Sampai bila ?

Terdiam aku berfikir sejenak.

Bangun sahaja dari tidur terus aku ajukan soalan itu kepada dia. Hatiku jadi sayu tiba-tiba. Fikirku semula mungkin itu sebab aku tidur waktu maghrib barangkali. Semata-mata untuk sedapkan hati.

Aku bangun dan solat maghrib. Seketika, aku terduduk termangu memikirkan diri aku. Sampai bila aku akan begini. Adakala aku berasa sangat letih dan tak larat. Aku letih melakukan semua ini. Aku bukannya robot yang langsung tak ada rasa penat.

Sampai bila aku nak tunggu bulan jatuh ke riba?

Aku sebak , aku mohon kekuatan dari Allah. Selagi mampu aku ada kekuatan, aku pasti akan lakukan. Tapi andai kata aku letih dan penat. Perlahan-lahan aku akan mengalah.

Aku letih bila dia langsung tidak memandangku. Sedih ? Tipu andaikata manusia seperti aku tak sedih. Aku tertanya kenapa dia tak beri kata putus terus? Katakan pada aku supaya aku boleh berhenti berharap. Aku juga tak mahu menunggu. Tapi selagi tak ada jawapan tepat aku masih menunggu.

Semua ini amat menyakitkan. *Tears

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Di suatu hari itu..

Menanti jawapan yang tak pasti..

Aku menoleh ke kiri memanggil seseorang untuk menyerahkan sesuatu kepada yang berhak. Kebetulan ada yang lebih tinggi kuasanya melalui membuatkan aku berhenti dari melakukan hal tersebut.

Aku beri barang itu kepada insan lain, lalu diberikan pada seseorang yang tubuhnya kelihat kurus dan sangat tinggi berukuran 185 barangkali. Lalu barang itu diserahkan kepada dia. Lalu dia pun bertanya siapakah yang memberi barang tersebut. Jawabnya aku.

Aku hairan. Barang itu bukan dariku.

Tanpa membuang masa dia meletakkan semua bungkusan itu keatas riba orang lain dan kemudian dia bangun. aku jeling sedikit. Memang jadi kegemaranku untuk menjeling untuk melihat wajahnya. Kata mereka lagi aku juga yang beri. Itu membuatkan dia bangun dan terus keluar dari bilik.

Aku terdiam.. aku berfikir..

Seandainya benar semua itu daripadaku, apa salahnya jika dia mengambil dan menghargainya. Kenapa payah dan susah benar? Aku kaku dan jantungku bagai tersentap terus aku berpusing ke belakang.

Kisah ini membuatkan aku terfikir, sampai bila ?

Ada mungkin yang tidak faham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi tujuan aku menulis ini kerana aku ingin melepaskan kekesalan yang bertandang dihati. Kenapa dia memperlakukan aku begitu? Kenapa? Apa salah aku pernah lakukan padanya.

Jeda

Aku harap semua ini akan berakhir. Jawapan yang menggembirakan aku dan akan menjadi kenangan paling terindah dalam hidupku.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Jodoh pasti bersatu

Olaaalaa. Assalamualaikum uolls.

Bukan semua boleh menunggu. Kekadang aku sendiri tertanya sampai bila aku boleh menunggu? Adakah hanya seketika atau selamanya?

Kadangkala aku rasa letih gila, kekadang tu pula rasa macam watchaaa semangat giler weh. Aku boleh cakap sekarang aku akan tunggu dia sampai hati dia terbuka untuk aku. Tapi sampai bila je? Hati itu Allah yang pegang. Sebab tu orang kata kalau cinta seseorang minta pada Allah. kuncinya hanya pada Allah.

Ya rabbi ,
Satu je pinta aku supaya kau tetapkanlah hatiku untuk terus merasakan perasaan ini sehingga dia dia dapat rasakan perasaanku ini. Kau tetapkanlah hatiku sehingga kami bersatu hingga akhir hayat dan kau tetapkanlah aku untuk setia disisinya.

Tapi ,
Itu semua takdir Allah.  Aku cuma hanya mampu berdoa dan meminta tidak sesekali aku mampu menetapkan perkara itu akan terjadi. Aku manusia bukannya tuhan.


Aku tahu seadainya dia bukan tercipta sebagai jodoh aku satu hari nanti perlahan-lahan Allah akan tarik rasa cinta ini. Tak kan selamanya Allah akan membiarkan aku begini. Akan hadir seseorang yang ingin meraih cinta aku. Bukan aku yang mengejarnya.

Semoga orang itu adalah kamu juga. Amin.

Allah , semaikanlah rasa cinta dalam hatinya sepertimana aku mencintai dirinya. Tetapkanlah hati kamu berdua sehingga ke pintu syurgamu. Allahurabbi. Mungkin kau jodohku..

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Bercuti di kedah : (mahsuri , pantai chenang)

PART 1
PART 2
PART 3

Assalamualaikum, Lepas je kekitorang pergi naik cable cari tu, kitorang gerak pergi makam mahsuri. Tapi memang tak masuk pun. Sebab dorang kata tak ada apa-apa pun. Lagipun tak seperti yang aku bayangkan pun. Just turun situ amek gambar then beli minyak angin yang wangi tu. Tu je.

Ada tu kita bergambar la sikit kan sambil beli sebundle minyak gamat.



Lepas je bergambar dengan penuh feeling nak mampus jadi dan maka kami pun berangkatlah ke Pantai Chenang. Tapi tak pun sebenarnya, Before tu kitorang ada gerak kejap ke kedai gamat yang memang banyak gila gamat ya rabbi. Siap kita boleh masak sekali.


Ha , ini la maksud aku siap kita boleh masak sekali. Aku masa memula tengok terkejut juga bila abang sepupu aku tu masukkan tangan dia dalam kolah tu, rupanya tak panas. Betapa lambatnya aku tahu. HAHA.


Lepas tu baru la kitorang gerak betul-betul ke Pantai Chenang tu kan.  Aku memang tak plan pun nak mandi kat situ. tapi bila mata aku dah nampak banana boat , kau memang tak tahan la. Aku nak naik jugak.



Mula-mula tu nak naik jet ski tapi kan aku ingat kan murah tau. Rupanyaaaa kan , tobat tak mau tanya lagi. Lepas ni aku kahwin aku nak ajak laki aku naik jet ski. dia yang bayar. HAHA.


Sebelah aku tu pakai baju biru tu boleh kira macam anak sedare aku la. Bapak aku punya anak buah punya anak. Kiranya yang si kecik tu adalah cicit bapak aku. Ha ! Tua dah kooo Haji Ali, dah ade cicit. Kau pun tua Alia dah ade cucu. HAHA.

Benda tu tak pandai naik pun, baru diri je dah gedebik jatuh. Gasak berat terlebih pula.

Sepupu aku dah ade cucu dah. Aku ni kahwin pun belum. Bila akan tiba masanya ya?


Adik aku yang tetengah tu memang gatal sikit. Hai senang nya dalam hati kalau berisiteri dua. Seperti dunia anak yang punya. kalau beristeri empat , boleh kurus la lelaki tu. Btw , itu semua mak sedare.


Serius ni doe !  masa kali pertama aku tengok gambar ni gelak terbahak-bahak aku sampai tak tahan nak terkentot. Memang nampak gilak ah muka gatal-gatal memasing.

Yang baju oren tu adalah sepupu aku yang dah ade cucu. Yang tengah tu sepupu aku yang dah ade anak. Yang baju cokelat tu adalah makcik aku. Aku ni hanya anak dan belum ade anak. Lambatnyaaaaa. Ini kerana bapak ku anak bongsu dari 20 orang adik beradik. Memey la lambat kan.

Aku tak boleh nak tahan ah tengok gambar nie. Entah kenapa aku rasa lawak nak mampuih. Dorang tengok sendiri pun dorang gelak awww. Katanya panas sebab tu rembat je spek aku tu ha.. Adui !


Kenangan yang tak akan aku lupakan naik banana boat. Gasak kemain payah lagi nak naik benda tu balik bila dia dah jatuhkan kitorang dekat tengah-tengah pulau tu. Dah la tak sampai. Dia ingat aku tinggi sangat ke apa ha? ish.

Memang payah ah nak naik balik. Nasib baik ad dua hero yang keding meleting sudah tarik kitorang naik atas. Itu pun bukan main payah lagi sebab berat terlebih kan. Sampai tiga orang tarik aku dengan sepupu aku yang sebelah aku.

Sah Alia , turunkan berat badan.

Serius kisah pasa banana boat ini lah yang menjadi bualan hangat family kami. Rasanya tujuh hari tujuh malam tak menghabis duk ulang kisah banana boat nie. Waduh ! kbaiii

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Me as a Che Ta (Muntada)

"I dont care what people will say bcos I think they are jelous of me. Yeahh, as we know am is pretty woman and Zain is young and prefect man. So, what's the problem? I think we're perfect couple like diamond and ring" 

HAHA kau , tak leh nak blaaa kot dialog aku.

Hari ni selesai alhamdulillah muntada for BI punya. Setel everything. Lepas ni nak kena tumpu ke benda lain lah pula.

Tema kitorang buat yang ala-ala macam kes berita. So, aku bahagian hiburan kan. Jadi aku telah menculik watak sebagai che ta yang pasal kes perkahwinan dia hampir 13 juta tu. Bila dekat depan pentas tu ko kena la buat gedik-gedik ala sopan sikit.

Masa kedepan tu memang malu meaw-meaw la kan. Tapi konon bajet macam tak kisah tapi dalam hati Ya Rabbi, rasa macam nak tutup muka pakai periuk nasi je bila dan tepuk-tepuk gelak bagai. Macam menganjing pun ade. Tak leh bla k.

Paling mahal pakai rantai harga 10 juta tu hasil dari kepit kertas. Kau kemain jimat lagi.



Ha , ini masa che ta (versi gemok tak lawo) berlakon ala-ala gedik dekat depan pentas. kooo tangan tak menahan ah Alia. mahal gilaaaa




Mustaqim sadi : 'simple but nice'. Aku sependapat dengan dia. Bayangkan kitorang hanya berlatih satu malam dua kali sahaja tapi kami mampu buat dengan baik walaupun tak la gempak mana. Alhamdulillah. Ini gambar terakhir kot kami bersama. Lepas ni tak ada lagi. Huarg ! rasa macam sebak tetiba.

aku tak suka perasaan ini. Benci siak nak sedih bagai nie. Macam hape je.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Bercuti di kedah : cable car

PART 1
PART 2

kisahnya bermula pagi tu bangun sarapan pagi kan, lepas tu memang patutnya memasing ada kereta sewa sendiri. Tapi tak ku sangka tak ku duga yang ownernya telah menipu kami semua. Apa la nasib badan kan. Redha je la.

Maknya kamu the geng telah ambil bas. Kesian..


Maka semuanya bermula bila kami singgah di taman haiwan liar. Tapi tak turun pun sebab memasing dah malas kan. Hati teruja nak pergi dekat cable car je kan. Jadi setakat turun amik gambar.

Perjalanan lebih kurang macam 20 minit macam tu sampai la we all dekat cable car tu.

Sampai dalam jam 11 pagi tapi kau tahu dapat masuk kat situ pukul berapa? Pukul 2.30 petang kau tahu? Memang gasak la nak menunggu. Jadi untuk menunggu beberapa jam itu maka kami pun menghabiskan masa dan duit dekat tempat-tempat area situ jugak.

Tempat je jam 2.30 , kami dah terpacak dekat depan tu.


Okay ni muka masa mula-mula naik. Sumpah aku cakap aku memang tak la takut sangat tapi bukan la sampai tahap tak takut langsung. Tapi biasa je perasaan tu tapi kaki aku ni kemain menggigil lagi tanpa aku tahu sebab apa ia menggigil.


Ingat lagi masa ni walid kemain lagi dia pegang tangan acap dengan amar tau.Ia-ia je dia cakap yang acap dengan amar takut tapi kalau tengok gaya dia macam walid yang over takut. diam terus semua kecuali aku siap berdiri lagi. Ha kawwww


SubahanaAllah. Indah sungguh ciptaan Allah. Memang luas dan besar serrta sangat cantik. Teruja gila dapat duduk atas gunung yang sungguh tinggi lihat sekeliling alam. Allah.










Memang masa nak turun tu aku rasa sayang sangat. Semua orang cakap yang ni pertama dan terakhir tapi bagi aku ni pertama yang akan menyusul lagi. HAHA. takut memang takut tapi best dan mencabar. Gituwwww. HAHA.

Kat cable car ni ada dua perhentian. Kalau nak turun turun ah, tapi kalau tak nak, duduk la dediam dalam tu, tapi kalau tak turun tak rock ah sebab tak dapat nak nikmati nikmat alam nie. Whoaaaa.

Kita bertemu di lain entry. Walaupun sudah lapok , aku tetap nak share sebab aku menulis apa yang aku rasa dan apa yang aku hadapi. aku tak cerita kisah orang lain k. Assalamualaikum.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

Debat bahasa melayu

Alhamdulillah.

Memang la rasa sedih dan berduka juga kan bila kalah dalam debat tadi. Act, aku puas cari mana kelemahan pendebatan tadi. Jadi aku buat kesimpulan, mungkin silap aku tak beri peluang pada Pihak Kerajaan utuk izin laluan.

Wadeeeepakkkkk kau Alia.

Kau tahu kan kena potong markah?

Tak apa-tak apa. Aku dah redha dan biarkan je semua tu. Sekurang-kurangnya aku dalam usaha untuk kembalikan diri aku yang dulu. Seorang yang aktif dalam pendebatan dan pidato and syarahan.

Masa dedulu zaman sekolah, banyak sangat ceburi bidang semua ini. Tapi sejak menjejak kaki ke IPT ni aku dah slow. Mungkin sebab ada yang lagi hebat atau faktor diri aku sendiri yang sungguh malu tak bertempat.

Its okay, ini baru permulaan untuk zaman IPT nie. its okay-its okay. Kemoonn Alia. Lepas ni buat hebat lagi dari yang tadi. Buat macam zaman sekolah dulu. Kalahkan orang dan makin kuat dan tegas. Cari diri kau yang dulu. Find it. Gituuwwwww

Tapi aku still frust. Lantak ah. Antara UM jer pun. HAHA. Nanti usaha lagi. enjoy photos











Tamat

'insyaallah,kita akan ditakdirkan bersama'

Bercuti di kedah : Naik Feri

PART 1

Bila mana kita sampai je dekat Kuala Kedah terus kejar gi beli tiket. Almaklumlah musim cuti sekolah kan. kengkorang fefaham la sendiri kan?

Then, kitorang dapat turn feri jam 2.30 petang. Masa tu baru pukul 1 kot. Memang banyak masa lagi la. So pergi la tandas bila dah masuk waktu gi la solat ada yang gi makan. Aku duk lelepak je kat tempat duduk tu. Rutin macam biasa la beb. Dok bergambooo je.


Ni aku bergambo dengan pengantin ala-ala baru nie. Hikhik >.< . Muka biasa la bila dapat berjalan kan bahagia la memasing kan.


Yang dekat depan pakai kopiah putih tu pak Anjang aku. Dia ni sebenarnya ada dekat hosp sebab sakit paru-paru berair. Tapi semangat dia sangat nak gi bercuti. Alhamdulillah doc bagi dia keluar. Dapat la dia bercuti. Pak cik aku ni memang suka suasa reramai keluarga ni.





Okay masa ni dah tunggu dekat balai pelepasan dah. Tengah tunggu orang keluar dari Feri then kami lak nak masuk. Sambil tu bergambar lah kan.


Yang gedik tuh adek aku. Yang pakai beg pink merah tu. HAHA . Aku nak amik gambar sama lorat dia nak tayang belakang dia. Ingat aku suka agaknya ? HAHA. Otw nak naik feri dah.


Tempat duduk masa ni aku duduk dengan ummi and izzah. Nak dijadikan cerita satu kerusi tu terselit pula dengan satu family nie. Agak-agak ah kan. Dah adik aku tu seorang je orang asing ko bagi la dia duduk tepi. Mesti la dia tak selesa kena duduk tengah. Tambah-tambah no kerusi dia memang tepi sekali. Kembali la pada no tiket sendiri. Akhir adik aku tak selesa dia pun berdiri je la.


Ni laks bapak aku raja bergambar. Dia tu acha-acha candid jer tu. Padahal kemain cover macho lagiii youuu. HAHA . setiap helaian gambar terselit wajahnya. banyaaaakkk ya Rabb.


Masa ni maybe memakcik aku tengah cari nombor kerusi kot. Amboi Busu sai (tudung biru) kemain macam tak puas hati je.

Agak-agak dalam dua jam jugak la kitorang dalam feri tu. Ini kali pertama aku gi Langkawi. Btw, aku ni memang loya duduk dalam feri tu. Tapi aku tak mabuk laut. Sebab masa otw balik okay jerk.

Masa dua jam berjalanan tu aku tidur je sebab tak tahan. Bila tetiba tersedar alamak ! mualnya. Nasib baik tak lama sangat.

Finallyy

Kami sampai juga ke tanah Langkawi. Antara sedar dan tak sedar percaya atau tidak. Untuk korang yang dah pernah pergi mungkin rasa biasa je bila aku cerita. Tapi untuk aku yang first time nie. Teruja nak mati ah nasib baik tak arwah jer.

Tersenyyummm lebar memasing masa menjejak kaki ke Jeti langkawi. Alhamdulillah.


Syukur. Ini baru naik naik feri dalam feri and sampai Jeti. Esok bebesok aku cerita lain eh. Kalau nak cerita sekali gus nanti macam cerpen pulak. Pendek. Tak syokkkk. HAHA. aku tak pat nak lepaskan kebahagiaan aku. Yuhuuu. Byeeee.

Bercuti di Kedah

Masa cuti midsem hari tu family guwe ada rerancang nak ke Langkawi kedah. dah lama dorang rancang. Ada la dalam dua bulan sebelum tu. Selagi tak pergi duk cerita je dekat kedai. Hari-hari.

Makanya, tiba la saat yang dinanti. Hari jumaat semua keluarga mula bertolak ke kedah dulu. Kitorang kumpul dekat Yan, Kedah tempat sorang akak sedara aku ni duduk. Kebetulan dia buat kenduri kan. Jadi jumaat tu kitorang kumpul situ dulu.


Aku pulak tak balik Melaka. Dari Kelantan aku naik bas terus ke Kedah. Samai Sg Petani ada makcik aku yang dah sampai ni tolong amik kan aku.

Malam tu buat aktiviti sendiri. Bapak aku gerak dari Melaka kol 7 malam tu. Dia sampai sabtu pagi tu.Tapi pepagi lelagi kitorang dah gerak gi mandi air terjun titi ke titian hayun. Aku pun tak ingat mana satu namanya.


Ha.. Ni la kerja bapak aku. Takde kerja nak carik kerja. Suka sangat mengaco cucu buah dia si Adilah yang baju pink tu. Budak tu lak memang takut dengan bapak aku.


Entah apa la yang ditengokkan tu Cik Yah oi dengan Cik Bada oiii. Khusyuk tengok gambar sendiri weh !


Lepas je memandi ni semua , balik ah rumah. Dalam jam 12 macam tu kitorang dah gerak keluar dari Yan nak gi Jeti pulaks.


Memase ni ada kat depan lorong nak masuk rumah sedare. Sementara tunggu kereta lain kan kita bergambar la dulu kan. kiki


Gemokkkk iolls. HAHA . Tu la dak Adila yang walid suka sangat sakat tu kan. Dah la cute comel pulak tu.  Alahai !

Maka bermula la berjalanan kami bergerak ke Jeti kemudian ke Langkawi. Tapi kisah tu aku citer dalam entry lain la. Sebab panjang sangat pula nanti. HAHA. tak syokkkk. kbaiiii