setengah hari di PWTC

Assalamualaikum . Taraaa  . Sudah seharian aku penat berjalan di PWTC . Sempena Pesta Buku Antarabangsa . Ehem-ehem . Korang tahu kan ? Mungkin aku antara yang terlambat pergi sane . nak habiskan bocer buku la. Tu pasal aku sakan merayau .

Okay. Asalnya rancangan nak pergi ramai. tapi daham-faham je la, masing-masing ada hal. Jadi yang pergi cuma  aku , Aishah dan Siti . Aku amik tiket dari Melaka jam 8 pagi . Woi ! aku makan pagi dua kali tau . Sebelum naik bus aku dah taler satu set bubur ayam mcd bersama harsh crown . lepas tu sampai je TBS . Aku taler dekat kfc pula makan satu set burger dengan harsh crown dan dua ketul Dunkin Donut . Amboi ! makan sakan aku nie ha .

Bermula la episod aku sampai ke PWTC . Siti tunggu aku . Then jejalan ke dalam tu . Hm . Aishah datang lambat sikit .


Ni gambar bersama Sepupu yang dari pahang . tapi dia duduk KL jugak . Dia la yang amik aku dekat TBS tu . Terima kasih siti . Masa ni baru sampai . Terkejut jumpa budak sekolah lama.


Tara . Cuba korang teka siapakah wanita ini ? Ini adalah Siti Rosmizah . Novelis terkenal . Dan saya memang suka dekat dia nie . Novel dia the best . Yeayy . Dapat bergambar .


Ha ! Amik kau !!! nak habiskan bocer punya pasal. Aku beli untuk adik aku buku UPSR . Yela , alang-alang tu dia nak UPSR this year . beli je la kan . Ni pulak dengan Aishah . Time nie dia dah sampai . Amboi !manis sungguh senyuman kami . haha.


Laaaa. Ni cuba korang tengok pulak dia ni siapa ? Amboi-amboi . bergambar dengan pakwe mana pulak nie . Ni Hilal Asyraf la. Korang kenal kan ? Aku je yang tak kenal . kiki .


Taraaa ! tiga dara pingitan yang cun melecun . Paling cun yang paling gemuk tu la. itulah aku .


AIshah bajet sopan je . menyampah . Tahu la pakai baju kurung . Konon ayu la tu . ish! aku lagi ayu okay . tengok tu , tangan sopan je .


Beli Al-Quran menggunakan bocer . tambah satu alquran kecik . Aisha sponser TIGA HENGGET je


taraaa! antara novel yang aku terjah untuk beli . Ish , entah baca ke tidak . Novel pertama aku cari adelah curi-curi cinta . wow . Thanks byee

anak sabah tuntut perubahan

SubahanaAllah . Saya mengallirkan airmata tatkala melihat video nie . naik bulu roma semua . Rasa macam nak menjerit . Ya Allah , berilah kemenangan kepada pakatan rakyat kali ini .

Apabila melihat semangat dan keazaman mereka , aku jadi sedih . Aku sedih sebab kuatnya semangat mereka . Aku sendiri tak pernah terfikir nak berkempen nak buat macam nie . Semoga malaysia milik rakyat bukan milik BN .


minum petang bersama bekas menteri besar selangor

Assalamualaikum . Korang ! hari ni aku berkesempatan lagi bertemu dengan Orang hebat dan orang kuat politik ni. Orang kuat UMNO yang kini sudah masuk ke PAS. syukur alhamdulillah .


Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, mantan Menteri Besar Selangor/Naib Presiden UMNO.

Syukur Alhamdulillah . Seperti yang semua tahu, beliau sudah masuk ke parti PAS. antara sebab kenapa beliau masuk ke parti PAS adelah 'beliau lihat ramai golongan cerdik pandai 'peguam , arkitek , dan same dengannya yang masuk ke dalam PAS . beliau berfikir , bila umno akan ade pemimpin yang berkaliber ? 



Antara lagi ucapan beliau '"Tuan2 cuba tengok signal perubahan. Contoh negeri Selangor.'

lawan tetap lawan ! . Negara Malaysia milik rakyat bukan Barisan Nasional. Orang Kuat Umno sendiri
 sudah sedar dan tukar PAS. anda bila lagi ? tak kan masih mahu berada ditampuk yang lama?  Jangan biarkan agama kita dihina oleh orang islam sendiri . takbir !



Orang perasan cantik memang selalu macam nie . Kemana pergi mesti nak terpacak je muka dia. 


Bersalaman dengan orang durian tunggal .


Walaupun hujan , mereka masih bersemangat untuk datang . Semoga Allah memberi kemenangan kepada PR .

Rancangan untuk esok pagi


Aku ada rancangan tersendiri untuk esok pagi. Esok pagi aku nak buat apa ? mesti korang tertanya-tanya kan ? Wah ! tak boleh bla siot ayat aku . Siapa la nak tertanya-tanya tu . Ayat bajet macam retis je. Entah-entah takde sesiapa pun baca . wakaka.

Esok , aku ingat nak bekpes mcd buat kali kedua la. Ish ! entah kenapa aku punya selera lain macam je sejak mengandung nie . waah ! ayat tak boleh bla. kahwin tak lagi, ada hati perasan nak mengandung . 

Ingat esok nak bangun pagi, kemas rumah siap semua. Aku nak pergi mcd MITC tu . Nak pekena kopi O dengan bubur ayam mcd dengan burger . pergh! menjilat jari beb ! tapi nak muntah dengan dagingnya. sebab kuat sangat daging lembunya. Sorry , aku tak makan sangat daging lembu ni.

Kedua. aku ingat esok nak pergi tengok wayang. Nak tengok cerita 'iron man3' dengar dorang cerita macam best je . Tapi entah la. rancang je nie . tak kompem lagi .  Maklum lah diri ini kan busy sikit. puih !kbaii

Petang tadi kawan datang rumah

Assalamualaikum . Akhirnya lepas juga sesi mereka datang ke rumah aku . Eh ? sesi macam la sesi nak merisik la pulak. Huh ! jauh sekali la.

Siapakah mereka yang aku maksudkan . Ini la classmate aku versi boy okay . Cewah , siap nak berversi bagai . Antaranya adalah Muiz, Safwan , Mirza, Mustaqim dan Kamarul . Yang lain dimana ? Entah la dorang benci sangat kot dengan aku . kiki. *kidding .

Asalnya... kata Safwan la nak datang jam 1 lebih macam tu , menggigil mak aku terkejar-kejarr nak masak . Takut dorang datang tak siap lagi, yeela . orang jauh kan . Rupanya sampai jam 3lebih macam tu la. Alahai ! takpe la yang penting sampai kan .

Ummi masak asam pedas ikan parang , masak lemak cili padi , rendang daging , ayam goreng kentuchy, telur goreng , sayur kobis masak udang . Aku pulak buat puding ice cream oreo, dengan buat air je . kiki . 

Alhamdulillah , semunyanya berjalan dengan lancar walaupun aku mengharap 'orang tu' ada. Tapi ternyata dia tak ada . Pada asalnya aku rasa hampa sangat , aku rasa giler kecewa, rasa lepas ni apa aku buat tak ikhlas dah . Tapi alhamdulillah tadi mereka datang , aku dapat ikhlaskan hati tanpa kehadiran 'orang tu'. 

Nak buat macam mana kan ? dia tu memang benci sangat dengan aku . Tak kan aku nak paksa dia terima aku . Nak datang rumah aku pun susah , Ha , nampak sangat betapa jijiknya dia dengan segala tentang aku . ISh ! hilang mood je la cerita pasal dia . 

Apa-apa pun Mustaqim asyik mendapat pujiaan je dari mak aku . Mak aku kata dia tu cool je . Muiz pulak amboi! boleh tahan orang usik dia melayan. kata mak aku la. terima kasih semua . Maaf atas kekurangan termasin ke terpahit ke tertawar ke . 

Ish ! bukan korang baca pun kan . Takpee la. Moga internet sampaikan melalui mimpi korang ye . kbaii

Nak bedak arab sangat


Nak bedak arab . Tolonglah faham korang ! Aku memang sangat mengidamkan bedak arab dari dulu lagi. Bajet macam dah lama je . Padahal baru dua minggu je aku idamkan bedak arab . Ada tak sesiapa yang sudi beri aku bedak arab .

Serius, Kalau aku nak beli sendiri , Aku memang la tak ade duit , Mahal tau ! Ye la, sebab benda tu kan berkesan. Ade tak orang nak hadiahkan dekat aku ? Hadiah beday ke ? ape ke ? Salam persahabatan ke ? kiki . perasan . Tapi serius , aku memang nak sangat .

Kalau tak ade orang nak hadiahkan pun , boleh bagi aku harga murah bawah RM20 pun boleh .. Tolonglah korang siapa yang baik hati tu . Tak kesian dekat aku yang meroyan nak bedak arab nie . Satu pun jadi la. Kalau nak jual dengan harga murah pun aku okay . Tapi bawah RM20 la. sebab aku takdo duit . 

Bila terasa down sangat !


Status facebook saya untuk hari ini agak sedikit mengecewakan . Sebenarnya ade sesuatu yang mengecewakan saya sebentar tadi.  Baru je dapat masej dari seseorang yang membuatkan mood saya terbang entah kemana. Iam really sad .

Saya sendiri tak tahu kenapa rasa down sangat hari nie bila dapat masej tu . Hati rasa kecewa sangat . Kenapa benda yang saya harapkan selalunya tak dapat ? Kenapa juga saya terlalu mengharapkan benda tu sedangkan saya sendiri dah tahu benda tu saya tak akan dapat . 

Ooh ! sebab saya rasa benda tu akan jatuh ke tangan saya juga satu hari nanti. Ish ! betapa bodohnya diri ini kan . Rasa macam saya sedang jadi Lian Ni Chian dalam cerita 'the bride with white hair' je . Mencintai Zhou Yi Hang yang selalu mencuba untuk membunuhnya .

Tapi kisah saya lain . Kisah Lian Ni Chian tu , Zhou Yi Hang memang cintakan dia , tapi disebabkan berlainan puak kung fu , dia cuba sakiti Lian Ni Chian agar Lian Ni Chian tak dibunuh orang lain . Kisah saya ni ? Ohh Pleasee Alia ! You tu bertepuk sebelah tangan . Dah tu kenapa nak kecewa sangat nie ?

Ish ! Dah kenapa aku nie  ? Benda nie kecik je Alia. Jangan nak kecah sedih sangat boleh tak ? Jangan nak kecewa sangat boleh tak ? Come on Alia ! kumbang bukan seekor. Tapi Tapi diri ini sedih sangat . Bukan saya yang minta kekecewaan ini .

Orang pernah kata . Kalau kita dah berani untuk sukakan seseorang itu , kita kena berani ambil risiko untuk ditolak atau dikecewakan . kita kena bersedia untuk sakit hati sepanjang masa . Kita kena terima kalau apa yang kita harapkan tak menjadi . Ergh! , tapi kenapa perlu dia buat macam tu sebelum nie ? 

Sudah la Alia . Semua sudah jelas . Tolonglah jangan fikir lelebih lagi . Fokus esok orang nak datang rumah. Layan elok-elok okay . Kawan datang jauh tu . kbaii 

Kenapa nak cantik ni ?



Haloo ! Hallo !!!! Kenapa nak cantik nie ? kenapa nak cantik ni tiba-tiba ? Ye , semua orang inginkan cantik, Termasuk diri ini juga. Entah kenapa sejak kebelakangan ni , saya terlalu taksub dengan kecantikan . Duit saya banyak dilaburkan untuk kecantikan muka sahaja .

Sebenarnya apa yang dah berlaku pada dirimu Wahai Alia yang cantik rupawan ? wakak . Sila muntah . Entah la, sebenarnya ada sesuatu yang membuatkan saya nak berubah jadi cantik . Saya order tomatox nie dari Fabuloos Korean Cosmetic . Stress juga tunggu benda nie sampai . Amik masa Tiga hari tau. Smpai melalak tunggu benda nie .

Time nie tengah ada promosi . Tapi saya Bayar RM20 untuk 11 pcs . Sebab dapat free 3 . Hentam sahaja la 

buy 5pcs TOMATOX samples get free 2pcs more! (save RM4)
buy 10pcs TOMATOX samples get free 5pcs more!! (save RM10)
buy 15pcs TOMATOX samples get free 7pcs more!!! (save RM14)
buy 20pcs TOMATOX samples get free 10pcs more!!!!( save RM20)


Then .. Bukan itu sahaja . Saya ade order  Shiseido Black Mask dari Mahaneeza dibelog beliau . Barang yang saya beli ni murah sahaja tau . Ini pun saya dapat murah sebab dia nak pelanggan tiga terawal. Lepas tu , ade kesialapan sikit, maka bdia tambah lagi mask saya tu .

Okay , Korang pun tahu kan ? fungsi benda nie untuk apa ? untuk cabut putih-putih atau benda ala hitam dekat hidung atau muka kita tu . Saya nak try la. Ni beli trial pack sahaja . Kalau berkesan , nak beli yang full nanti . 

Kegunaannya:
  • Mencerahkan kulit dan kesan anti penuaan
  • Untuk kulit berminyak dan berjerawat
  • Mengurangkan kedutan.memperbaharui keanjalan
  • Mengekalkan kelembapan dan nutrien
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam,tompok-tompok, noda hitam dan jerawat
  • Melembutkan kulit wajah
  • Untuk menghilangkan garis-garis halus
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Sesuai untuk kulit wanita Asian
  • Penggunaan konsisten menyebabkan kulit lembut dan berseri secara semulajadi

Terima kasih . Ya , sekarang nie saya tengah carik produk untuk kuruskan badan pulak. Wakaka. Makan banyak tapi berniat nak kurus . Pirahh! haha , dah jumpa dah pun . Tunggu duit biasiwa masuk , baru nak beli sebab mahal. Satu set semuanya RM320 . Jadi disebabkan mahal, kena bersabar ye Alia .Saya pun ade buat check bada dekat Mayfirst . Tunggu je la duit ade nanti ye . kbaii .



Dapat post setalah sekian lama !


Assalamualaikum semua . Dah lama seorang kawan saya ni tak post kata-kata semangat tentang cinta or tentang perasaan saya . Today , dia berjaya buat saya terharu sekejap . Terima kasih Aida :)



See . Full English yaww . Seperti yang dia sedia maklum , saya ni memang lemah sikit dalam English . HAHA . Kekadang tu , boleh faham je sebenarnya , tapi malas nak fahamkan . Nak terus orang tu terangkan .

Tapi post kali ini saya gagahi juga diri ini untuk memahami satu persatu ayat dan perkataan yang dcoretkan itu. Heyy korang . Terkial-kial tau saya nak faham ayat tu . Tapi bila dah seratus peratus faham , rasa sedih sangat . Nak tahu kenapa ? sebab ayat ni BENAR 100%  .

Memang pun saya sanggup menunggu sebab dalam diam saya harap suatu hari nanti dia akan balas perasaan saya balik. walaupun ianya adalah perkara mustahil . Memang sangat mustahil. Memang benar , saya berharap saya akan dapat dia kalau saya sanggup tunggu sikit je la. Walaupun itu hanya angan-angan mat jenin .

Ayat nie memang sangat kena dengan diri saya . Memang sangat kena . Memang sebenarnya saya boleh je lupakan dia . Tapi saya yang tak nak ! Macam ayat tu . Sebab saya terlalu berharap dengan harapan yang tinggi . Membazir waktu je kan . Entah la --

Terima kasih kepada Doktor Cinta Pertama saya . Cik Farah Aida . Doktor Cinta kedua saya tu , saya sedang merajuk dengan dia . Wakaka . Merajuk tanpa pengetahuan dia . Lantak la. Wakaka . Serius , aku terkesan sangat dengan ayat nie . Tak tahu la kali ni kau baca ke tak entry aku nie . Ye la sebab post aku kan dah tak keluar lagi dekat home kau kan ? kiki . kbaii .


Gambar Lama tapi masih bermakna .


Anak kampung (Tak Nak BN)

Kali ini Kita kasik Ubah ! Nak share dengan korang Parody "anak Kampung". Nyanyian orang sabah . Jum layan ! . Kali ini rakyat sabah mula bangkit ! . Tolak BN ! Kerjaan zalim ! Allahuakhbar ! Ini Kali Lah !!!


Ribuan warga P'jaya hadiri ceramah Husam, Mat Taib



PUTRAJAYA: Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkempen untuk calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa malam tadi ternyata mencetuskan fenomena luar biasa.































Dalam program ceramah yang berlangsung di padang kompleks kejiranan Presint 9 malam tadi, lebih
10,000 hadir untuk mendengar ucapan Muhammad yang baru sahaja mengisytiharkan diri menyertai PAS dua hari lalu itu.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib juga adalah bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno.

Beliau yang pernah menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun ketika di dalam BN, juga dikenali sebagai antara tokoh berpengaruh khususnya bagi masyarakat Melayu di Selangor.

Selain Husam, turut berceramah sepentas adalah bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dr Zaiyadi Awang Noh.

Mat Taib dalam ucapan awalnya ketika mengumumkan menyertai PAS sebelum ini memberi jaminan akan berkempen untuk kemenangan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Beliau akan turun khususnya ke seluruh Selangor, membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat berkempen sepanjang tempoh kempen ini.

Berikut antara gambar sekitar ceramah malam tadi.



KAFIR TANPA SEDAR

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:



1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

Gempak ! nak hadiah emas ?

Assalamualaikum . Hoi orang kampung ! gempak ! gempak ! beritahu benda ni dekat adek  , akak , makcik korang . PALING PENTING BAGITAHU DEKAT MAKK KORANG !!! 

Siapa senang -senang je nak bagi emas free dekat korang . Jum try contest emas nie . Mudah sahaja . Just daftar dengan bayaran PERCUMA !!! PERCUMA tau !!! Tunggu apa lagi ? tuah ayam nampak ditaji , tuah manusia . Allah je tahu .

Nak join tak ? jum klik  http://www.kelabgsrjewels.com/hop.php?ref=aliaali .

Korang tengok apa lagi ? takmahu ke ? heyy . tak putih mata ke tengok orang lain menang . Tak dapat emas ? tak apa . dapat duit lain tau . Jum la !!







Kenapa potong subsidi ?




Mengapa Mereka Potong Subsidi Rakyat, Tidak Gaji Menteri..!!!

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri..

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Sumber facebook . Macam nie ke kita disuruh bersyukur dengan kerajaan . Ye , kita memang patut bersyukur dengan setiap rezeki . Tapi macam ni ke cara pemimpin layan rakyat ? rakyat susah payah . Pemimpin sedap masuk duit ! 

antara koleksi video bobo

HAHA . antara koleksi video bobo . Seperti yang kita semua tahu bobo ni pamess la sejak dia buat parodu lagu shae-sayang . kiki .

Masuk era.fm dah bobo nie . menjadi sebutan orang ramai. ade yang suka, tak kurang ade yang tak suka . apa pun saya suka .  kiki . lawok . jum layan .














JUm korang cuba untuk buktikan sendiri



cuba korang masukkan ketiga2 IC no ni chek kt SPR (link dibawah)...
http://daftarj.spr.gov.my/

masukkan ketiga2 IC

490715065233
490715065161
490715065137

memang susah la PR nk menang kalau mcm ni... 
#kalau kali ni BN tak tumbang jugak ... nampaknya BN , hang jatuh macam HOSNI MUBARAK mesirlah jugak nohh.. 

INI BUKTI YANG BARISAN NASIONAL TIPU RAKYAT . SPR PUN SAME !!! APE DAAA!!!! INI KALI LA!!!!



HASIL TANGAN EMUDA UTEM . ANAK MUDA GENG KITAA !!!

Penamaan Calon Dun Durian Tunggal

Assalamualaikum semua . Seperti yang kita semua sedia maklum . Hari ni Satu Malaysia "pencalonan calon" . Jadi sedeikit santapan mata anda gambar pencalonan calon sekitar dun Durian tunggal .

Calon kami adalah Tuan Adly Zahari .Dun Durian Tunggal. bertanding atas tiket PAS. Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat . Apa pun memang best walaupun panas terik giler.

Btw . Ayah aku jadi penyokong tau . kikiki . orang semua berpanas terik. Ayah aku dengan Pak cik Adli sedap je duduk dalam aircond . Apa pun semangat yang penting !



Semasa kami baru sampai . barisan muslimat PAS . Takbir !!!


Alhamdulillah . Selepas bacaan doa sebelum masuk ke penamaan calon . Tuan Haji Adly Zahari. tuu , belakang tu ayah aku . kikiki . baju putih belakang awek cina tu . kiki



Ketua ! haha . kembar . eh , tak la... sorang melayu , sorang lagu india . ikiki . tapi serupa kan ? pakcik sedare aku baju hijau tu .

Kawan ayah aku yang gila bergambar 


Barisan muslimat PAS negeri Melaka. Tudung hijau tu ketua MUSLIMAT PAS .


Amboi !vouge makcik aku . haha


My mom . same jugak nak bergambar . 

 


 Amboi ! aku ke tu ? curik curik ! haha

"Hye akak polis . cantik la. senyum la lagi cantik tau ." dialog adek aku usik akak polis tu . amboi ! gatal .


Alhamdulillah . Akhirnya Tuan Haji Adly Zahari keluar dari dewan japerun tu . kiki . handsome calon kami.

Takbir !!! Allahuakhbar..




Tamat 

Amboi! teruknya rindu!

YA Allah . Rindunyaaaaaaaa ! kenapa tetiba jadi rindu yang amat nie ? YA Allah , kau kuatkan hati aku . Buangkahlah rindu yang datang nie . Kenapa dengan hati aku nie ??


Ergh !!! rindunya menebal . Bencinya !! haha . poyo ! ini Semua POYO! !! haha . Alia rindu memanjang je . please la Alia oi ! 

HOI !!!! aku bebetul rindu la.. kau ingat aku memain ke ? ergh !!! stress aku . Aku dah tak dapat nak tahan hati dah nie . ikutkan otak giler aku nie, nak je aku call dia sekrang . bagitahu aku rindu giler dekat dia ..

Tapi aku penakut ! aku memang penakut !! ergh ! kenapa aku tak ade kekuatan ? Aku nak lepaskan rindu . Gila ketapang aku rindu nak mati nie weh !!! tolong aku weh !! nasib baik tak mati !! ergh !!!kbaii

GEMPAR !! 2 saksi video lucah ditahan



KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek (gambar) ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard ketika memaklumkan kepada Keadilandaily berkata, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.