Percutian ke mesir ( PART 2 )

Alhamdulillah x99

Kitorang janji dengan dia jam 3.30 pagi sekali dia terlajak. Kitorang ? Lagi lah terlajak majak sajak ah perangai memasing aih.

So here we go !!

Hurgada guys! The heck ! Masa aku tahu pasal Hurgada tak eksited langsung. Masa nak gerak pagi tu pun aku takde lah nak feel excited sangat. Suam-suam jer. Hurgada? okayyy

But..
Guys! Bila dah sampai Hurgada korang akan rindu gila dekat tempat situ. Hurgadalah tempat terciptanya cinta. Aip ! Cinta antara kami dan mesir. Fikir lain lah tu. babap kang.

Aku ni bukanlah nenek tapi aku sendiri tak faham kenapa aku boleh lupa-lupa benda alah penting macam ni.Tapi takpe nenda akan cuba ingatkan demi bakal cucuu-cucu nenda. Gituuuw.

Tak silap iolls kitorang gerak dari cairo dalam jam 4.30 pagi macam tu. Tak silap aku lah atau ada wayar terputus satu aku lupa tu halal je lah eh. Sebab driver bas tu nak gi awal sebab dia kata jauh so takut jammed and so whatever je ah. Bas kali ni kitorang dapat 1600 genih untuk pergi dan balik ke Hurgada.

Lepas tu ingat nak breakfast dekat mcd, sekali mcd takde makanan. HAHA. Berlapar lah kejap nasib baik aku ni doremon. Ada bawak stock makanan. Bersyukur lah korang kalau aku pergi.

Back to the track.



Perjalan ke Hurgada dalam 6/7 jam macam tu. Lalu hway dorang and memang padang pasir saje lah kanan kiri tu. Bersih lah sebab takde apa-apa. Gila dorang bawak van siap berdrift dengan lori balak kontena bajak segala mak nenek lori besar tu lah. Dia brek macam seinci lagi nak langgar bontot lori tu. Sakit jantung weiii!

Bila tak dapat mcd pagi tu maka semua orang mestilah lapar kans ? Lepas tu dia berhenti dekat RnR. Ya rabbi RnR dia punya lah lawa macam kedai makan mewah siap beraircond tempat duduk classy sangat uolls.



Masa ni tengah tunggu makanan. Kalau RnR malaysia nak kena amik makanan kat kaunter. Kat sini feeling boos je lah nnti ya.

So kami sambung perjalanan menuju ke hurgada.

Oh ya lupa nak bagitahu yang kitorang ni amik pakej apa ek? HAHA. Yang pastinya kitorang bayar guna dolar iaitu 228dolar untuk 4 bilik untuk 2 malam. Insyallah kali ni aku yakin setelah aku bertanya pada 2 orang manusia yang sama-sama pergi mesir. HEHE

Lepas kitorang sampai hotel kena marah-marah kena pakasa minum air dia, HAHa terus masuk bilik. Kitorang lagi suka 1 bilik je untuk perempuan tapi Imron amik 2 bilik last-last kitorang tidur 1 bilik jugak sebab tak best tidur jauh-jauh.

Lepas dah rehat sikit-sikit, tengahari tu kitorang keluar lah nak mainnnn dekat padang pasir !!! Yehaaa !!

Okay ni van amik kitorang lepas tu bawak dekat satu kawasan ni. Lepas dah turun dia cakap apa entah aku tak faham yang pasti dia suruh beli serban dengan spec besar dia tu.


Kitorang bayar dalam 100++ genih so lebih kurang 50++ RM lah macam tu and dapat sekali main 5 benda.

1. ATV
2. TENGOK TAMAN-TAMAN HAIWAN ( iolls tak minat )
3. SPIDER ( kalau salah maafkan teman, i tahap redho je )
4. NAIK UNTA
5. NAIK KUDA, KELDAI

Lepas tu termasuk dengan persembahan malam tu (tarian gelek,tunjuk hebat,shisha and so on )
Lepas tu juga sebelum persembahan dapat makan tau! Kenyang lah jugak. (sikit je kenyang) HAHA

Bagi aku harga dia not bad lah. Siap kenderaan pergi dan balik. Bagi korang feel gambar jap eh.




Okay dia akan bawak kitta round padang ni naik ATV. Tapi memang best sampai kita tak kan puas ahhh. Satu tak best kita terpaksa ikut dorang pulak punya kelajuan. Cis ! ehhe acaa je aku drive. HAHA



Ni antar haiwan yang ada. Aku cakap sungguh aku memang tak minat haiwan so aku terus keluar tak tengok lagi apa yang ada. Yang pastinya banyak ular lah kans. Lagi lah geli aku. Aku cakap betul mmg tak lah aku nak pegang dengan kulit-kulit dia macam tu. Uh meremang!




Lepas tu dapat naik SPIDER jugaks round2 sama macam naik ATV tadi. Actually aku tak pasti betul ke tak namanya sebab aku dengar-dengar namanya macam tu kalau salah maafkan aku pleasee.



Yeayy! Dapat naik unta ni first time okay korang!! Masa pergi mekkah dulu tak dapat nak naik unta sebab masa tu ada wabak penyakit apa entah dari unta. Tapi memang aku takut gila gayat sangat. Sungguh lah eh aku ni memang ada masaalah persahabatan dengan haiwan sejak kecil lagi. HAHA.

Tapi amik pengalaman kans. Sebab memang best pun cuma gayat sebab dia tinggi and macam nak jatuh je abih berlanggar dengan unta lain. Gila !



Ini pulak kitorang dapat naik kuda dengan keldai. Tapi kitorang just naik kuda je. Lelaki naik lah keldai. Tak sampai hati nak tengok keldai nak menampung berat badan iolls ni. HAHA.


Lepas tu kans dah siap main semua benda pergi lah basuh tangan ke muka ke apa ke kans. Sebab lepas tu nak makan pulak ! Yeayyy! Nak makan nak makan !

Makanan dia banyak daging!!! Aku amik banyak daging sebab hanah tak makan daging last-last terpaksa bagi ona sebab ona lagi suka daging berbanding aku HAHA.

Minum air coke and boleh minta sekali. Dia tulis je tapi boleh je nak tambah kann.. dia tak marah.

Lepas tu kitorang lepak dekat satu kawasan dia untuk tengok persembahan dia yang seterusnya. Sambil-sambil tu kalau nak isap shisha bolehhh la sangat.


Eksited tak kitorang duduk depan sekali ? HAHA

Okay lepas habis persembahan tu boleh lah balik van akan hantar korang balik ke tempat penginapan korang tau.

Sebelum kitorang balik nak beli mineral water lah ada orang nak minum coffee lah apa lah. Layan kan jelah sebab aku jenis tak minum coffee

Lepas tu kitorang balik untuk rehat. Tanpa diduga tetiba perut berkeriuk untuk diminta diisi.Jadi lepas tu Imron bawak kitorang gi makan dekat mcd. Alhamdulillah sambung gosip dekat bilik.

Settle hari kedua dan rasa gembira sangat atas nikmat ini.

with love, xoxo

No comments: