Trip to Krabi ( Part 2 )

Ya Allah dah berzaman tinggalkan kisah krabi. Kak Aisyah pon entah-entah dah start buat pembayaran PTPTN. muahaha. 

Salam tahun baru guys! 

So iku perancangan harini kite semua akan ke 7 pulau. Pulau apa je? Kena senaraikan ke? Macam malas lah pulak. 

K jap nak google. Lupa dah.

Hmm dah cari 5 minit tapi tak jumpa so malas lah nak letak. Nanti korang pergi Krabi tu, dia bagitahu lah pakej siap pulau apa. Takkan semua benda nak suapkan. Malas betul korang nak usaha sendiri kan? 

Nanti dia akan amik kite kat hotel, then naik bas/ van pergi ke tempat berkumpul. 


Okay guys, ini adalah tour guide kitorang. Dia ni kelakar dan baik. Dulu ingat nama dia sekrang tak ingat lah weh, makan semut banyak sangat bagi nak lupakan kenangan yang menyakitkan tiberr.


Ni masa tengah tunggu boat plus sambil tu bergambar plus dia tgh bagi arahan bla bla. Pensyarah mengajar pun kitorang tak dengar apatah lagi dia bagi arahan. Hmm


So memang reramai ni dah naiklah benda alah ni. Kitorang dapat bahagian bontot best sebab angin and tak bersesak sangat reramai dengan orang lain. Sepanjang ni memang dapat air free je boleh tambah sampai perut kembung air. 

Ada gambar lain, sengaja aku pilih yang sangat intim supaya orang salah faham atas hubungan mereka berdua. wkwkwkw
Alololo tomey tak kakak kite ni? hahaha cermin mata tajam tak menahan. Masa ni first checkpoint eh. Tak ingat pulau apa, ikut suka dia la nak benti pulau mana se.



MASYALLAH cantik kan? Breathtaking sangat viewnya. 

Ni pulau seterusnya  kot....


Then lepas tempat ni dah tengahari kitorang pergi ke tempat lain. Tak tahu juga apa namanya sebab dah lupa tapi untuk makan dan solat dll apa sahaja yang anda nak buat. 








JUST NAK TUNJUK KAT KORANG BETAPA CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH. PULAU NI SEMUANYA CANTIK MASYALLAH. MUST GO K!

So ni masa last check point snorkling. Tak silap ada 2 tempat je boleh snorkling, kitorang paling lama sekali nak naik tu sampai dah hujan. 


 Malam tu main kolam pulak. HAHAH tak cukup dengan kebasahan di pulau. Malam tu jugak kak aisyah and wardah demam. K smabung nanti lah penat nak nulis untuk hari ketiga nye aktiviti.

Malam tu i keluar berdua dengan sayang cari makanan sebab kak esah dan wardah dah tewas ke katil. hahaha

No comments: