Percutian ke Turkey ( Part 1 )

So guys,

Alhamdulillah, sekarang ada mood nak update blog sebab memang ada mood lah. Lantak lah apa pun sebabnya, kerana mood aku selalu ikut mood yang macam tak betul lah. Kalau rasa nak up blog, memang akan up kalau tak, mereput lah blog aku tanpa di update.

So since kebelakangan ni selalu jalan-jalan, saje nak tulis dalam open diary ni kemana aku jalan-jalan supaya one day anak-anak cucu cicit boleh baca. Tu pun kalau kawen lah. Kalau tak kawen mereput lah aku tua-tua baca balik apa yang aku tulis sambil takde gigi gelak baca balik betapa mengarutnya gaya penulisan aku zaman muda mudi dulu.

So, back to topic --

Lepas transit dari Dubai, dalam jam 2petang kitorang dah siap mandi solat apa semua. So, tunggu lah naik naik flight seterusnya and kitorang sampai dekat Ataturk aiport dalam jam tak ingat pula aku. Rasanya dah gelap masa tu.

And please, korang yang muka ada ala-ala.... tu jangan buat muka beran. Tak tahu lah partner travel kitorang ni asyik kena tahan je dengan polis. Apa muka macam pengganas ke? -- maybe yes.

Siap kena ambil passport kena selongkar beg tanpa sebab. Huh, agak seram jugak.

So dah lepas tempat pertama kitorang adalah cappadocia.

19 - 20 Januari 2017

Sepatutnya ambil flight dari Istanbul ke Cappadocia tapi atas sebab tak dapat dielakkan kitorang tak naik flight. Ambil peduli, flight sangat murah berbanding dengan bas. Ada korang boleh dapat lagi murah ataupun sama harga flight menggunakan turkish airlines. Boleh dapat 60lira return.

Tapi disebabkan masaalah sikit, kitorang akhirnya tepaksa naik bas juga malam tu. Serabut juga lah dengan beg pecah, mana nak cari kaunter emirates yang macam wujud tak wujud je dekat situ. Dekat orang tempatan tak tahu cakap english. Menangis juga lah malam tu. Cari next flight tahu tak harga sampai 300 lira. Memang tak lah kan nak beli.

So cari dalam google jumpa bus harga 65 lira ke geromo, cappadocia.

website ; https://www.rome2rio.com/

Korang boleh try usha, antara syarikat yang sangat famous adalah kamil koc dan metro apa entah namanya. Tu memang famous dan harga dia boleh tahan lah. Tapi ada bas yang selesa besar dan luas. Tapi untuk pengetahuan korang, bas dia sempit tau kalau jenis bas yang selesa tu sama tarap je bas biasa kita kat malaysia. So, korang bayangnya bas yang selesa kat malaysia ni dikira macam first claass kat turkey dan bas jenis biasa tu lagi sempit dari tu.

Akan tetapi, kelebihannya, adalah--

Ada MAKANAN & MINUMAN secara FREE kat dalam bas--
Suka tak?


Make sure amik banyak-banyak biskut TUTKU plastik dia warna merah. Memang sedap lah korang rugi sangat kalau tak amik. Dia akan round kat korang dalam 2-3 kali. Tapi biasanya aku terlepas untuk kali kedua dan ketiga sebab kepenatan yang melampau.

Malam, bas kitorang tak direct ke geromo sebabnya salah kitorang juga. Dari airport ke station bus, turun je dari station bas kitorang ni macam lembu kena cucuk ikut je mamat ni ke ke kaunter bas. Dia cakap tiket yang direct dah habis so kitorang kena naik yang macam transit-transit. Kitorang masa tu dengan sejuk tahap nak meninggal, terus iyakan je.

Bayaran TIPS jangan dilupa!
Cis !

Dah lah tu, dia ambil je dekat tangan kitorang tanpa berbincang. So dapat lah dua manusia tu 25 lira tanpa keredhaan kami.

Bas tu, kitorang naik 65 lira dari istanbul - aksaray. Turun dari station bas aksaray naik mini bus free ke station bas yang namanya juga aksaray. Dari situ kitorang tunjuk alamat hotel dekat driver bus, then kitorang naik bas dia pergi ke nevsehir. Sepatutnya kitorang turun di gorome tapi sebab tak tahu kan, so ikut jelah.

Bas tu harga 15 lira sahaja. Turun di station bas Nevseher. Kiranya hari pertama je dah habis banyak duit sebab dah kena bodoh-bodoh macam ni. Kalau tidak, kitorang direct je takpayh nak tukar banyak kali bas dengan bayaran berbeza, Stress aku dibuatnya. Hari pertama je dah nak menangis beribu kali.

-- Kitorang dibiarkan bagai pelarian di station bus nevsehir dalam keadaan local dia tak pandai cakap english. Korang boleh faham tak perasaan kitorang kena bercakap dengan manusia yang tak faham english? Masa ni la kitorang boleh mendabik dada dengan english yang seberapa aku ni sebab rasanya kat situ aku paling pandai english. Muhahaha.

Akhirnya drama sadis ini berakhir apabila aku betemu dengan seorang lelaki turkey yang pandai berbicara english walaupun sikit-sikit. sebab dia adalah orang pelancongan. So, nego sikit-sikit dia kata boleh hantar kitorang sampai ke hotel dengan harga 65 lira. Maigod ! Mahal gila gaiys!











Begini lah gamaknya pemandangan waktu baru sampai. Teruja uolls macam kashmir dah.
                                                                                                                         
Rupa-rupanya 65 lira satu kereta bukannya satu kepala.

Masaalahnya dah sampai hotel kitorang bagi dia 300 lira kot, dia pelik lah, rupanya 65 je. So untuk esok kitorang amik bawah dorang. Jalan-jalan ikut agent dorang dengan harga 90 lira termasuk semua lah.

Malam tu kitorang check in dekat hotel Traveller's Cave Pension.
Boleh guna laman web yang banyak. Try bandingkan harga dengan Trivago Insyallah boleh dapat yang murah-murah gitu.

Layanan okay, bilik pon okay dalam gua.
Harga kitorang dapat total 150 euro untuk 5 orang. 2 bilik. 1 bilik 3 orang 1 bilik untuk 2 orang.

Note : Hotel di tukey di charge by person bukan by room. Kalau kau book bilik untuk dua orang tapi nak masuk 4 orang sekalipun, dia takkan benarkan sebab dia charge tetap ikut kepala.

Untuk siapa yang tak tahu je sebab aku pon baru tahu. Asalnya aku book 120 euro tapi sampai nak bayar naik 150 euro, so terpaksa lah bayar dan tercut sikit duit belanja disebabkan hotel ni.

Note : Include breakfast and korang boleh menikmati sarapan sambil melihat keindahan kota gorome dan hot air ballon pada waktu pagi dan petang. Makanan org turkey agak berkhasiat sikit, so sebagai orang melayu tulen kami tetap memilih maknan berminyak seperti hotdog dan kentang goreng. Sos cili dah bawa siap-siap dari Malaysia. Gila, tak tertelan tekak sos tomato.

Layan gambar sekitar hotel.




Hari pertama sampai ni kitorang tak buat apa-apa sangat sebab kitorang sampai hotel pn dalam jam 2 petang mcm tu. Pukul 5 dan gelap so memang tak dan lah nak buat apa-apa. Tapi kitorang sempat lah juga rakam-rakam saat matahari terbenam dengan belon panas.

Malam tu kitorang makan dekat kedai makanan yang berdekatan. Kedai cappadocia ni major ada wain tau dan gambar anjing. So, korang pilih lah sendiri. Kitorang first try pottery kebab dekat restoran ni. Disebabkan tak sedap, terus kitorang tak pernah try rasa pottery kebab dekat kedai lain walaupun banyak reveiw blog kata sedap. Tapi kata orang, kalau datang cappadocia tak try macam tak lengkap kan.So, sebagai syarat, kitorang dah sampai cappadocia.



Masa ni aca-aca nak tukar duit sebab memang takde langsung duit turkey. Lepas tu dah tak tahan perut ni kta kena gi makan gak sekarang !




Okay roti begini memang hampir semua kedai korang akan dapat free macam ni. Luar roti dia nampak macam tak menarik, but dont judge ! Rasa dia meletops lembut sangat dekat dalam tu. Dia punya serbuk tepi tu entah lah, kekdang rasa sedap tapi kalau terletak lebih rasa macam belerang pulak. kiki. Tapi okay je sedap.


IIni adalah pizza yang paling sedap aku pernah jumpa seumur hidup aku. Serius memang sedap. Tapi ni bukan pizza yang bentuk sampan tu. Ni pizza apa entah nama dia tapi memang sumpah sedap gila terbabas tahap nak pengsan berjuta kali. aku share dengan budak-budak ni pun selalu berdoa minta-minta lah dorang tak amik banyak. Siap aku curi2 amik banyak kali sebab memang lebih menarik pizza ni.  Tapi aku tak ingat nama dia sebab pekerja dia yang recommend kan. So kitorang onn je.

End of first day at cappadocia.


No comments: