Review Hanbing Korean Dessert Cafe

Bismillah

Alhamdulillahx99


Kali ni kali kedua makan dekat Hanbing Korean Dessert Cafe. Memula dengar-dengar kawan ajak je lepas tu iolls pergi sendiri ahh

Kali pertama sebab kawan ajak.

Okay disebabkan masa kali pertama datang tu kitorang datang malam so memang takde offer yang set murah sikit tu.

Kitorang amik set RM88 termasuk ramen apa ntah namanya sekali dengan nasi nya. Aku memang bab nama makanan fail sikit cuba bagi gambar makanan, memang menang ah.



Okay ni setnya. Korang akan dapat mende alah ni kat atas ni sekali dengan satu kuali nasi goreng-goreng dia sebab aku taktahu nama dia. Sedapp gak ah. Makan untuk 4 orang tapi tipuuu tak cukup pun. 2 orang okayy ah.

Then korang akan dapat standard size untuk ice snow ni. Dapat 2 lah benda alah ni. Sumpah memang sedap gila tahap nak pengsan nak menangis banyak kali masa dapat rasa benda alah ni. Sumpah sedappp sangat.



Satu perisa Maggo dengan satu lagi blueberry cheese. Ya rabbi dua-dua sedap korang tak kan menyesal kalau tryyy. Mesti akan menjerit kesukaan.  Kalau beli asing-asing satu benda alah ni RM24.


Okay tu set lain.

Tadi aku pergi sekali lagi, disebabkan kali ni pergi before jam 8 malam so ada lah set yang murah-murah sikit.


Okay pinggan yang ada nasi tu kawan aku yang order tapi aku tak tahu namanya apa. Yang aku ingat ada perkataan beef je. Muahahaha. Dia amik set tu sekali dapat ice snow maggo dengan tea korea ah. Tea korea tu rasa dia macam tea bunga sikit. Harganya RM28



Ni aku punya pulak aku amik yang maggie-magiie tu dengan spicy chiken then dapat ice snow cheese blueberry (+RM2)  dengan tea korea tu. Harga RM32

Sedap !

Serius semua makanan sedap. Aku ni tak minat makanan luar tau. Tapi kalau aku kata sedap tu memang sedap lah sebab memang sedap. Kalau taknak makan benda lain makan ice snow je pun dah pengsan limapuluh kali bangun balik still nak ice snow dia . Over tak ? HAHa

Korang patut try bagi siapa yang tak pernah try.

Takpe datang makan dessert dia je pun dah okay ah.

Details :

https://www.facebook.com/hanbingmy/?fref=ts
Buka : 12 teghari -12 malam
Alamat :  33 Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala lumpur ( sebaris dengan Dip n Dip )
no tel : 03-2202 0238



Percutian ke Hong Kong ( Part akhir )

Bismilllah,

Alhamdulillahx99 nyawa diberi untuk menaip lagi.

Bersambung semula pada cerita yang selanjutnya. Alhamdulillah dah maaf nek dah lama tak update pasal pergi hong kong. Nek busy sikit and kadang-kadang tu nek tak ada mood.

Alkisahnya...

Bangun je pagi tu iolls masak sardin yang tak pedas xsedap dan termaksa je makan sebab masng-masing dah lapar.

Pagi tu kitorang keluar lambat sikit sebab dah terbangun lambat plus dah ter ni ter tu and please lah semua itu hanya lah alasan kisah dongeng semata.

Hari tu just pergi dekat Ocean Park. Disebabkan semalam kitorang semua dah kesejukan sangat. So hari ni semua fefeling pakai baju tebal setebal salju. Sekali tu sampai je ocean park ni ya rabbi panasnya tahap ya Allah kenapa kau hukum kami begini? acha je tak pernah panas kat Malaysia kans?

Ocean park ni besar snagat. Oh ya, tiket masuk sini kitorang just RM70 sahaja. Sebab dah promosi dekat laman web apatah.


Kena ambil bas untuk ke ocean park ni. Harganya 20 dolar hongkong 2 hala.


Depan pintu dah ! Yeay memang tak sabar sangat nak masuk dalam ocean park ni. Bayangkan si pamid tu pakai bulu2 tu semua sweater bagai. Memang bajet ah sejuk sekali panas siap ada matahari terik lagi.

Image may contain: 1 person

Sorry lah guys muka aku memang kalau amik gambar takde lain tak bukan peace je aku reti. Tak reti nak hispter bagai.  Bak kata pamid memang muka ni macam budak darjah 3 kena pukul. HAHA.

Naik cable car tu best. Naik benda tu kalau nak hubungkan korang dekat taman tema lain. Sebab ocean park ni besar gila tawww so memang kena guna benda alah ni. Tapi memang cantik kat atas tu nampak lautan bagai.



Masa ni dah nak malam dah. Memang kitorang beria gila lari untuk sempatkan diri main semua benda yang best. Memang tak leh lupa ah saat ni. Bayangkan je lah aku ni nak bawak lemak aku ah. Pamid okay la kurus.


Guys banyak benda aku pernah main, benda ni la paling gila paling erghhh! Stressnya aku main benda ni sebab takut gila sangat punggung korang memang terangkat sentiasa. Kalau rasa sedih pergi la tempat ni kompem korang tak akan ada rasa cinta untuk manusia dah. Gilak !

No automatic alt text available.

Si mata keranjang suka tempat macam ni. HAHA gurau je ,

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Abih dah settle main semua benda masa tu dah jam 7 lebih.

Boleh tengok view waktu malam pulak memang sumpah cantik gila wey.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Terima kasih buat pamid yang sudi teman and jaga aku and sudi patah balik teman aku dengan kaki kejang walaupun dia just duduk edit gambar dia. Thanks sangat.

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 5 people, people smiling

Cuba tiru artis dibelakang.
No automatic alt text available.

Lepas tu gi shoping kat tempat yang kat atas ni namnaya... gambar tempat tu kat bawah.

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

Tawar lah harga sebaik mungkin. Cumanya orang-orang sini kuat benar marahnya. Kita baru nak tawar harga dia dah kata 'you crazyyyy' . muahaha tapi aku xernah kena. kawan aku yg kena.



Susu ni tak sedap guys. ! Dorang yang kata bukan aku ! HAHA


Alhamdulillah kitorang dah selamat membeli belah part 1 . HAHA. Esok punya cite pulak.

LAST DAY

Esok pula bangun lagi lambat. Kitorang keluar dari hotel dalam jam 11 pagi macam tu. Lepas semua dah settle siap masak urut kak es tak sihat semua. Kitorang buat keputusan nak sambung beli barang dekat Mong Kok pulak!

Image may contain: 2 people

Kitaorang simpan luggage jap sementara nak jalan-jalan gi beli barang sikit.

Image may contain: 1 person


Image may contain: 3 people

Masih sambung cari baju tshirt sebab kat tempat ni lagi murah dari tempat kat malam tu. sebab kat sini orang2 dia layan juga kita minta murah2 nak2 kitoeang gi awal gak ah.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 4 people

Fokus kat beg belakang tu jangan fokus kat awek tu. Beg belakang tu aku beli kemain banyak lah sebab murah dalam 10 dolar je.

Okay settle!

Balik hotel amik luggage.

Kitorang berenti jap solat bawah jambatan lepas tu gerak amik train express pergi ke airport. Flight kitorang jam 8 malam tu.

No automatic alt text available.


Gambar hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Rindu segala kenangan di hongkong ya Allah..
Tak puas sangat jalan2 sebab sakit kaki tapi puas dapat jalan dengan kawan2 yang memahami dan baik sangat.

Aku selalu bersyukur sebab dianugerahkan sahabat2 yang baik macam ni. Baik lelaki ataupun perempuan. Kalau ada sikap buruk tu pejam mata jelah.

Image may contain: 3 people, people smiling

Kitorang nak otw the airport. masa ni serabut juga sebab kitorang dah laburkan semua dolar kat barang-barang sekali baru sedar yang kitorang x simpan dolar untuk naik train express ke airport. menceceh minta semua duit share-share kan. Alahai alhamdulillah cukup.


Alhamdulillah settle.

No automatic alt text available.

Byeee hongkong moga bertemu lagi.

Untuk yang nak tahu kos kitorang.

Flight : RM450 return
Makanan : RM50 ( masak sendiri )
Hotel : RM70 ( tapi ada orang tlg sikit , moga Allah murahkan rezeki dia )
Ocean park : RM70
Pengangkutan : RM80
Disneyland : Free ( Moga Allah murahkan rezeki dia juga )

tiket oceanpark RM70 tu boleh dapatkan di sini : https://www.klook.com/city/2-hong-kong/

Shoping terpulang individu. Aku habiskan dalam RM300 macam tu.

Alhamdulillah tamat juga hutang entry ke hong kong. Anak-anak bonda dan cucu-cucu nenda, ini lah kerja bonda and nenda korang masa belajar2. HEHE.

xoxo
Terima kasih siapa yang sudi baca. Moga Allah murahkan rezeki. Ameen.

Percutian ke mesir ( PART 2 )

Alhamdulillah x99

Kitorang janji dengan dia jam 3.30 pagi sekali dia terlajak. Kitorang ? Lagi lah terlajak majak sajak ah perangai memasing aih.

So here we go !!

Hurgada guys! The heck ! Masa aku tahu pasal Hurgada tak eksited langsung. Masa nak gerak pagi tu pun aku takde lah nak feel excited sangat. Suam-suam jer. Hurgada? okayyy

But..
Guys! Bila dah sampai Hurgada korang akan rindu gila dekat tempat situ. Hurgadalah tempat terciptanya cinta. Aip ! Cinta antara kami dan mesir. Fikir lain lah tu. babap kang.

Aku ni bukanlah nenek tapi aku sendiri tak faham kenapa aku boleh lupa-lupa benda alah penting macam ni.Tapi takpe nenda akan cuba ingatkan demi bakal cucuu-cucu nenda. Gituuuw.

Tak silap iolls kitorang gerak dari cairo dalam jam 4.30 pagi macam tu. Tak silap aku lah atau ada wayar terputus satu aku lupa tu halal je lah eh. Sebab driver bas tu nak gi awal sebab dia kata jauh so takut jammed and so whatever je ah. Bas kali ni kitorang dapat 1600 genih untuk pergi dan balik ke Hurgada.

Lepas tu ingat nak breakfast dekat mcd, sekali mcd takde makanan. HAHA. Berlapar lah kejap nasib baik aku ni doremon. Ada bawak stock makanan. Bersyukur lah korang kalau aku pergi.

Back to the track.



Perjalan ke Hurgada dalam 6/7 jam macam tu. Lalu hway dorang and memang padang pasir saje lah kanan kiri tu. Bersih lah sebab takde apa-apa. Gila dorang bawak van siap berdrift dengan lori balak kontena bajak segala mak nenek lori besar tu lah. Dia brek macam seinci lagi nak langgar bontot lori tu. Sakit jantung weiii!

Bila tak dapat mcd pagi tu maka semua orang mestilah lapar kans ? Lepas tu dia berhenti dekat RnR. Ya rabbi RnR dia punya lah lawa macam kedai makan mewah siap beraircond tempat duduk classy sangat uolls.



Masa ni tengah tunggu makanan. Kalau RnR malaysia nak kena amik makanan kat kaunter. Kat sini feeling boos je lah nnti ya.

So kami sambung perjalanan menuju ke hurgada.

Oh ya lupa nak bagitahu yang kitorang ni amik pakej apa ek? HAHA. Yang pastinya kitorang bayar guna dolar iaitu 228dolar untuk 4 bilik untuk 2 malam. Insyallah kali ni aku yakin setelah aku bertanya pada 2 orang manusia yang sama-sama pergi mesir. HEHE

Lepas kitorang sampai hotel kena marah-marah kena pakasa minum air dia, HAHa terus masuk bilik. Kitorang lagi suka 1 bilik je untuk perempuan tapi Imron amik 2 bilik last-last kitorang tidur 1 bilik jugak sebab tak best tidur jauh-jauh.

Lepas dah rehat sikit-sikit, tengahari tu kitorang keluar lah nak mainnnn dekat padang pasir !!! Yehaaa !!

Okay ni van amik kitorang lepas tu bawak dekat satu kawasan ni. Lepas dah turun dia cakap apa entah aku tak faham yang pasti dia suruh beli serban dengan spec besar dia tu.


Kitorang bayar dalam 100++ genih so lebih kurang 50++ RM lah macam tu and dapat sekali main 5 benda.

1. ATV
2. TENGOK TAMAN-TAMAN HAIWAN ( iolls tak minat )
3. SPIDER ( kalau salah maafkan teman, i tahap redho je )
4. NAIK UNTA
5. NAIK KUDA, KELDAI

Lepas tu termasuk dengan persembahan malam tu (tarian gelek,tunjuk hebat,shisha and so on )
Lepas tu juga sebelum persembahan dapat makan tau! Kenyang lah jugak. (sikit je kenyang) HAHA

Bagi aku harga dia not bad lah. Siap kenderaan pergi dan balik. Bagi korang feel gambar jap eh.




Okay dia akan bawak kitta round padang ni naik ATV. Tapi memang best sampai kita tak kan puas ahhh. Satu tak best kita terpaksa ikut dorang pulak punya kelajuan. Cis ! ehhe acaa je aku drive. HAHA



Ni antar haiwan yang ada. Aku cakap sungguh aku memang tak minat haiwan so aku terus keluar tak tengok lagi apa yang ada. Yang pastinya banyak ular lah kans. Lagi lah geli aku. Aku cakap betul mmg tak lah aku nak pegang dengan kulit-kulit dia macam tu. Uh meremang!




Lepas tu dapat naik SPIDER jugaks round2 sama macam naik ATV tadi. Actually aku tak pasti betul ke tak namanya sebab aku dengar-dengar namanya macam tu kalau salah maafkan aku pleasee.



Yeayy! Dapat naik unta ni first time okay korang!! Masa pergi mekkah dulu tak dapat nak naik unta sebab masa tu ada wabak penyakit apa entah dari unta. Tapi memang aku takut gila gayat sangat. Sungguh lah eh aku ni memang ada masaalah persahabatan dengan haiwan sejak kecil lagi. HAHA.

Tapi amik pengalaman kans. Sebab memang best pun cuma gayat sebab dia tinggi and macam nak jatuh je abih berlanggar dengan unta lain. Gila !



Ini pulak kitorang dapat naik kuda dengan keldai. Tapi kitorang just naik kuda je. Lelaki naik lah keldai. Tak sampai hati nak tengok keldai nak menampung berat badan iolls ni. HAHA.


Lepas tu kans dah siap main semua benda pergi lah basuh tangan ke muka ke apa ke kans. Sebab lepas tu nak makan pulak ! Yeayyy! Nak makan nak makan !

Makanan dia banyak daging!!! Aku amik banyak daging sebab hanah tak makan daging last-last terpaksa bagi ona sebab ona lagi suka daging berbanding aku HAHA.

Minum air coke and boleh minta sekali. Dia tulis je tapi boleh je nak tambah kann.. dia tak marah.

Lepas tu kitorang lepak dekat satu kawasan dia untuk tengok persembahan dia yang seterusnya. Sambil-sambil tu kalau nak isap shisha bolehhh la sangat.


Eksited tak kitorang duduk depan sekali ? HAHA

Okay lepas habis persembahan tu boleh lah balik van akan hantar korang balik ke tempat penginapan korang tau.

Sebelum kitorang balik nak beli mineral water lah ada orang nak minum coffee lah apa lah. Layan kan jelah sebab aku jenis tak minum coffee

Lepas tu kitorang balik untuk rehat. Tanpa diduga tetiba perut berkeriuk untuk diminta diisi.Jadi lepas tu Imron bawak kitorang gi makan dekat mcd. Alhamdulillah sambung gosip dekat bilik.

Settle hari kedua dan rasa gembira sangat atas nikmat ini.

with love, xoxo