Mock Trial ( Barua.. Kau penyundal.. Aku pendosa )




Sebagai seorang pelajar Jabatan Syariah Undang-undang kami ditugaskan untuk membukan Mock Trial iaitu pementasan situasi berada didalam makhamah. You know... kisah dari awal sehingga hukuman dijatuhkan.

So let me start with audition. Aku memang teringin sangat nak berlakun sebab aku memang minat gila nak mampus tahap gaban nak menangis la. Tapi disebabkan aku malu dan malas nak audition so aku tak nak ah gi. Aku rasa macam err.. Audition? Oh Nehi.. Rasa macam malu gila kot kalau tak dapat.

Aku masuk moot court tapi aku tak join tapi nak dijadikan kisah, kawan aku Aina tu nak aku jadi partner dia untuk berlakun jadi aku terpaksa berlakun dalam masa berterima kasih pada Aina sebab bantuan dia aku masuk juga.

So alhamdulillah kami terpilih and aku diberikan watak sebagai Puan Kumalasara as a manager kepada OKT iaitu Orang Kena Tuduh.

Pengalaman yang best dengan senior yang best dan sporting tak garang dan sangat prihatin. Best la aku kira dapat bekerjasama dengan mereka.

Kisah pada tajuk tu?

Sinopsis dia tak boleh nak cerita. Kena tunggu pementasan dahulu baru boleh bagitahu. Yang aku boleh cerita ini kisah pasal seorang bapa yang berpisah dengan isteri sebab isteri dia curang kemudian dia menjual anak perempuan dia pada seorang lelaki.

So kisah situ apabila dia ditangkap jawatan kuasa terus dibicarakan. Haha. Rasanya macam aku dah cerita je kisah dia. HAHA. Nanti nak buh thriller dia la. HAHA.

Jadi nanti sepanjang tu akan story apa terjadi dalam court tu.

Korang yang luar dari pelajar UM pun boleh datang. Korang boleh nak saksikan dengan beli tiket. Dont worry tiket tak mahal mana pun okay.

Review Cinderella 2015 and Froven Fever


Sebenarnya nak tengok wayang cerita 'Cinderella' dengan my only bestfriend ( Hanan ) tapi dia nak datang KL ni lambat sangat sedangkan cerita ni release hari Khamis. 

So aku saje ajak2 coursemate tengok wayang dan semuanya setuju. So kitorang decide nak tengok cerita Cinderella malam jam 10 malam. Book ticket siap2


Frozen Fever

For those yang cakap ada cerita FROZEN2 tu memang sangat silap. Ianya hanya sambungan 10 minit untuk birthday party Anna. 

Dalam cerita ni Elsa nak buat part Anna yang paling perfect. So dia dengan geng yang lain telah sediakan party Hana the superb special surprise. Sepanjang Anna berjalan sampai ke tempat party tu ada hadiah yang best2. Tapi dalam cerita ni Elsa demam dan bersih. Betapa comelnya bila Elsa bersin akan keluar mini olaf yang comel2 sangat dan dorang tu telah rosakkan birtday party Anna tapi kerosakan itu yang membuatkan ianya nampak sempurna.

So the end bila malam tu Anna jaga Elsa demam dan terus habis. Kiranya dia just nak lepaskan rindu untuk peminat FROZEN je sebenarnya.


Cinderella

Cerita yang sama macam cinderella korang pernah tengok sebelum ni. Perbezaannya cuma bapa putera raja tu nak kahwinkan puteera tu dengan puteri juga yang bernama PUTERI CHELINA. Lepas tu ada orang raja yang jahat cuba pisahkan puteri dengan Cinderella.

Tak ada beza sangat dengan cerita sebelum ni and sangat bosan. Aku jarang sangat kalau tengok wajang feeling bored. Tapi ni antaranya maybe sebab aku dah tahu jalan cerita and cerita sangat slow. Tapi okay la boleh telan la.

Tak ada apa yang nak dicerita pasal Ciderella sebab semua orang umum tahu cerita ni. Aku cadangkan tak payah tengok bagi tak buang duit korang. Okay. 

Aku boleh bagi cerita ni 3 bintang je la.


Zalora memang suka bersedekah ( Voucher RM50 )

Salam,

Hari ini barang dari Zalora sampai. Unexpected boleh dapat voucher free-free je dari Zalora dua hari yang lepas hanya sebab aku download Myteksi.


So aku ada dapat email dari MyTeksi mengatakan dapat voucher RM50 dar Zalora. Seriously, Zalora memang antara shopping yang boleh dikatakan sangat bermurah hati. Memang aku kerap juga dapat voucher cuma tidak la sampai RM50. Biasanya paling banyak dapat RM20 tapi tak guna pun sbb tak tau nak beli apa.

Tapi bila dah dapat RM50 ni try ah godek benda kat Zalora. Berkenan dua mende. Light Camera Lashes Mascara travel size dengan White pearl Whitening mask. So aku dapatlah genapkan sikit je ada lebihan RM4


Sebenarnya ramai je yang dapat lebih banyak dari aku. Kira aku dapat sikit la ni RM50. Orang lain beratus-ratus kot nak-nak pula Zalora ni memang berbaik hati dan servis pun mantap.

Aku ada berapa kali la beli Zalora ni dan memang penghantaran dia okay. Berbanding dengan Lazada memang panas hati je dibuatnya. Sometimes okay la kekadang sakit jiwa raga.

Birthday dah tak lama. Kalau dapat hadiah voucher banyak2 dari Zalora pun okay. Haks.

Tips belajar bahasa urdu [ Beginner ]

Siapa peminat cerita hidustan? Angkat tangan !!!

Yeah, ada ketidak sebenarnya ni? Hew.


Okay pertama sekali nak share sikit tips nak belajar bahasa urdu for beginner. Aku pun baru-baru lagi jadi nak share macam mana cara nak belajar cakap urdu.

Pertama 

Tengok movie hindustan. Dari situ cuba korang belajar sikit  perkataan yang mudah-mudah. Jangan la nak belajar yang perkataan panjang dah susah.

Contoh

Salam namaste  :  Selamat sejahtera
Syukriah : Terima kasih
Suno : Dengar ni
Acha : Yeke? Betul ke?
Kaha hey? : Kemana? Dimana? Nak kemana?
Apse milkar hushi hui : Gembira bertemu dengan awak
Okay itu untuk yang basic.

Kedua

Bila dah layan movie hindustan korang boleh la layan sekali lagu dia. Cuba cari maksud tajuk lagu dia tu. Kat situ dan sedikit perkataan boleh belajar.

Contoh

Kuch Kuch Hota Hai : Terjadi sesuatu dalam hati
Anjaana Anjaani : Sengaja ataupun tidak sengaja
Humko Hami Sey Cura lo : Kemari dan curilah hati saya
Chammak Challo : Perempuan yang seksi

Ketiga 

Okay cuba cari makna untuk satu-satu perkataan. Contohnya kalau cinta apa maksudnya? Cuba berkawan dengan orang Pakistan, India. Tanya apa maksud untuk sesuatu perkataan. Gunakan perkataan tu untuk berbicara dengan kenalan korang.

Contoh

Dil : Hati
Callo : Jom
Moti : Gemok
Pyar / Prem  : Cinta
Mey : Saya
Tum : Awak
Pagel : Gila
Ladkhi : Perempuan
Ladkha : Lelaki
Nehi : Tidak
Ha : Ya

Keempat 

Walaupun peekataan dia agak mudah. Tapi ada sesetengah ayat perlu dibezakan untuk lelaki atau perempuan. Macam English dan Bahasa Arab juga la. She/ He untuk beza laki dan perempuan هو/ هي untuk lelaki atau perempuan.

Jadi make sure kita kena tahu.

Contoh

Meh urdu seekne ki koshish kar rahi hoo ( Perempuan ) : Saya sedang belajar bahasa urdu
Meh urdu seekne ki koshish kar raha hoo ( Lelaki ) : Saya sedang belajar bahasa urdu

Okay yang aku bold kan tu adalah perbeazaannya tau. Macam Ladkha (Lelaki ) / Ladkhi (perempuan) juga la. 

So jum kita sama-sama belajar bahasa urdu. Sebab amat kurang jumlah nak belajar bahasa urdu berbanding korea and english. So lets make some different.

Okay lepas ni aku akan update setiap perkataan baru yang aku dah belajar. Boleh kita belajar sama-sama. Nanti nak jumpa Shah Rukh Khan boleh ngorat dia dengan kepandaian kita berbahasa urdu. Acha? hehe.

Khuda Hafez ( Selamat tinggal ) See you again 

3 Mac 1924: Sejarah pahit Umat Islam [ Turkey ]


WAJIB BACA WAHAI ORANG ISLAM!!!
Tarikh 3 Mac bukan sahaja tarikh bersejarah untuk pelajar yang mengambil SPM. Tapi merupakan salah satu sejarah pahit umat islam
Siapa yang tidak mahu ke NEGARA yang begitu cantik dan menjadi idaman setiap orang. Tambah-tambah selepas cerita 'Istanbul aku datang' ditayangkan. Makin menggila semua orang hendak kesana.
Tidak kurang juga aku pun menyimpan hajat untuk kesana. Tapi pernah tak kita ambil tahu apa yang terjadi dengan negara TURKEY berpuluh tahun yang lalu.
Mari kita ambil tahu apa yang terjadi pada negara yang dulunya begitu gemilang dengan pemerintahan islam. Lihat bagaimana keruntuhan Turki Uthmaniyah.

Teringat kembali sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 mac 1924 dek perancangan jahat puak Yahudi pada ketika itu.Selepas itu munculnya seorang peminpin yang zalim lagi fasiq iaitu Mustafa kamal Atartuk yang memerintah kerajaan Turki bersandarkan ajaran sekular yang melampau.

Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Maka ,bangkitlah wahai para pejuang untuk melihat kembali kegemilangan Islam berlaku dengan melaksanakan tugas-tugas menegakkan perkara-perkara kebenaran dan meruntuhkan nilai-nilai kebathilan.
Muhammad Syafiq bin Ramli
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS PUSAT 15/16
"Terus Melangkah Bersama"