Tenggelamnya Kapal Van Der Wijack


Kalau tengok tajuk banyak orang telah samakan filem ni dengan cerita Titanic. Tapi kalau dah tengok memang tak ada sama langsung. Kalau ada pun mungkin dalam 10% sahaja.

Tenggelamnya membawa maksud tenggelemnya kisah cinta antara Hayati dan Zainuddin
Kapal merujuk kepada kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang kesudahannya nasib tak menyelebelahi mereka berdua
Wan Der Jick adalah merujuk kepada adat budaya dan keturunan yang diagungkan.

*Pendapat aku la. Ngeh ngeh

Kisah ini mengisahkan Zainuddin yang datang ke tempat yang kuat adat resamnya. Ke Padang (tak silap) Disitu Zainuddin sering dipulaukan sebab mereka tidak sama keturunan. Minangkabau tak silap. Mereka kan utamakan adat dan keturunan yang baik-baik sedangkan asal usul Zainuddin pun malap.

Zainuddin terpukau dengan kacantikan Hayati, iaitu anak saudara tok siak dekat kampung tu. Tujuan Zainuddin datang kampung tu adalah sebab dia nak belajar agama selepas kematian mak ayah dia. Lepas dah duduk situ, lama kelamaan dia berkenan dengan Hayati.

Hayati juga merupakan kebanggan keluarga mereka.

Lantas, Zainuddin telas utuskan surat kepada Hayati. Ayat dia memang sangat puitis dan berbunga. Satu surat pun Hayati tak balas walaupun Hayati juga sukakan Zainuddin. Sampai 4 hari kemudian, Hayati terserempak dengan Zainuddin. Hayati rupanya bukan tak nak balas, tapi dia tak reti nak buat ayat puitis.Hayatilah satu-satunya manusia yang sudi berkawan dengan dia dekat kampung tu.

Bermula saat itu, adalah saat manis dan indah buat Hayati dan Zainuddin. Sampailah pak cik dia dapat tahu jadi dia halau Zainuddin keluar dari kampung tu. Hayati meratapi tapi pak cik dia tetap berkeras.

Senja sebelum Zainuddin meninggalkan kampung, Hayati jumpa Zainuddin.

Antara dialognya

"Aku akan tunggu kamu walaupun setahun, dua tahu , sepuluh tahun atau sehingga kampung ini tak ada aku tetap akan tunggu kamu" - Hayati

"Aku bersumpah bahawa aku hanya akan menjadi isteri kamu sahaja. Aku tak akan berbohong didepan tuhan dan nenek moyangku akan menjadi saksi"- Hayati

"Berat sungguh sumpahmu, Hayati". - Zainuddin

"Biarkan kerana itu adalah yang aku rasa" - Hayati

"Aku akan pastikan diriku suci sewaktu kita bertemu semula" - Hayati

Banyak lagi la sumpah dan janji yang telah Hayati taburkan untuk Zainuddin.

"Cinta itu adalah semangat, cinta itu adalah kekuatan. Justeru, kamu harus kuat dan semangat untuk membina dan mencapai cinta kita".- Hayati

"Kalau tadi aku lemah dan tidak bersemangat. Tapi sekarang semangatku sudah datang semula. Aku berjanji akan membina cinta kita" - Zainuddin

Maka mereka pun berpisah.

Masa berlalu,

Hayati datang ke kampung yang didiami oleh Zainuddin untuk melihat pertandingan kuda. Masa tu Hayati tinggal rumah kawan dia, Khadijah. Masa tu juga abang Khadijah iaitu Aziz berkenan dengan dan terpesona dengan kecantikan Hayati walaupun dia tahu Hayati dan ada kekasih.

Tambah pula mak Aziz berkenan. Maka Hayati telah dipinang.

Akhirnya dengan berat hati Hayati telah terima lamaran Aziz. Zainuddin kecewa dan dia utuskan surat buat Hayati. Dia cakaplah yang Aziz tu bukan orang baik.

Balasan Hayati amat memeranjatkan. Dia suruh Zainuddin lupakan semua janji dan apa yang pernah berlaku antara mereka. Dia kata dia terima Aziz tanpa paksaan. Dia cakap, dia dan Zainuddin sama-sama orang susah. Macam mana nak bina rumah tangga?

Selepas tu Zainuddin merana. Dia sakit terlantar 2 bulan. Dia meracau rindukan Hayati. Dia lemah dan asyik nampak semua orang adalah Hayati. Dia terlalu rindu dan merana. Part ni memang kena sediakan tisu banyak-banyak. Sedih mak oi.

Jadi doktor minta Hayati datang walaupun cuma sekali untuk bantu Zainuddin. Masa tu hancur hati Zainuddin bila tengok Hayati dan berinai dan jadi milik orang lain. Hayati masih cintakan Zainuddin tapi dia relakan je hati dia merana dia berjuarai airmata dia tengok seksanya Zainuddin rindukan dia.

Selepas tu, Abang Muluk beri nasihat pada Zainuddin. Dia suruh Zainuddin bangkit dari kekecewaan. Jangan jadi lemah kerana wanita. Ramai orang pandai jatuh kerana cinta. Dia suruh Zainuddin berjaya sehingga dipuncak nanti perempua tu sendiri akan mendongak memandang Zainuddin.

"Bangkit dari kecewa. Jangan biarkan dia lihat kamu lemah kerana dia. Cinta itu semangat. Kamu harus semangat"- Abang Muluk

Masa tu Zainuddin bangkit. Dia berpindah ke Surabaya. Dia ni pula ada kelebihan menulis ayat sastera. Jadi dia telah terbitkan sebuah buku kisah benar yang bertajuk "TERUSIR". Buku ni dapat sambutan hangat sebab pembaca menjiwai dan sampai ke hati.

Akhirnya, Zainuddin diberi kepercayaan jadi bos sebuah syarikat penerbitan. Dia terbitkan banyak buku sampailah dia dah kacak dan berjaya. Masa tu Hayati terkejut bila dapat tahu penulis buku sebenar adalah Zainuddin.

Karma itu ada sesuai dengan ost (KARMA-Nidji)

Hayati dan suami jatuh susah. Ceti ramai cari dan akhirnya mereka tinggal dirumah Zainuddin. Dia masih sudi bantu walaupun hati dia hancur tapi hati dia sangat keras untuk Hayati. Dia bantu atas dasar sahabat. Sampai Aziz dan malu dan dia minta diri untuk cari kerja tapi minta Hayati tinggal sementara dengan Zainuddin.

Sampai surat, Aziz telah ceraikan Hayati dengan kata-kata dia kembalikan Hayati semula kepada Zainuddin. Dia minta maaf sebab rampas Hayati dulu dari Zainuddin. Rupanya lepas tu Aziz bunuh diri sebab malu.

Maka lepas tu Hayati minta maaf dan nak hidup dengan Zainuddin. Tapi hati Zainuddin penuh dengan dendam. Bila Hayati kata Zainuddin kejam sebab masih tak maafkan dia atas silap lama. Lantas, Zainuddin ungkit satu persatu kisah lalu. Dia ungkit setiap perbuatan Hayati dan persoalkan siapa lebih kejam.

Hayati menangis dan minta ampun. Hatinya masih cintakan Zainuddin. Tapi kerana dendam Zainuddin hendak hantar Hayati pulang ke kampungnya menggunakan Kapal Van der Wijack. Masa tu la kapal tu tenggelem semasa Zainuddin baca surat Hayati. Lepas baca dia baru tersedar yang dia masih cintakan Hayati. Dia menyesal tapi terlambat sebab Hayati ditimpa malang.

Antara isi surat:

"Apabila aku tiada disisi kamu, maka kamu akan kehilangan satu kekayaan. Kerana pada jiwa aku terletak satu kekayaan kau. Kekayaan itu adalah kekayaan cinta. Aku tak pernah memberi hak ini kepada sesiapa walaupun suamiku Aziz, iaitu hak cinta. Aku tak pernah mecintai suamiku seperti aku mencintaimu. Kalau kamu tak mencintaiku lagi, kenapa ada gambarku dikamar kerjamu? Kamu akan menemukan gadis yang lebih suci dan cantik serta kaya dariku. Kamu akan bertemu semula dengan PERMATAMU YANG HILANG. Apabila aku tiba dikampung, hanya dua benda yang aku tunggu. Pertama, aku tunggu kau datang kepadaku dan membawa aku pulang untuk jadi isterimu, Kedua aku menunggu mati apabila kamu tak menjemputku. Aku tahu Zainuddin, dalam hatimu, kau masih mencintaiku tetap kerana dendam kau menutupi perasaan itu"

Lebih kurang ya semua dialog yang aku letak. Nak kasi feel sikit.

Akhirnya, Hayati mati walaupun Zainuddin sempat jumpa dia dekat hospital dan mengatakan dia masih cintakan Hayati. Hayati mati sebab paru-paru dan penuh dengan air, kurang darah serta banyak tulang patah. Selepas ucap dua kalimah, Hayati mati dalam pelukan Zainuddin.

"Dua kali aku jatuh dan dua kali aku bangkit. Aku bangga meskipun aku diuji tapi aku tetap kuat dan teguh berdiri" - Zainuddin.

Akhirnya, Zainuddin makin berjaya. Rumah besarnya telah dijadikan rumah anak yatim.

Kisah ini memang kisah cinta tapi banyak ketengahkan KARMA, ADAT, KETURUNAN, DENDAM, CURANG, SETIAKAWAN dan banyak lagi pengajaran dalam kisah ni selain cinta.

Tak rugi pun tengok.

Aku baru je tengok. Siapa yang dah tengok, kita geng. Siapa yang belum silalah tengok disini..

https://www.youtube.com/watch?v=vN9XpA3qtK0&feature=youtu.be

No comments: