Percutian ke mesir ( PART1 )

Its  Egypt guys !


OMG! Bukan tempat idaman tapi sampai jejak kaki jugak dekat tanah gersang. Acewahh gersang bagai.

Untuk pengetahuan umum bagi yang tak tahu. Untuk pergi mesir bagi rakyat Malaysia, korang tak perlukan visa melainkan korang nak gi mesir lebih 14 hari okay.

*sedikit maklumat celah gigi ( Visa diperlukan bagi rakyat singapore, sah laku 30 days)


Kitorang punya flight jam 2 pagi naik Qatar Airways dari KLIA transit kat Doha, and then sampai ke Cairo dalam jam 10 tak silap. Entah tak ingat aku masa tu jam berapa. Yang aku tau masa tu dah siang.


Harga flight kitorang RM1.4k sebab kawan aku ni ha dapat promo ( Entah la aku pun tak tahu betul ke tidak harganya ) HAHA.

Ya rabbi kenapa aku ni pelupa sangat. Sumpah aku tak ingat apa-apa dah masa aku nak tulis pasal mesir ni. Dah kenapa kau nenek alia?


Masa sampai je airport cairo, mak oii! terkejut iolls. Dia main tolak-tolak main potong-potong barisan je. Acewahhh sukahati jer korang ya. Ingat kitorang ni tunggul ke apa ha?


Yang tak leh blaa tu dorang bercakap dengan kita tapi gaya macam nak ajak gaduh. Lepas tu ade makcik belakang kitorang ni siap begaduh pasal rebut barisan. Lantak korang lah aku bukan faham pun, tu pun hanah yang terangkan, HAHA.

Lepas sejam lebih macam tu kitorang pun keluar untuk mencari kawan Hanah. Nasib mudah jumpa walaupun hanah pakai purdah.  So dia terus bawak kitorang gi naik van. Baik budaknya. HAHA. acha macam mak cik-mak cik je aku ni ha.

Sepanjang jalan tu dia tunjuk la kat kitorang ni apa tu apa. Bagus juga servisnya. HAHA. Baru la tahu azhar perempuan azhar lelaki ni la tu lah. Lepas tu kitorang buat keputusan nak simpan barang.


Kitorang gi kat aprtmentnya namanya WISMA NUSANTARA
https://www.facebook.com/wismanusantara?fref=ts

Bilik dia okay jer not bad selesa and memang selesa sangat.  Harga pun mungkin boleh tahan kot sebab aku tak tahu sangat. Yang aku tahu kitorang 6 orang semua kena bayar RM300 untuk apartment ni. So korang agak-agak lah sendiri. Kitorng amik 2 bilik untuk 5 malam.

Lepas kitorang dah mandi tukar baju solat bagai. Kawan Hanah ( namanya Imron ) dia bawa kitorang makan. Makan la weiii ! Lapar kot.

Makan dekat Nile restoran. Sedap sangat kedai orang thailand ke indon entah lupa aku. Tak silap aku thailand. Serabut sikit sebab pekerja dia macam indon. kihkih

Tukar duit bagai and jangan lupa makan keaw teaw kimau okay uolls. Sedappp sangat yang penting pedas. Jangan lah memandai korang nak order extra spicy bagai melainkan korang hantu pedas tahap gaban nak pengsan.

Aku sejak dah masuk 22 ni memang tak boleh tahan dengan pedas. Kepala otak ni rasa menggelegak tahap hilang ingatan jerk. So memang tak tahan tahap menangis keluar hingus semua lah!

Bebel pulak aku ni pasal makanan.

Setel!





First Imron bawak kitorang ke Masjid Al hakim Ba'amr Allah. Masjid dia semua cantik-cantik. Entah lah aku pun tak faham apa pandangan aku terhadap masjid nya. Sekali tengok macam tak lawa tapi bila amik gambar lawa pula. Maafkan atas kekeliruan ni. Tapi bagi aku not bad lah kalau tak, buat apa aku amik gambar. Mesti lah sebab lawa kans.

Kasut selipar kena jaga ok!

Layan sekeping dua gambar dekat kawasan dalam ni. Tipu ! 5 keping okay ! HAHA



Aku rasa ni Imron punya muka. Tak silap aku lah aku pun tak perasan aku amik muka dia padahal aku nak amik pemandangan kat depan tu. Dasar !


Acha-acha nak nampak laa kurus so amik lah dari atas. Oh pleasee ah !


Ada insan tersesat dekat hujung tepi ni. Sumpah aku bukan nak snap muka dia. Aku nak amik gambar pemandangan dekat depan tu entah macam mana mak jemah tu punya muka boleh masuk. Cis !

Aku tak akan delete ! HAHA



Lepas tu kitorang jalan kaki. Nak gerak Masjid Saidina Hussin ( Sorry kalau salah sebab sumpah aku dah tak ingat ni ). Sepanjang jalan tu tempat dia memang cantik. Antik lah senang kata sebab coklat jerk. Tapi dorang bawak motor tahap gilaa macam nak bunuh orang jer. Memang dia main hon2 kena berhati-hati je.

Dahhh..

Masa sampai dekat Masjid saidina Hussin ni dah maghrib masa ni. Kitorang ada jalan-jalan kat pasar hussin ni. Macam pasar malam tempat orang beli-beli barang ah.Tapi tak beli dah la kena marah haha sebab tanya-tanya harga. Garang betul orang arab ni.

Masjid saidina hussin ni lawa sangat.
Kat sini aku ada buat inai lukis-lukis. Dasar makcik tu membodohkan aku. HAHA. nasib 10 genih jah. Aish!


Lepas tu Imron bawak ktorang makan manisan mesir dekat kedai namanya . Kitorang amik ام كومبو . Beli 1 je share dengan 4 orang sebab first time nak rasa. Dia macam oat-oat panas manis and ada aiskrim. ada kacang kismis apa ntah lagi. Bagi aku sedap jer tapi dorang tak suka. HAHA. taste aku sellau berbeza dari orang lain. Harga dia 20genih


Lepas tu Imron bawak kitorang bergi ke masjid azhar pulaks. Kat dalam ni kitorang kena marah HAHA tak tahu la sebab apa kitorang tgh sedap2 gosip kena marah. Aku rasa mungkin sebab perempuan tak elok duk kat lua. Entah la dia cakap arab mana aku faham. Aku angguk je lah. Last kitorang masuk tempat perempuan solat sambung gosip situ. HAHA

Gambar tu aku tak amik. Aku google sebab aku baru perasan aku tak amik gambar tempat ni. Sbb masa tu tengah renovate kans. So tak leh amik gambar. Kfine alasan ! Aku rasa mcm ni la rupa Masjid Azhar tu. Insyallah aku x salah kali ini.

Lepas tu dah habis jalan sebab masa tu dah malam jugak lah. Imron bawak kitorang minum asir. Jus dia bapak ahhh masam gilaaa sebab dia macam guna pati buah tu sahaja. Aku pula suka amik orean pedih lidah makkk oi! Tapi sedap!

Lepas tu memasing mestilah dah penat sebab siang td baru sampai. Kitorang terus balik. Oh ya, masa malaysia dengan mesir 6 jam. Malaysia cepat 6 jam. HAHa acha je mcm la orang lain tak tahu. HAHA nope ! ni aku buat untuk anak cucu aku baca nnti. Biar dia tahu bonda nenda dia suka berjalan and bercerita kat dorang kalau aku tak sempat cerita kat dorang.

Okay lupa nak habaq kat hampa, kami kan naik van dari pagi dari aiport kans? So van tu lah yang bawak kitorang seharian berjalan sampai malam. Bayaran untuk hari tu 400 genih tak silap satu van.

Dah mula aku bebel.

Esok ! kitorang nak gi Hurgada !!! Eksited sangat!

See next posts yaaaaa

xoxo


1 comment:

Anonymous said...

This is really interesting, You are a very skilled blogger.

I have joined your feed and look forward to seeking more of your
wonderful post. Also, I've shared your website in my social networks!