Akhirnya mereka lepas

tak update dah pasal apa yang telah terjadi pada adik aku dan abang aku serta anak buah akus erta kawan aku . hm Alhamdulillah . akhirnya mereka telah dibebaskan . sekarang dah ade diluar . hari jumaat ketiga-tiga mereka sudah bebas . lepas bebas tu, terus bawak mereka pergi makan .

tapi kitorang tak ade la. yang ade kakak sedare aku bawak dorang gi makan ikan bakar. malam tu , walid dengan mak dak fazely bawak dorang gi makan dekat kfc. kebetulan izza dapat upkk 7A 1B . jadi walid belanja lah makan kfc kan . sekali bawak sebab dorang dah keluar lokap . yelah , dalam lokap makan ape je..

sekarang semua sudah tersenyum lega , semua sudah kembali normal. Alhamdulillah , abang aku paling sedih la.. dia mmg paling banyak menangis , mungkin dia bebetul menyesal. lepas ni mungkin dorang kena buat kerja amal je la. harap-harap dorang insaf la ye . walid dan mak cik2 serta pakcik2 yang lain semua nasihat dorang , dorang janji taknak balik lebih dari jam 11 . semoga dorang tunaikan kata mereka tu . hihi , jangan cakap je . btw , I Love Them So Much :)


Hari Yang Suram

Hari ini celik sahaja mata , minta sangat apa yang diberitakan malam tadi hanya mimpi semata . tapi tak same sekali. memang inilah yang terjadi, aku masih mengharap adikku ade dibiliknya walaupun aku tahu dia dimana sekarang . ya Allah ,hatiku pilu.

bila bangun je masa tu dah jam 10 lebih kurang macam tuh la. makjah dengan maklang dah ade. aku datang , tengok ummi dengan makjah dah bergenang airmata . mata ummi dah bengkak dah time tu . makjah mata dah merah , tp maklang je lah cuma dia sebak je tapi tak memangis  mata ummi memang dah sembap dah .


pagi tu , asalnya walid taknak pergi tengok asyraf . sebab walid kata dia nak ajar acap tu supaya tak buat lagi, tp bila ummi dah menangis , walid pergi jugak . ya Allah ,sedihnya adik aku ditempatkan di balai polis batu berendam.

hari ni dorang akan naik makhamah untuk dapat perintah reman berapa hari . sedihnya bila kak long ceritakan saat itu, kesian sangat . abang aku memang dah berjurai airmata . busu sai cerita , memang sebak tengok dorang , tp sempatlah busu sai jumpa dan sempat bagi dorang makan roti dengan air tea . tp berebut-rebutlah.. :'(

ya Allah, macam mana keadaan mereka .. ? dorang kata pagi tadi makan nasi dengan kangkung je , sedangkan aku suruh ummi masak nasi ayam ? terlalu besar beza kami :'( adek aku entah berselera ke tdak makan tu, tp aku makan bertambah-tambah . kejamnya aku ...

Alhamdulillah lah dia tahu yang pagi tadi walid ade datang tengok dia . kesian dia ... kesian dia .. aku tak snaggup nak bayangkan hidup dia macam mana . kata pak jang , acap baik, ye adik aku baik,,, aku yakin dia tak mungkin buat semua ni .. aku tahu adek aku tak mungkin buat benda nie , tak mungkin abang aku buat semua nie dan tak mungkin anak buah aku fazely buat benda nie . :(


memang sangat sebak bila nak makan , nak mandi, nak tidur , macam mana keadaan adik aku. selera ke dia makan . nangis ke dia . sejukke dia . macam mana hidup dia . terseksa ke .kena pukul ke .. solat ke itu yang paling pentingg . aku selalu doakan agar mereka bertiga tak bersalah  tolonglah ya Allah, biar ini semua pengajaran buat mereka.

aku harap lepas ni mereka lebih berhati-hati dalam memilih kawan . hari ni hari ku suram dan sedih je . aku asyik nangis je . tengok gambar dia nangis , nak masak pun sdih sebab teringatkan dia suka buat org terkejut , teringat sikap dia yang setiap kali azan je buang air besar, nak azan je dia bergaduh dengan amar sebb taknak azan . sumpah aku rindu .

kalau boleh , aku nak sangat jumpa dia sebelum balik kelantan . aku nak dia bebas hari khamis nie .aku nak dia bebas dri sebarang tuduhan agar hati aku pun senang dan tenang . aku nak kami semua kembalik kehidupan normal yang penuh bahagia . itulah sekali je Allah uji, teruskita jatuh rebah :'(


Ya Allah yang Maha Agung , selamatkan adikku, abangku dan anak buahku . amin :)

Dugaan ini Untuk Kuatkan kami

Assalamualaikum. syukur masih bernafas. hari ni merupakan hari yang berlalu umpama mimpi. bukan mimpi dilamar oleh si Dia . bukan juga si Dia membalas perasaan aku. tapi mimpi apabila si adik yang aku sayang telah menconteng arang ke muka kami sekeluarga.


ye, tiada siapa yang sangka perkara ini akan berlaku . tiada siapa yang duga perkara ini akan berlaku, dan tiada siapa yang mahukan perkara ini berlaku. perkara ini bagaikan mimpi yang begitu menakutkan aku, yang begitu menghancurkan hati aku . Allah , ku sebut namamu.

minggu lepas , sewaktu aku sedang bersuka ria dengan temanku, aku menerima panggilan dari ummi. kami berborak meceritakan soal faiz daniah yang jatuh basikal sehingga dia terpaksa jalani pembedahan kerana terdapat darah eku diotaknya. memang sangt dugaan. nampak kecil kan ? cuma jatuh basikal, tp  siapa sangka sampai dia ditolak ke HKL .

lebih memilukan . si abang , atau abang kepda faiz daniah, merangkap anak buahku, ditahan polis kerana disyaki mencuri, mencuri barang motor. Allah , aku benar-benar terkejut, aku benar-benar tidak sangka. dah abang ni mukanya nampak baik, aku bukan nak cakap dia jahat, tp ianya benar2 membuatkan aku tak dapat tidur memikirkan adekah semua ini benar ?


untuk hari ini, sewaktu aku sedang makan dengan ummi, ummi cakap yang beliau tidak dapat ak call adek aku. ummi kata dia risauu samade dua kemungkinan , adek aku kena cekup dengan polis atau dia ade apa2 dekat tempat mencing.

waktu aku dengan ummi makan semua tu, ttbe kak long datang , dia cakap yang abang bukhari kena tangkap polis. actt cam nie .. abang bukhari atau abang ayie ni adelah abang kandung aku . tapi mungkin kami tak duduk same jadi kami tak berapa rapat dan aku jarang cerita pasal abang aku . kiranya yang kena tahap polis ni anak buah aku, adek aku dan abang aku . :'(

ya Allah, hati aku luluh saat tahu semua ini . aku sedih dan kecewa. asalnya kak long kata acap yang hantar msg kata abang ayie kena tahan polis . tp sampai sekrang acap tak balik, dan call dia tak angkat, mungkin dia juga terlibat !. iam so sad !

hati aku hancur sangat bila tahu semua nie , aku rasa nak nangis , masa tu tangan aku dah sejuk dah . aku nak nagis, tp aku tahu hati aku kuat , selagi aku boleh tahan airmata depan org, selagi tu aku masih kuat. aku tak suka nmpak lemah depan org, biarlah aku nak nges pun memalam nanti. hihi .


walid tak pergi langsung balai polis tu, so, sekrang kitorang langsung taktahu apa-apa berita, sumpah, saat aku menulis blog ni memang langsung takde satu pun mutiara yang tak berharga jatuh dari mata aku , namun hati aku remuk dan hancur. aku rasa airmata ini bagai hendak gugur, namun aku harus tahan dan sabar.

aku terbayangkan adek aku disana. macam mana keadaan dia, aku kesian , tp hati aku sakit, kenapa walid tak jengok dia langsung ? dia dan abang aku dituduh bersubahat dengan dak abang sebab mencuri, ya Allah , kenapa semua ini harus berlaku. hati aku sedih ..

aku taktahu nak cerita dekat sape. aku hanya mampu bgtahu je dekat aida dan aishah yang adek aku kena tahan polis, tp takde ppe pun , dorang buat tak endah je . cm taknak tahu je . takpe la. sekrang aku bukan kawan baik aida, sekrang aku bukan yang terbaik buat aida,, aishah pula mmg ptt dia buat aku cm nie, sbb aku layan dia teruk ..



aku sedih , ikutkan aku malas nak update blog, tp aku taktahu pada siapa aku nak luahka kedukaan hati ini. sebab tu aku luah dekat blog je ... ya Allah , memang benar, kau uji kami kerana kami sudah terlalu banyak menikmati nikmat mu. kami terlalu alpa dan lupa padamu. kami terlalu jauh darimu .

Ya Allah, andai dugaan ini yang membuat aku , keluargaku, serta yang terlibat kembali bersujud adamu, kembali semula kepadamu, aku redha ya Allah, kau kuatkan dan cekalkan hati aku . amin . aku rindu adek dan abang aku, aku nak tahu keadaan mereka... kenapa boleh jd cm nie ? kenapa?

kenapa? takde benda lain ke yang lagi baik bole adek dan abang aku buat, takde keja lagi baik ke anak buah aku tu nak buat . ya Allah, peliharalah aku dari semua ini . amin ..


Semua pergi kem

Assalam. hye . hm . hari ni rasa sunyi je . yelah , semua orang tak ada. dorang pergi kem lah . saya ? kenapa saya tak pergi ? yelah , sebab saya malas nak pergi . ade banyak sebab kenapa saya tak pergi. antaranya saya malas nak kemas barang. lain lah kalau saya memang dari rumah. ssah lah nnti nak carik baju lagi.

hm. lepas tu saya malas sebab pemakaian. pergi kem tapi duk pakai baju kurung and kain je. saya bukan nak perlekehkan . memang nampak comel pakai baju kurng tu . tp ini kem kot. takkan nak pakai baju kurung je. mmg lah tak larang pakai baju biasa . tapi nnti jadi bualan mulut orang pulak. saya ni dah la jenis degil.

lagi pula, pogramnyaa macam tak best je . ade jugak terniat dalam hati nak pergi, tapi fikir balik , eh ? malas lah ! malas lagi nak kemas barang la. lepas tu nak kena duduk challet tu satu bilik 10 orang ! hm memang TAK ler ! kalau dengan familyy okay je ! . tapi kalau dengan orang lain, tak biasa lah !.tak suka sangat sempit-2 nie . lagipula bila dah ramai2 nie ssh nak jaga hati memasing.

hm . sya okay je duduk reramai ni atau lagi best , saya okay je hidup bermasyarakat nie . kalau dah kena saya tak de lah smpai tak boleh join okay je . cuma saya lebih suka hdp sendiri. kita buat apa pun orang tak kisah . kita buat hal sndiri . kan sennangg.

okay !btw . malam tadi msuk skesta ! bapak giler ketapang ah! lawak sangat! lawak bukan apa. kitorang berlakon kat depan tu macam syok sendiri lah pulak ! haha . yelah , mana tak syok sendiri. gelak je lebih, bercakap nye idok ! haha . lawak giler . ah . orang thailand berlakon same over je . selamber badak je baring atas jalanraya ! haha . okay lah . sampai sini saje . hatiku rindukan dia. awwmm

aku ingin jadi pendampingmu

assalamualaikum. dalam beberapa hari ni dah lama saya tak update status kan . ehem. kenapa ye saya tak update ? hm , saya busy sikit lagipun takde benda menarik saya nak share dengan awak , ehem. okay . post sebelum ni saya cerita pasal stalker , right ?

okay , apa yang saya nak cakap pasal stlaker nie . stalker ni adalah orang yang ada dalam hati saya. okay , maybe bukan dia yang stalk saya, kawan-kawan dia . tapi kalau ye pun bukan dia yang stalk , perluke dia malukan saya dngan kawan-kawan dia. ini dikira dia dah cuba jatuhkan maruah saya ! saya malu lah !

saya dah tahu dah , ni mesti dorang semua dah tahu , sebab setiap kali dalam kelas , kalau ada yang berkaitan dengan saya , mesti orang akan gelak. saya malu tau , saya rasa macam saya ni dipermainkan oleh semua orang termasuk dia. hm , entahlah ! saya dah malass nak fikir pasal ni lagi. saya harap semuanya kembali reda je . sukahati saya lah !. biarlah saya menyayangi dia dengan cara saya sendiri. saya sendiri tak pernah nak paksa dia apa-apa. so, pleasee jangan sibuk !



okay , now saya nak cerita pasal hari ni hari ni takada kelas banyak. sepatutnya kelas ada je banyak, full lah . tapi mate BATAL . bi BATAL. , ak BATAL . hm , so saya cuma ada kelas satu je la iaitu kalam. hm . okay . hari ni dia tak sihat. btw saya sangat kasihan. walaupun dia malukan saya , suka gelakkan saya padahal saya tak buat apa-apa lawak pun, walaupun dia hina saya , tapi nak buat macam mana , dia hina saya pun , dia tetap dihati saya.

bila saya tengok dia batuk-batuk macam tu, serius . saya kesian . saya rasa macam saya nak jaga dia walaupun saya tak layak. saya rasa macam saya nak dia rehat , nak dia sihat seperti selalu.saya tak nak dia tak sihat macam tu . walaupun cuma batuk je .. tapi kalau boleh saya nak teman dia  , nak dia berada dibawah jagaan saya . saya nak bahagiakan dia walaupun saya tak layak.



hm , bila dengar suara dia macam lain sikit,, mungkin sebab sakit tekak. saya terfikir, adakah suatu hari nanti saya mampu jadi pendamping dia ? kalau saya diizinkan oleh Allah untuk jadi pendamping dia, adakah saya mampu menjadi pendamping dia yang paling terbaik. mampukah saya jaga dia .? mampukah saya buat dia hanya tersenyum jika disisi saya ? ya Allah . aku mencintai dia.

hanya disini sahaja saya boleh cerita seratus peratus pasal dia . di facebook saya dah tak ada privacy. di twitter pun dah diceroboh ! jadi saya memang tak boleh open sangat cerita pasal dia dekat laman sosial saya yang lain, blog saya dah kunci . dah lock hanya untuk saya je . hatta kawan saya pun tak baca. biarlah saya menaip isi ati saya disini. saya tak nak orang baca dan kesian. tapi saya harap doa saya dapat miliki dia satu hari nanti. amin . 



stalker yang annoying

serius . ! annoying dapat kawan macam mereka nie . like HAKIMI , JASNI , NASA , AMIR (mungkin lah) . geram betul lah dapat stalker macam mereka nie ! . buat sakit hati je . benci tahu tak ? stalker tak guna !  aku benci tahu tahu tak ? aku tak suka ! kalau ye pun kau dah stalk segalanya  , jangan la nak malukan aku .

okay fine ! aku lantak korang la. hak korang kan nak stalk twitter orang lain ! tapi tahu tak korang nak kecoh2 dekat twitter dekat facebook tu , memalukan aku . for NASA ! aku memang sangat sedih dengan apa yang kau buat . yelah . sampai hati kan, dah la kau stalk twitter aku, lepas tu kau nak injak-injakkan aku. nasib baik lah aku close blog aku nie ha. kalau tak ?  lagu lah haru

serius aku memang sangat sedih dengan apa yang mereka dah buat . aku malu tahu tak ? nasa , aku tahu lah kau tak suka aku, tapi tolong lah jangan buat aku macam nie . aku sedih tahu tak ? aku pun hanya wanita biasa .  setabah mana pun aku, kadangkala bila maruah aku seperti diinjak, hati aku sakit jugak tau ! 

ye, aku minta maaf nasa . kau nak aku lupakan kau kan ? okayy fine . aku cuba . hati aku masih kuat untuk terus simpan perasaan dekat kau, tapi apa kau buat ? kau permainkan aku kan ? kau fikir aku ada hati perasaan dengan kau , kau boleh main-mainkan aku ? aku kecewa tahu tak ? aku sedih ! .



ye, hati aku masih sabar untuk tunggu kau, untuk bersame dengan kau ! kenapa ? kenapa kau uji aku macam ni ? apa kau fikir aku tk ada hati dan perasaan ke ? aku ni boneka ke ? dah lah ! lantak lah ! aku akan lupakan kau secepat mungkin ,itu kau nak kan ? entah lah !aku sedih dan malu lah !!!\

most important , aku sangat sakit hati okayyy . aku benci semuanya ! aku geram , aku malu ! aku benci ! benci ! kenapa paksa aku ?

hari ini punya cerita

assalamualaikum . hari ni aku tidur jam 4 pagi sebab chat dengan si JASNI AMIN tuh la. sengal betul buat lawak bodoh ! susah jugak dia tu .  hm . lepas tu tidur jam 8 pagi aku bangun lah sebab kena pergi tobour lah kan .

aku pergi mandi dlu. dalam jam 8 setengah baru lah aku turun . dah duduk tu terus nampak dia . btw hari ni aku dan dia pakai baju warna same tau , warna HITAM .  hihi . aku nampak dia dengan kimi , dan amir hamzah . dia sangat comel. entah lah bgi aku hari-hari dia  tu nampak comel.

hm. okay . lepas tu ade tayangan macam mana nak padamkan api kan . mula-mula lelaki tak ada sangat tau . so aku duduk la tepi tu , kejap lagi dah afnan lalu depan aku, tetiba dak zulhilmi dengan saiful . bongok dak zul ni ! dia gi cakap , saiful, saiful, time tu aku senyum je . saiful pun senyum je . yelah , dia mungkin malu lah kot.HIHI .

lepas tu aku kalih lah pergi dekat hanie , aishah, mida , shu, fatini and aida .  aku duduk depan tu tengok lah pdamkan api. kejap lagi tu terus nampak dia duduk dengan amir , kimi , jasni . hm . entah lah . sejak kebelakangan ni perasaan aku makin kuat . aku tak boleh nak buat biasa je . aku terllu  berperasaan dengan dia . ya Allah , peliharalah hatiku. jadikan dia jodohku . amin :)

okay lepas tu aku ada liqa untuk group assigment . aku , mirza, sufi , ain dengan atiraf , tahu tak ? time aku nak keluar pergi call dak mirza . time nak keluar tu , aku boleh pulak bertembung dengan dia . malu giler time tu . tak tahu la. rasa macam nak pusing balik. tp nanti nampak sangat , so, aku tunduk je dan keluar. dia lak nak masuk , mmg malu weh !

llepas tu , bila dah duduk , dah mula bincang tuh kan . dia panggil mirza . dia kata mirza ramai awek . sebab ye lah , dia seorang je lelaki kan . lepas tu mirza jawab .  memang la semua perempuan ade empat tau . lepas dia balas lagi . bagi lah seorang . lepas tu , mirza tunjuk aku. aku buat tak tahu je , malu and rasa cam dipermainkan je . hm pas uh sufi kata ' jahat mirza' . hm . memang pun :(

okay lah. apa-apa pun aku bahagia bila semuanya tentang dia. aku harap aku boleh sudi suri di hati dia suatu hari nanti :) amin ..

hari yang menyakitkan

hye . hari ni semua nya tak kena. aku dah agak dah , bila aku happy semacam je . mesti aku akan sedih . untuk semuanya berjalan dengan baik lagi untuk pagi ! tp dush ! i hate today ! hm . pertama sekali petangg tu , dah la kan aku dah oder char kuew teaw lama dah . sebelum aku pergi kedai lain lagi.

alih-alih . bila aku datang kedai tu, boleh pulak makcik tu tak buat lagi makanan aku tuh, macam hape lah ! aku paling menyanpah macam tuh lah ! geram aku lah ! aku tak suka lah weh ! aku paling pantang pergi kedai makan , then aku dah order hampir satu jam . boleh pulak kan , dia tak buat makanan aku ! wtf !

time tu aku rasa macam nak nangis je . dah la lama kot aku tunggu . memang lama lah ! sampai aku rasa nak robohkan je kedai buruk dia tu ! stupid ! idiot ! ish ! geram aku lah ! dah la tu kalau masak sedap tak apa lah jugak !tak ada la sedap mana kan ! dah la hangit ! eleh , gebang je lebih !

lepas tu , malam tu pulak aku pergi mandi , bila lepas aku mandi tu , boleh pulak kan , dorang ni semua gi kunci bilik then tinggalkann aku je . agak-agak lah pun nak kunci bilik kan . aku ni mandi! ! tak kan aku nak bawak kunci pulak ! pikir la sikit ! aku bengangg ah ! dah pundek tol !

lepas tu kak asiah yang tolongg aku lah ! weh !dah la sem satu aku ada gaduh dengan kak asiah . sudi jugak dia tolong aku , bagi aku pinjam kredit dia . thanks AKAK :) hm . lepas tu aku call la ummi sebab nak no budak bilik aku . bila dah dapat ! , hm  aku call baru lah nadirah hantar kunci.

hari ni jugak aku ada kelas . bestnya . time keluar kelas tu , dia jalan depan aku. ya Allah . kalau lah aku tak ada IMAN . kalau lah aku hilang kewarasan !, memang aku dah datang dari belakang , aku peluk dia , aku nak bagitahu dia perasaan aku dekat dia . aku rasa nak nangis disisi dia . aku rasa nak bagitahu je kat dia aku sakit hari malam nie . tapi aku sedar lagi :'( .

entahlah . ya Allah . hari-hari aku jatuh cinta dengan dia .izinkan aku miliki hati dia suatu hari nanti . aminn

24 november 2012

assalamualaikum . hyee . hm . hari ini hari ahad . saya ada banyak kelas di DK :) . hm . hari ini saya berpuasa , sebab semalam saya puasa jugak kan, jadi kena lah puasa antara sebelum hari sabtu atau selepas hari sabtu. bagi mengelakkan kita serupa dengan orang kafir.

okay . tadi masa dah habis kelas . majmuah saya ada buat liqa la. yeelah . buat liqa untuk rehlah sem dua lah kan . hm , lepas liqa tu den balik lah bilik. waktu dalam perjalanan tu, saya jalan dengan ukhti , time tu boleh pulak terserempak dengan  dia . HAHA . berbunga weh ! tapi kena la bawak bertenang kan .

time jalan tu . ukhti dah berdehem lah kan.  aku cuba kawal gelak. yelah , malu lah kan nak sengih2 atau gelak depan dia . kang tak pasal-pasal dia kutuk aku pulak. time tu dia jalan dengan kimi lah kan . hm . lepas tuh kan,  ingatkan time jalan tu, dia yang lepas dulu , ataupun aku dengan ukhti yang lepas dulu. pergh . alih-2 boleh pulak selisih bebetul. 

tapi aku dengan ukhti kena ke belakang sikit lah . kalau tak karang berlanggar . jatuh cinta lah pulak. kuang3 . ayat tak boleh bla kot . okay . time lalu tu , aku serius je lah , sebab segan nak senyum. kang nampak sangat gilernya aku dekat dia. tp si ukhti ni pulak pergi gelak. ish ! teruk betul ! buat malu aku je.

bila dah jalan tu , ttbe si aida jerit dari belakang , behagia lah orang tu . HAHA . okayy . bahagia lah kot.  bila dah balik bilik,aku tidur , ttbe sakit perut dengan sakit kepala. so, aku tak gi lah kelas ulum alquran lah kan . sebab tak larat . hm , itu je kot, okay lah nak bukak puasa . kejap lagi nak gi kelas tafaquh . nak buat air untuk kami semua :) okayy  byee


pejuang islamku di Palestin

assalamualaikum, pagi yang indah ini saya bukak facebook. sebab saya dah terlajak nak solat subuh kan .  jadi lepas solat saya hafal sepuluh ayat muzzamil. hari ni hari jumaat , so, boleh bukak utube atau video .   saya teringat hari tu yazid ad post satu video nie . ya Allah . saya cuba tengok 

sumpah saya menangis pulak pagi-pagi ni . sedih hati saya tengok video rakyat palestin kena serang . Ya Allah kenapa mereka kejam sangat ya Allah ? sedih betul saya tengok kanak-kanak sekecil itu ditembak dan dibomm. ya Allah, dibibir mereka masih tidak lekang menyebut asmaMu. 

Ya Allah, saya daoat lihat kanak-kanak yang sepatutnya masih bermain pondok-pondok, bermain lari-lari, bermain  anak patungg , bermain bajak atau sebagainya tapi mereka terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri . tidakkan saya patut rasa bersyukur kerana pernah merasai nikmat bermain dan merasai zaman kanank-kanakku.



saya tengok lagi kanak-kanak tak lagi bersama ibu mereka. kalau di Malaysia ni kanak begitu malu untuk bermimpinan tangan dengan IBUBAPA mereka , tp di palestin , kanaka-kanak itu tak berpeluang langsung untuk menyentuh tangan seorang wanita yang telah melahirkan mereka. mereka harus hidup sendiri . ibu entah kemana ayah entah kemana.

ade satu part yang membuatkan airmata saya jatuh berjurai , situasi di hospital, dimana seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur empat atau lima tahun mengendung seorang bayi yang hanya menangis menyebut " mama...mama..". kanak-kanak tadi mennepuk bayi itu dan berkata 'iam your mama,, iam your mama". 

Ya Allah, adik sekecil itu mampu memujuk adiknya dengan mengaku dia sebagai ibu . ya Allah , bijaknya dia . saya menangis teresak-esak saat itu. apabila lelalki membawa kanak-kanak masuk ke dalam hospitall untuk dirawat, runtun hati saya . saya terbayangkan jika suatu hari nanti kanak-kanak itu adalan anak saya . hancur hati saya .

ad lain situassi dimana ahli keluarga mereka disahkan meninggal dunia. seorang wanita menangis sampai tak boleh nak imbang diri. saudara yang lain dapatkan wanita itu dan tenangkannya . wanita itu menjerit dan menarik tudungna sehingga nampak rambut, mungkin dia terllau sedih . dan seorang lelaki yang menjerit2 sampai menepuk dinding. sedihnyaaa..

lepas tu saya ade tgk , ada tiga orang baby atas meja. ingatkan baby tu hidup, sebb baby tu senyum je dan mata dia terbukak , rupanya bila dia tunjukkan dada baby tu kena tembak dengan kepala. ya Allah, baby tu dah mati. adeiikku,. kau seorang mujahid! !! Allag janjikan syurga buatmu kelak. comelnya dia Ya Allah .

saya memang sedih lihat video tu , rasa macam nak tollonngg je tapi saya tak mampu . tp saya doakan terbaik buat pejuang islam ! lepas ni saya akan cuba boikot barang israel. saya akan cuba sikit2lah . saya tak mampu semua . ! in Shaa Allah . saya takkan makan mcd dan beli barang ditesco lagi . cubaan pertama.

tapi alhamdulillah , baru-baru ni dengar , israel dan buat genjatan senjata . dimana mereka tak serang lagi palestin .HOLD . tp harap2 forever dia tak kacau lagi lah ! sebab satu dunia bantah apa dia buat . seseungguhnya doa adalah senjata umat islam ! berdoalah in Shaa Allah, akan diperkenankan . AMinn



husna belanja makan


pagi tadi tengah tidur , tiba-tiba dah afiqah dtang kejut kata nak keluar gi KB Mall jam 10 . time tu baru jam 9.30. hekhek , yelah ngantok giler kot , sebab malam tadi aku dengan aishah tidur lewat lah , dah la tidur lewat, main game , siap berborak lagi  . uh !

lepas tu dah order kereta kitorang chaww la gi sane kan . tujuan utama aku gi KB Mall sebab dah husna nak belanja makan kenny rogers roaster . tapi bila dah jejalan kan , takde pulak benda tu, rupanya benda tu dekat tesco lah ! erm so terpaksa lah si husna belanja makan chiken rice shopp .

sebelum tu dorang masuk pacific sebab nak beli barang , aku dah beli awal, so, aku tak join pun, aku duk luar makan benda ringan je .  aku beli waffle . ish geram tau dengan pakcik tu dah la buat tak snonoh , lepas tu buat aku nyer tak same citarasa aku lak.

lepas tu kan aishah belanja makan aiskrim mcd , huhu , aku dengan aida je la dapat , huhu , abis duit aisyah 12 hengget , sorry aishah , dah makan kenyangg so, kami balik, aku balik je terus online smpai sekrangg nie , kejap lg baru mandi and buat hal lain , esok ade kelas, malasnya ,tp bahgia sebab nak dapat tgk muka dia , aww  kbaii semua .


my day for today

hye aku sorang je  . nak tahu tak, hari ni ade kelas nahu tau, pagi tadi la ustazah bagi group untuk buat assigmentttt la. hm , campur lelaki perempuan, menyampah okayy . aku dapat satu group dengan si mirza jongenggg tu , adoi , bukan tak suka dia , tp dia yg tak suka aku, haha .

btw. dia adalah insan yang suka gelakkan kasut harimau bintang aku. aku tahu lah dia jeles. aku belikan kasut harimau bintang baru dia tahu , sibuk je .haha . tp dia okayy je , dia pandai , cuma takut kalau tak boleh nak bekerja sama dengan dia je, tapi harap okayy je la. 

okay , dia ? hm , dia dapa satu group dengan my kawan . haha . aida and ukhti . dan ade lah berapa orang lagi i tak tahu la. haha . hm , ntah la. takde komen pasal group dia, harap semuanya baik, tapi yang best tu group dorang ni pembentangan terakhir tau, jeles den la. group aku no dua . ciss ! 

hm , hari ni kelas Bi dan dibatalkan, so, lega la sikit , masa kelas alquran tu , memang kecut perut la sebab ustaz suruh baca ayat alquran tu seorang demi seorangg , adoi lemah jantungg adek, haha . yang kene baca mula2 dak sudfi sebab ustad kata amik dari no terakhir, adoi , time tu mst la aku kena , sebab nama aku dekat2 dengan sufi je ,

aleh2 ustad tak buat gitu, ustad main amik je no secara rambangg , kena no lima, pergh , no lima siapa ? dia la . dia kene baca . time sufi baca dia gi depan sbb suara dia perlahan  , dia duk sebelah atiraf. lepas tu nama dia kena penggil , dia pun datang depan nak duduk sebelah atiraf , time tu atiraf dah malu dah , tp dia gelak je , terus amar bg kerusi dekat dia , dia dduk sebelah lelaki , dia lawak la. time tu kels semua gelakkan gelagat dia, haha ,

so, hari ni aku tak kena la. maybe mnggu depan kot, hekhek :) . takutnyaa . okayy lah ,sampai sini saje , izinkan aku menjadi milik dia buat selama nya, izinkan aku memiliki hatinyaa , btw aishah mempersoalkan kenapa aku boleh suka dia , ramai lg lelaki at luar, perasaan yang ad dalam hati aku ni tak perlukan seribu sebb , cukuplah ia hadir dan membahagiakan aku . thats ALL :)

Selamat Hari lahir Ummi ke 41

assaalamualaikum, my second entry :) ahakss . okayy semua .. hari ni merupakan hari lahir My Ummi PUAN SHAARIAH BTE OMAR :) . kayy. hadiah untuk beliau telah saya beli dah telah dipakai dah pun, saya belikan ummi hadiah kasut dengan Harga RM 70.00 . hm . menggunakan duit gaji :)

okay ingatkan nak bagi time saya nak balik kelantan tu, tp lupa lak kitorang ade nak gi bercuti dengan shah Alam kan, so, apa kata saya bagi je terus supaya ummi boleh pakai time gi jejalan tu . so, saya bagi je la. kasut tu telah di pilih oleh saya , Aimi dan Kak Aimi :) kata mereka itu ibu angkat mereka .ahaha :) terima kaish !

beday Ummi ni yang ke 41 tau bukan 40  HUHU. but My mom mukanya tetap macam 14 . HAHA . nanti perasan lak. ummi , akak doakan semoga ummi bahagia selalu . akak doakan apa yang ummi hajati akan dapat . akan doakan segala yang ummi tak dapat miliki, akan termiliki. 

terima kasih sebab sudi jaga akak, besarkan akak, and layan kerenah akak, terima kasih sebab sayangkan akak , benda utama yang ummi perlu tahu Akak sayang sangat kat ummi walaupun kita selalu bergaduh macam anjing dan kucingg , HAHA .okayy la. selamat menikmati KFC ye , HAHA byee 

okay disini selitkan sekali lah gambar kitorang pergi Shah Alam tu yee :)





































we are Family :)