Percutian ke Turkey, Istanbul ( Part 7 )

Hallo!
Last entry sebelum nak berangkat ke entry lain. Banyak lagi tempat nak cerita. Mesir yang dua tahun dah berlalu pun tak cerita lagi uolls. Ni ada hutang Guangzhou dan Shenzen dan juga Krabi. Walaupun orang lain dah pernah pergi tapi I tetap nak abadikan dalam blog i.

Sooooo..

Dari Bursa, kan dah serabut dengan salji dan hujan yang menyebabkan feri nak ke Istanbul terbengkalai. Tapi Alhamdulillah petang tu dapat juga kami ke Istanbul setelah onak dan duri ditempuhi. Sampai je dekat Istanbul malam tu excited gila nak terokai guys.

Tapi masa sampai tu dah salji. Keluar je dari terminal fery, dah salji. Sejuk nak mati so duk cari teksi. Tetiba ada satu ni berhenti. Dia kata 25 lira ke hotel naik lima orang sekali gus. Masalahnya dia kete biasa bukan MPV. Kitorang ada luggage paling besar tu 5 kot. Dia gigih suruh masuk jugak.

Jadi masuk lah kami semua untuk menuju ke hotel Lily Gonen. Kitorang minta murah sebab kena berhempek. Korang bayangkanlah dua lelaki duduk satu seat kat depan. tiga perempuan kat belakang dengan 2 luggage paling besar atas peha dan 3 luggage kat bonet. Sumpah sakit wey sebb luggage tu berat nak mati. Bayangkan dua luggage dekat 70kg. Arghhh!

Dalam tu minta murah. Dia kata ok lah disebabkan kitorang berhempet dia bagi 20 lira. Tiba dah sampai kitorang bayar lah 20 lira. Dia mengamuk guys! Dia mengamuk dekat depan hotel tu. Sian dia bergaduh dengan omar disaksikan orang sekeling. Terpaksa lah bagi dia juga 25 lira tu. Iashh.

Baca lagi : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/02/percutian-ke-turkey-part-1.html

So malam tu kitorang tidur je.
Tapi aku tak suggestkan korang duduk hotel Lily Gonen ni sebab dia takde pemanas wey. sumpahhh sejuk dalam tu. Then takde selipar dan takde heater untuk buat air,. Korang bayangkan kitorang call dia minta heater, dia cakap amik dekat tandas yang pemanas air terjun tu. The heck! Tapi bila cakap nak juga so dia hantar lah dua gelas air panas. Sebab nak buat maggie wey masa tu.

Malam tu tak pergi mana-mana sebab sejuk sangat dan penat.

Esok hari tu --

Keluar lambat hahaha pukul 12 dah la malam jam 5. Tak sdar diri betul lah.


Ni dkat depan muzium tak silap. Gigih wey pakai kain dengan kasut biasa yang mcm converse tu sekali pergi tukar semula hahaha.


Ini plak dekat depan universiti dia. Weyyy, sebenarnya ada gambar aku tiga orang dengan Husna dan Kak Aisyah tapi aku malas sebab aku nampak macam raksaksa dalam gambar tu. hahaha. Bila sengsonrang ni tak dibandingkan sgt haha.

Ini baru keluar hotel sebab hotel kitorang dekat sgt. Ni nak tunggu train untuk ke Grand Bazar dan makan. HAHAH. Tak pergi lagi masjid biru.

Ni masa ni salah jalan. Nak cari arah train entah kemana lah kitorang berjalan. Tanya malas, tulah pasal tapi atleast dapat lah bergambar dekat tempat lawa macam dekat atas ni. hehe.


Ni jumpa khazanah pusaka rakyat. Tibahhh.. Mencari lagi jalannya.


Dekat istanbul ni banyak gila orang jual jagung bakar dan buah berangan. Korang patut dan wajib cuba. Kiranya macam lambang lah kalau dtg sini kena makan benda alah ni. Tapi yang kitorang beli ni tak sedap sgt. Pandai lah cari yang sedap2. Tapi lagi dekat ngan masjid biru lagi mahal. Buang berangan dia sedap and aku suka walaupun aku amik free sebab aca2 nak beli so minta rasa satu dua biji. Then aku bla. haha sbb malas nak beli.

Kitorang pergi makan dekat kedai apa entah aku lupa dah. nanti kalau ingat aku share ya
tapi macam ni lebih kurang dia nye restoran hahah aca je padahal nak letak muka sendiri kahakahakah. Nanti aku ingat aku update balik nama kedai dia sebab dia fames gak area grand bazar.update : Iskender Kebab, area grand bazar
Lepas makan alang-alang dekat grand bazar so terus pergi grand bazar. awal2 dah shoping haha.  Sebab nk jumpa budak jordan yang dah nak balik jordan. So jalan2 jap ngan dorang hehe. 

Okey ingat iskandar


So ni grand bazar punya pintu masuk. Ya Allah pening dibuatnya guys sebab macam-macam ade rasa macam x cukup dua hari dekat istanbul ni. Duit kena lah banyak baru korang puas hati. haha. sebab mata jd tak tentu arah wey. haha

Baca lagi : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/08/percutian-ke-turkey-part-5.html

So ni nak bagi gambaran dekat dalam Grand Bazar yang besar nak mampus tu macam mana. Memang kau masuk pintu lain keluar pintu lain. Nak cari kedai yg korang pergi lima minit yang lalu pun boleh sesat. Tapi Alhamdulillah kitorang keluar dan masuk tempat yang sama.


Dua nenek yang sempat posing tengah jalan ni sambil memikirkan mamat turkey yang mana boleh ditackle untuk dibawa balik haha.



Auchhh dia terpandang mula nsem manis putih tapi nasib you baik bukan taste ai, hahah. lawa wey lampu dia tapi rasanya lampu ni kitorang beli cappadocia lagi murah kot. Tapi rambang mata lah banyak pilihan. aishh..



 Nahhh nahhhh hidup dan matilah disana. Makan lah segala barang yang djual ni weyy. jadi x tentu arah sebab comel dan lawa sangat wey.



Tengokkk tu omar pun rambang mata nak beli apa untuk girlfriend dia dekat KL. Untuk mak mertua apa semua dia dah rambang tu. Aishhh best weyy kalau lah banyak duit. Harga dia pun boleh tahan lah boleh minta kurang.


Ini lah makcik rombongan dari jordan yang bawa kitorang cari tshirt. HAHA, gigih kot cari sampai berpusing2 salah kedai sebab takingat yang mana satu,. Last2 jumpa juga yang murah tu. Tak silap yang harga 10 lira je.


 Berpinar mata woiii tengok tshrirt dia. hahaha macam2 size ada dan dorang rajin je layan tapi jangan lah dorang dah layan engkoo tak beli. Memang dia tonyoh baju tu dalam mulut kau agar kau tahu erti penyesalan.





Aku tak faham apa yang aku cuba lakukan sambil didengari oleh jemaah haji aku tu. haha ya Allah Alia apa yang ceramahkan tu kemain memasing menghadap aku. haha adoii lawak lah. Dah macam mutawif yang bawak org gi umrah lak.


 Ouuhhh ni rupanya mutawif yang sebenar. Nak juga be part of us. Haishhhh mamat tu nyebokk je.

 Ni adalah gambar perpisahan. Sebab kejap lagi dorang dah nak balik Jordan. So gambar last sebelum berpisah lah.  Thanks koranggg.

  Aca macma buat drama air mata nak perpisah dekat airport pulak dah. haha adehh.

Lepas tu kitorang keluar jalan area luar Grand Bzar. Guys! Terus terang ya aku kata dekat luar lagi murah. Kitorang tahu kenyataan itu tapi kitorang tetap nak beli dalam Grand Bazar sebab rambang mata. Bila dah keluar kitorang tutup mata tak nak tanya harga sebab takut lagi murah.



Benda alah ni paling murah korang leh dapat 1 lira je. Kalau dapat lebih daripada tu, pandai2 lah tawar. Kalau ok2 2 lira boleh lah.


 Tutup lah mata tutup lahy telinga kalau dah namanya manusia. Haishhh terserempak dengan fridge magnet yang murah 2 lira je weyy sumpah menyesal sangat2 hahaha dan berjanji takkan kembali semula ke grand bazar. Tapi janji sekadar janji, esok petang tu kitorang pergi lagi grand bazar kahakahakaha.  dasar manusia! Kalau fridge magnet ni boleh dapat 2-3 lira satu.

 Akibat mengguna flash kamera begini jadinya gambar. Nak amik gambar train dia sebab malam tu kitorang jalan kaki. haha ingatkan dekat sekali bapaaaaaakk ah jauh juga tapi ok je jalan kaki takde la jauh 400km.
 Yang ni tak menahan setiap 100 meter dorang ada masjid tau. ahahaha semua masjid kitorang ingatkan masjid biru. hahaha semua lenjan amik gambar sebab masa tu be like 'yes finally jumpa gak masjid biru' sekali gi depan ag, ada lagi masjid, ada lagi ada lagi. last2 give up sambung esok jela.
 hahaha tak give up lagi rupanya.. haha jalan lagi cari juga masjid sebab rasa tak puas kalau x jumpa malam tadi. dasar perangai memasing hahaa.. tugu kat belakang tu hanya omar je yang amik haha.
ko tengokkkk haha gigih lagi entah masjid ape ntah kitorang jumpa ni. duk amik gambar baru tahu tu muka masjid biru. sebab reka bentuk dorang sama dan lawa. Tapi masa jumpa masjid biru bebetul korang mesti terpegun. Nak nangis hentak kaki!
 Tengok tu sampai dah tutup weyyyy1 Last2 baru lah kalini give up dan kitorang gi balik. Sambil beli tu beli doner kebab dorang. Murah je dalam 3 lira untuk daging kalau ayam 3.5 lira. Serius sedap dan murah dan kenyang walaupun aku jenis kuat makan. haha. 

Baiklah-- malam ni dah habis, jom sambung esok pagi selepas sekali lagi kitorang bangun jam 12 tengahari. haha kenapa kami xpernah insaf haha . haha

 Muka banyak senyum hati banyak senyap jantung degup kencang bila dah nampak benda alah ni. Tak sangka akhirnya aku mempunyai rezeki untuk sampai ke sini.



Guysss! Finallyyyy iammmm here.. haha tak sangka walaupun masa tu dah sejuk kaki dah nak krem.

 Ni antara tarikan yang ada dekat luar. Ada yang elok sebenarnya tapi adik aku punya lah perangai dia pergi padam semua gambar dalam phone kat turkey. Sabor kan jelah aku dah save tp pendrive lah berperangai durjana. xboleh buka dan sesiapa ada penyelesaian tlg aku sikit.

Dah sampai pintu masuk dia, sabarrr sikit je lagi hahaa. Masuk sini free je eh tak perlu susah susah nak bayar ke apa ke. hehe

 Taraaaa alhamdulillah, dapat juga masuk. Guys, actually ada gambar aku depan ni haha tapi masalah yang sama dah didelete. Sayangkan je mujur ada camera ni.




So ni pemandangan dia dekat dalam ye. Lawa tp dalam ni pun sejuk. Masa kitorang datang dah nak dekat solat so agak ramai juga lah. Masa ni orang bukan islam xboleh masuk. Kena pukul berapa entah x ingat baru boleh masuk.

Bila keluar je nanti korang akan nampak lah masjid yang berderet. Semuanya masjid lawa2 and amik je gambar free je. haha. Ni bukan masjid biru ya. Ni depan masjid biru. Kat sini entah berapa la dia punya masjid.

Ya Allah rindunyaaa dekat turkey bukan rindu mamat kat atas ni kejadahnya lahai nak rindu kat dia. hahaa tapi sebab tak tahu nak letak caption apa. kahakahk.tapi sumpah lawaa weyy. Ni omar terserempak dengan kawan dia kat sini. Punya lah besar Malaysia, kat turkey juga jumpa.





Ni depan Hagia Sofia, ada benda alahni, ramai je amik gambar dekat sini. Kitorang jadi rebutan kot orang nak bergambar. cewahhh cite nak gempak je. haha. MAsa ni patutnya nak masuk Hagia Sofia tapi masa tu dah pukul 4.30, dia tutup jam 5 so dia tak terima dah orang masuk masa ni. So terpaksa rancang pergi esok walaupun esok tenghari nak balik. Rugi kot kalau datang tak masuk walaupun takde apa-apa.

Baiklah--
Disebabkan dah tutup so kitaorang pergi lah Spice Bazar ni untuk beli manisan ke rempah ke apa-apa jelah makanan turkey yang ada. Kat sini emmang ada banyak kau jalan rasa je wey, free. Sepanjang jalan kau rsa setiap kedai kau dah boleh kenyang haha. Betapa besarnya dia. Tapi tak boleh lawan Grand Bazar lah.

Nak ke sini turun train eminonu tau! Nanti jalan kaki sikit dah sampai.

Baca lagi : http://alia-ali-ahmad.blogspot.my/2017/06/percutian-ke-turkey-part-2.html




Ni kedai contohnya lah. Tapi berderet kedai dia macam ni banyak gila. Semua boleh rasa tapi ada yang tak boleh rasa kahkah., Harga boleh minta kurang. Orang kat sini rajin cakap melayu. Tapi kau tahu dialog apa yang dia tahu?

"Pak Lah!"
"Dr Mahathir!"
"Saya cinta kamu!"
"Terima kasih"
"Datang lagi"

Tak, masalahnya Pak Lah bondeyy? Ni dah zaman Najib kot dia ni dah keluar gua belum. haha

Masa malam tu kitorang nak keluar gegirl je ke Taksim. Sebab malas nak ajak dua kumbang tu. Tapi serba salah sangat bila tahu rupanyan Omar nak sangat pergi Taksim sebab kawan dia kata meriah. And dia marah gila and merajuk sbb kitorang tak ajak. haha tak sangka dia gila-gila nak pergi.

Kat taksim ni kalau siang ada tram tau yang macam matsaleh tu. Sebenarnya yang kitorang naik semua tu tram juga tapi aku tetap nak gelar train sbb nak tram macam cite dilwale tu. Ada kat taksim je tapi masa siang je ada. Ni kena pergi banyak station tukar lah. Dua kali juga keluar and mujur ada mamat handsome tolong ktiorang ewahh..

Tapi memang meriah gila nak-nak pula masa ni salji turun. Aishhh seronok sangat kitorang bila turun salji. Yang tak boleh blaa siap maakan aiskrim turkey yang menari tu. Makkk oii tak menahan sejuk2 orang pandang pelik je.

Tak cukup tu, siap pergi makan aiskrim ni juga dekat Hafiz mustafa. Korang wajib cuba dekat sini sebab sedap gila dan dia memang fames gila. Kalau gi taksim ni try la apa-apa dekat sini isnyallah tak rugi. Tapi ramai orang sangat.

Kitorang order ni je sebab nak rasa. Dia ada tiga jenis, green tea, vanilla dan coklat. aiskrim dia sedap wey tak cair cepat dan arghhh memang sedap nak mati. Rasa menyesal x beli sorang satu.


Saya akhiri cerita malam ini dengan sedikit gambar suasana di Taksim pada waktu malam. Best sangat tapi tak nak duduk hotel area sini sebab mahal dn bising. 

---
Hari last, sebab flight tenghari tu. 
Gerak last destinasi ke Hagia Sofia je sebab kitorang mmg target satu je hagia sofea pukul 9. So harga tiket untuk pelancong adalah 30 lira. 







Nasib kitorang agak malang jugalah sebab masa datang dia tengah betul2kan macam ni so gambar mcm buruk benci btul. Harap kalaua da rezeki dtg, jangan begini lagi dah ler.

Kita akhiri post kalini dengan gambar aku hahaha. Best kot kat turkey sebab kulit jadi cantik kahkah. Okey, total aku gi sini habis dalam 2.5k ( exclude flight )

Kalau ada sebarang pertanyaan sila email saya : aliaaliahmad.3003@gmail.com ( kebiasaan saya balas dalam 24 jam )

Bye uolls akhirnyaaaa habis juga cerita pasal turkey. Now nak fokus china dan krabi. Dan mesir ( hmmm maybe? )