masa dah soalan akhir-akhir untuk listening tu, hujan turun berderu. Booom. Adui ! tak dongar dan tak faham pulak den penutupnya. Akhirnya aku tahap redha buat jawapan sendiri.

Keenam:
Tak habis sampai situ. Kiranya kitorang habis exam lambat la. Dalam jam 1 petang. Jadi aku bajet bas dah sampai ah masa tu, sebab kitorang kan dah keluar lewat. Rupanya tidak ! tidak sama sekali ! Argh ! stressnya aku terpaksa tunggu. Dah la hujan.

Bila hujan berhenti maka aku dan kawan-kawanku bergerak la keluar dari sekolah duduk di pondok bas stop. Duduk kat situ sebab nak teduh hujan renyai-renyai berbahasa tu.


Nak jadikan cerita.. tiba..tiba.. shuuuuu. Hujan turun dengan lebatnya sekali. Hujan turun dengan angin yang cukup kencang seperti berada dalam spin mesin baju. Ayat hiperbola gila kot. Memang hujan habis ah. Apa lagi, siapa yang duduk tengah dia la terselamat dari hujan. Aku selamat sebab tengah tepi la. Tak selamat juga sebab belakang aku basah.

Memang masa tu kenangan gila ah. Bayangkan kitorang yang ramai gila sesak ni duduk didalam satu pondok  bas yang sangat kecik. Gasak la kauuuu.

Ketujuh:
Bas sampai juga tempat pada jam 2.10 minit. Okay la tu.. tahap redha je. Masuk-masuk dah la kena berdiri. Alahai cik kak. dari pagi tadi aku kena berdiri. Masa berdiri tu, aku sandar ah dekat satu kerusi. Budak ni pulak pergi gerakkan kerusi tu kedepan, aku yang tak perasan ni hampir-hampir tergolek dekat depan.

Naasib baik weh.. nasib baik sempat pegang. tapi mulut aku memang dah jerit sepenuh jiwa raga ah. terus duduk aku, tak diri lagi. takut aku terjatuh dekat junior tu. dah ler lelaki, nasib baik adik :p


Kelapan:
Nak pergi angkat sembahyang.. boleh pulak ada pakcik betul-betulkan wayar dekat depan bilik aku. malu la nak keluar. dah la ramai kot. Aku dah la lambat ada temujanji dengan orang. HAHA. laaa sangat.

Kesembilan:
Kereta yang aku sewa dengan mamat cam bagus je perangai dia , sedap hati dia je nak batalkan saat-saat akhir lepas tu alasan dia sebab orang lain nak guna balik Ganu sebab ada hal. Ek eleh ! bagi ganti rugi ah. Kau ingat kau je ada hal ? Aku?

Dah la pergi tempat tuju tu sesat bagai. Kena balik pulang kereta. Nak cari kereta tak jumpa, akhirnya jumpa tapi kereta..ehem.. faham-faham je la. sebab mamat tu, semua kerja aku tak selesai tau. Sakitnyaaaa hati lahai.

Masa dah sampai destinasi. Dah turun nak balik dah. boleh pulak pintu tak boleh nak bukak. Kunci tu tak ngam. Puas cuba akhirnya baru teringat pintu sebelah pemandukan boleh cucuk pintu. Adui !

Kesepuluh:
Kali ni tahap pasrah dah. kitorang berhenti makan dekat Pizza kubang kerian. Kitorang gi kenduri kahwin, tapi tak kenyang makan. hehe. jadi berhentilah makan Pizzah.

Aku rasa ni la baru nasib aku baik sangat masyaallah. Aku jumpa seorang mamat yang kerja dekat situ yang mukanya sebijik sebotol sebuku sebentuk macam muka dak teeet. Dengan senyuman, kulit dia..mata dia.. cara pandang dia.. mulut dia.. ya Allah.... bergetar jantungku.. over.

Masa tu rasa.. oh.. tak apa la dugaan sebelum ni. at least dapat lepas rindu tengok muka pekerja pizza hut ni. nak tengok muka tuan badan ,, susah. Aku susah nak puas. tengok muka mamat ni aku puas. sebab aku tak ada perasaan , jadi aku tak malu nak pandang.

Kesebelas:
Eh..Eh..aku ingat tu dah penutup dugaan. Boleh pula esok tu Jie cakap dengan aku yang I/C aku tertinggal dekat pizza hut tu. Amboi kau Alia.. kot ya pun terpana tengok mamat tu, tak kan sampai tercicir I/C kau. Eh.. ni bukan taktik aku ye.. memang tak perasan. Tepuk kepala.

Itu la kisah duka aku untuk hari sabtu tu..

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Selamat hari lahir ummi

Hari ini adalah hari lahir ummi yang ke-42. Muda lagi gituwww.

Selamat hari lahir akak ucapkan. Apa yang aku nak cerita pasal birthday ummi aku ni adalah. Biasanya walau dimana jua aku berada, aku adalah orang yang awal juga la wish. Kekadang tu kalau masa memuda dulu aku kat ostel, awal pagi lagi aku dah call.


Nampak tak betapa eksitednya anak dara Haji Ali ni? kiki

Nak jadikan cerita, aku sengaja je nak wish lambat hari ni. Bukannya lupa pun. Lagipun hari ni aku ngantuk mak ai ! bukan main-main punya nak tidur ni. Mata berat nak mampus.

Tapi tak sempat pun. Petang tu juga aku call ummi aku.

'asal kau tak ucapkan selamat hati lahir dekat ummi ? kau lupa la tu kan? biasanya awal pagi kau dah masej. aku cakap dalam hati, ni mesti dia lupa'

'Eh.. tak la. akak ingat je , cuma ngantuk gila. Eleh.. ingat akak lupa ler tu. Kang tak wish merajuk pulak'

Gelak.

Itu la aku nak cakapnya. Kalau kita dah biasa buat sesuatu, tapi alih-alih kita tak lakukan, mesti akan rasa janggal. Wakaka. takde kena mengena langsung pun.

Btw , selamat hari tua ye Ummi. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin.

Kentut dalam tidur

Testing..Testing..

Sebelum tu nak minta kengkorang klik iklan nie eh. Tak banyak mana pun. Dalam RM 0.35 sen je. 


Okay nie kisah masa bebaru ni aku dengan yang lain gi berjalan ke Terengganu. Ada entry sebelum ni aku dok cerita perjalanannya.

Kisahnya macam nie, masa tu hari terakhir kitorang di Terengganu. Kejadian berlaku dalam bilik atas katil dalam jam 9 pagi. Masa jam 9 pagi tu mata aku mengantuk balik. sementara tunggu jam 12 untuk naik bas, aku pun tidur la.

Dalam enak aku dibuai mimpi tetiba aku rasa macam berangin je. Aku terus buka mata sebab aku rasa aku terkentut. Aih ! hebat aku ni tidur pun boleh rasa aku kentut ke aku buat apa.

Masa aku bukak mata tu aku nampak Nada atau Masulah aku sem empat nie.


Sebelah aku tu ha la Nada. Masa aku rasa macam aku terkentut tu , dia la sebelah aku ha. Makanya aku pandang muka aku dalam keadaan mamai tu aku tanya dia.

'Nada.. aku kentut ke tadi?'

Diam. Nada teruskan pembacaan dia.

Dalam hati aku berkata-kata, Ish ! mungkin dia tak dengar kot aku kentut tadi. bagus la tu.

Makanya aku pun sambung la tidur. Dalam jam 11 pagi aku dah puas tidur sebab dah bunyi bising kat dalam bilik tu kan, aku tengok Nada masih di sebelah aku. Aku duduk aku pun tanya dia sekali lagi.

"Nada.. aku kentut ke tadi?' . Masih tak puas hati lagi tu.

'Hehe.. aah'

'Asal tadi aku tanya kau tak jawab?'

'Sebab kita takut Alia malu la'

'Sebenarnya aku sedar tau aku kentut. Sebab tu aku tanya kau. Kot-kot la aku mimpi je. Tu yang nak tahu kesahihannya. Hihi'.

Maka semua dalam bilik tu pun gelak la besar.

'Masa mula-mula tu kita ingat bunyi apa tau. Lepas tu baru dapat cam'.

Adoi Nada Oi ! Poning aku ha. Sakit perut aku gelak. Lepas tu aku dah tak boleh nak tengok muka si Nada ni ha. Asyik nak gelak jer. Aku terbayangkan betapa selamber dan tak malunya aku kentut. Apa nak jadi kau Alia oi ! tak sopan k.

'insyaallah,kita akan ditakdirkan bersama'

Jejalan ke Terengganu

Kali ni cuti wa pergi jejalan menghabiskan duit k. Wa rasa kan.. AMK tu mesti sunyi sebab ramai giler kot takde. Yang pergi pogram BAKSIS satu,yang pergi UMKL satu, yang pergi jejalan satu. Ha kawww.

Kitorang pilih jejalan.


Masa nie baru sampai ke stesen bas Kota Bharu. Happy bebeno muka kau Seken. Minta tolong Raja Raihana dengan Sufi yang hantar kan.

Sesampai je rumah Ukhti (Tempat penginapan 5 star) dalam jam 9.30 malam macam tu. Ayah ukhti belikan burger. Mak ukhti jangan cakap ah ! memang cun k. Tapi burger tu tak cukup pun. Lamar gedepek lagii. Makanya malam tu operasi masak cincai bancai pun bermula.

Menu malam tu adalah sambal telur ayam petai. Kita canpur semua tu dalam satu lauk. Whoaaa

Perjalanan tu bermula esok harinya.


Memasing muka kemahin Happy lagi ha. Almaklumlah nak berjalan siapa tak suka kan?

First sekali kita pergi beli tiket dekat stesen bas. Lepas tu kita ke Pasar Payang untuk menghabiskan duit yang sedikit tu. Tiba-tiba pula dengan biasiswa dah masuk. Tak ke lagi jadi masyukkk !


Masa ni pepulak baru habis jalan ke pasar payang. Lepas ni kitorang nak jalan kaki k, jalan kaki ke bukit puteri. Memang boleh kurus la aku weh kalau jejalan hari-hari. Semput.


Muka kenalah ceria kan sebelum nak daki bukit puteri tu. Ha ! daki la sangat kan. muntah terbelelah je la kan. Alahaiii.


Tolong fokus dekat gambar baju oren tu. Sebenarnya dia tu la mangsa gambar. Dorang nak ambil gambar dia dari jauh. Datang aku tetiba buat macam tu. Dah terfokus dekat aku pula. Layaaan


Masa memula nak amik gambar tu, aku fikirkan nama pondok ni adalah pondok CENTA. Rerupanya namanya pondok GENTA.


Tempat raja bersemayam. Gitttuuu. Semayam la sangatkan. Dah aku memanja sungguh dengan Masulan sem empat nie. yawww


Walaupun kita berjauhan, namun aku akan selalu teropong dirimu dan tahu keadaan serta khabarmu meskipun kau jauh berbiu batu. Gituwww


Habisss. Lepas uh kita gi beli KFC dan makan di Pantai Batu Buruk. Jelingan maut dari kak cik. Takut.


Masa naik kereta kuda ni, aku dah berangan. Aku cakap dengan Seken, kalau aku kahwin nanti aku nak guna kereta kuda ala-ala pwincesss ni . Belakang tu ada kompanggg. Kelasss kau Jah.


Teringin nak jadi model dedulu. Tapi berat terlebih pulak. Aduii ! pening la macam mana nak kuruskan badan balik. Stress wa.


Singgah kejap ke masjid terapung. Semua ini keinginan Jie. Tersenyum lebooo dia. Kiki.


Alaaa Jannah. Pikah bukannya ada abang lelaki pun. Takyah la mengada nak tunjuk rajin. Kiki. KIta singgah kejap ke rumah Pikah.



Dari jauh ku sudah lihat kristal sudah menjadi emas. HAHA. Kitorang pergi Masjid kristal terakhir sebab kat situ la tempat tujuan utama Ukhti ajak kami.. Majlis selawat Nabi.


Back. Gambar diambil dari belakang saje mengade sebab dorang jalan laju sangat. Dah nak balik dah masa ni pun.


Cukup ! kena la amik gambar semua dan reramai jugak kan. Puas minta tolong adik sorang ni. Akhirnya dia bersetuju jugak. Gituuu



Okay . Dah siap nak balik dah rumah. Sebelum tu ummi Ukhti masakkan nasi ayam untuk kitorang. Sedap tol tau ! tak tipuu ! Terima kasih.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Tamat muntada arab M4S4

Finally..

Kali pertama kot.. kali pertama guwa datang dewan awal Tengok.. kerusi pun kosong weh . Awal sangat.


Entah apa la si gossip girl ni tengah bergosip. HAHA . jangan-jangan.. tuttt. Tengok mata Madiha tu. Entah siapa la dia pandang tuuu oi !

Berakhir jugalah Muntada bahasa arab kami tuuu. Syukur gila k even aku punya dialog takleh panjang mana. Alaaa... setakat cakap sebaris je tapi duk tonjol muka every scenes.


Haaaa.. takboleh blaaa la dorang nie. Yang lelaki tu dah macam ahli nasyid rock ler pulak kan.

Rasa macam sedih je semua benda sem empat ni. Alamaklumlah sem akhirkan. Entah jumpa lagi ke tidaknya lepas ni. Allah je tahu kan. Tskkk. Tsskk.

Ni benci ni kalau dah rapat sangat. Hati rasa sedih dan pilu je kalau nak tinggalkan dorang nanti. Hati lembik jugak kau Alia oiii . Terbayang kalau nenanti pandang gambar lelame, teringat zaman bodo-bodo aku dulu. Mesti akan nangis. Makkk aii .

Hari ni ada beberapa orang yang berpuasa. Awalnya aku memang ler nak sesangat ler nak puasa kan. Tapi.. HAHA .. aku rasa nak muntah pulak perut kosong. Cis ! alasan jer tu. aku pun bukak ler.

Hari ni kitorang ada iftar sesameee k.

Aku pun tak tahu motif dorang buat macam ni. Asalnya aku nak snap gambar dorang tengah buat kerja. Barulah nampak macam rajin sikit. Tapi dah dorang gasak buat macam ni. Aku amik je la...



Sepatutnya gambar ni yang last. Sebab masa ni dah nak balik. Dah berpisah jalan pun dengan lelaki. Tapi tetiba nak bergambar lagi.


Masa ni makan lah makanan yang sendiri beli. Takdo orang sponsur pun tau. sobs sobs. Sedihnyaaaa. Tapi..tapi.. Dak Nasuha belanja koktail dengan buah-buahan. Dah Anis tu yang depan sekali pegang kek tu dia belanja kek.

Lepas tu, kalau tak silap aku Mustaqim belanja roti john. Kalau aku salah.. senang kata semua ikhwah kelas aku la yang belanja roti john tu.


Kami semua bersusah payah untuk tampil putih di waktu malam. kami semua sedaya upaya kelihatan cantik dan paling terkehadapan. Tapi.. nampaknya nasib tak menyebelahi aku dimana aku kena duduk belakang sekali. Alahai nasibbbb.

Dalam reramai makhluk Allah yang handsome dan kacak dalam kelas aku ni, hanya tinggal 5 cowok aje. Waduh ! bisa pusing kepala guweee.

Harap Sem ni tade la gegeduh lagi kan. Lepas ni ada muntada untuk versi English pula kan. Kalau aku terbabit memang terbelit la lidah aku nak bercakap. Lidah kampung kan.

Majmuah Empat Semester Empat di Hati.

'isyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Latihan muntada

Ni adalah sem terakhir kami sebagai pelajar asasi universiti malaya. Rasa macam sedih je..macam sedih je..macam nak nangis je.

Esok kitorang akan berlakon dalam muntada. Berlakon dalam bahasa arab lah kan. So far, latihan sangat baik dan bagus. So far la sangat padahal dah takde latihan lagi lepas ni. Aku akan merindui semua ini. Cis ! rasa sebak la pulak tetiba.

Serius weh ! sem ni rasa macam kitorang rapat sangat. Rasa macam tak janggal nak bercakap dengan sesiapa pun. Rasa dorang semua sangat baik , lelaki mahupun perempuan.

Kenapa rasa nak nangis pulak nie ? Tacinkk betui la kau ni Alia oi !

Latihan muntada ni sangat simple gile. Sampai ada yang tak datang pun tak beri kesan sangat. La sangat. Tapi alhamdulillah , semua boleh tolak ansur dan bagi kerjasama. Tak la rasa bengang yang amat sangat kan, kan. Happy je semua.


Tekun tak dia ? Ha ! ini bahagiaan Multimedia. Hidup si kumbang ni sering di kelilingi si bunga. Gituuww


Achaaa Bette ! budak poyo tengah nangis lah pulaks kan. aku tak faham gambar ni paling dapat banyak like ke tempat aku post . Giler koo Amar ramai peminat !


Ini babak aku pulaks kan. Aku ni sebenarnya cakap tak banyak mana pun. Sebaris je ayat aku. Tapi melantak masuk scene habis semua aku ada. Gila publisiti kooooo Alia.


Jejaka-jejaka gantengggg yang kacak bergaya handsome lagi smart lagi cerdik tambah macho ! Whoaaa


Koooooo . Siapa pulak yang melantak minum air kat situ. Aku tak bertanggung jawab atas gembar nie k !


Ini pulak part ala-ala kuch-kuch hota hai gitu... Pujuk memujuk bagi semangat youuuu . kbaiiii

Harap sangat muntada esok adalah yang terbaik diantar empat sem. Hope so..

Itulah kenangan. Kenangan yang tercipta takkan pernah lebur begitu sahaja. Sekali pandang rasa benci, bila sudah dikenali , ripati , disulami hatinya. Barulah cambah rasa sayang dan cinta itu antara sahabat. Serius nie. Sebak k !

kenangan itu datangnya hanya sekali. Tidak sesekali ianya akan berulang. Kenangan itu tak akan tercipta tanpa rasa pahit dan manis. kenangan itu indah.

Tadi rehasel kan. Rasa okay je la.   Harap esok berjalan seperti yang dirancang. Amin.


'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'

Seandainya mimpi jadi realiti

Apa dah jadi ni Alia ? Sekarang perangai makin melampau.


Hari ni bangun je tidur hati rasa macam lain sangat. Aku mula termenung. Entah kenapa mimpi yang aku dapat tu membuatkan mood aku terbang macam tu je. Pergi macam mimpi tu sangat menyakitkan.

Padahal..

Padahal pada aku mimpi aku tu sangat best. Mimpi yang kalau boleh aku nak sangat jadi kenyataan. Aku mimpi aku dah bertunang dan bakal kahwin dengan orang tu. Masaalahnya kenapa aku terus moody. Kenapa aku macam tak ada semangat je?

Bila fikirkan balik, aku rasa semua ini disebabkan aku terlalu memikirkan malam tadi. Sebelum tidur aku duk fikir apa kesudahan semua ini?

Aku takut.. aku takut kot nak terima sebarang hakikat atau kebenaran di kemudian hari. Allah ! takutnya diriku ini. Rasa macam tak kuat je.

Aku masih memikir lagi , alangkah bagusnya kalau mimpi aku itu mampu jadi kenyataan. Allah je faham perasaan aku masa dalam mimpi tu. Allah je tahu betapa bahagianya aku saat itu. Allah je faham. Andai sahaja ianya jadi kenyataan hanya Allah jua yang tahu segalanyaaa..

Ish ! bukan senang kita nak tahan rindu yang bertandang. Aku ni bukannya kuat. Bila aku terlalu rindu atau tak dapat tahan perasaan. Aku akan termenung je. Allah ! mana dia ?

kbaiii. Assalamualaikum.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Jangan taksud lagi !

Hoi..Hoi..


Demam 'Love you Mr Arrogant' dah habis dah pun. serius k, aku memang terasa sangat. Jiwa aku terasa macam merindu sahaja di Am + si Zara tu. Ni aku malas ni. Hati aku pun rasa terindu-rindu je watak si Am tu. Gila weh !

Gila ko.  Bayangkan kalau aku dapat laki macam Am tu. Memang hari-hari aku masak sedap-sedap bagi perut dia buncit. Lepas tu aku belikan diri aku baju memahal agar dia tak pandang pompuan lain. Memang hari-hari aku jadi bibik yang cun melecun kemas rumah. Ha kaww.. sampai macam tu sekali.

Hati aku rasa lain sangat dengan LYMA ni. Bukan apa..mungkin silap aku jugak kot.Aku ni bukannya boleh taksub sangat akan sesuatu tu. Bila dah taksub tu macam ni la jadinya. meroyan tak tentu pasal.

Dah kenapa kau Alia?

Ni aku malas ni..Ha .. ni aku malas ni. aku cukup pantang kalau aku jadi macam ni. Aku masih terkesan lagi dengan watak Zara tu. Gila koooo Alia oii.

Dulu.. memase dulu aku layan gak Sebenarnya saya isteri dia dengan setia hujung nyawa. Tapi sumpah beb! sumpah k . Aku tak rasa macam sekarang pula. Lain pula feel dia. Mana taknya.. tonton dapat kutipan penonton 4.6 juta. Gila koooo.

Itu la.. itu la salah aku. Memang la akan ada kata aku taksud sangat. Memang pun. Aku akui tuuh. Sebab tu aku lagi suka tengok cerita telemovie. Sebab dia sekali je. kalau drama bersiri ni kita kena la ikuti perkembangannya. Nah ! ini la hasilnya jadi aku macam ni.

Masaalahnya.. salah aku ni sebab aku follow citer tu dari episod 1 kot. SATU tauuu. Kalau cerita lelain, mesti aku akan skip awal episod. Ini dah la aku tak skip lepas tu siap boleh main ulang-ulang pula dia. amboi-amboi. Naya dah tu cik Alia oiii.


Cukup ! cukup la duhai hati. Jangan duk memikir sangat pasal LYMA tu. anggaplah ianya hanya satu hiburan yang datang menyapa hatimu dah kemudian pergi. cukup ! jangan fikir lagi.

Ish ! lepas ni hadkan dirimu cik Alia oi tengok 'playboy itu suamiku'. ok ! Jangan tengok k. Eh,, boleh layan tapi jangan taksub. tengok ! sampai dah rerindu pula dekat Am tu. Yang crush aku tu aku dah lupa ke? alahai ! sedihnyaaaaaaa.. rindunyaaa Am.

Over lagi kau Alia. dah ler tu. Bawak bertaubat sikit. pergi mengaji lagi baik. Tambah pahala. Huh ! insaff

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

kenali kawan cun wa

Assalamualaikum. Alhamdulillah , sekarang ni aku dah masuk ke sem empat. Rasanya ada tak aku bagitahu dekat blog ni ? Macam ler hade orang bace kan. Sekadar tatapan mata aku sendiri. Bila tak terupdate aku, aku baca ler bebalik entry lama. Gituww.

Benarnya tak ada apa-apa sebab pun aku nak taip entry nie. Sekadar nak share gambar terbaru bersama dengan bebudak kelas huwa yang cun melecun gituw.

Harap sangat this sem enjoy menjoy takdo la gaduh-gaduh. Pssst.. wa cemburu k !













Thanks

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'