Malam Anugerah kolej

Alhamdulillah. Selamat sudah malam anugerah kolejnya. Malam anugerah untuk orang lain bukan untuk aku. Satu anugerah tak dapat, satu cabutan bertuah pun tak dapat. Aku ni memang tak pernah bertuah.

Malam anugerah kolej tu dekat hotel R ( tak tahu nak tulis macam mana) . Start jam 8 malam.


Gambar pertama sekali. Gambar ni diambil sebab nak hantar dekat ummi. Kan ummi nak sangat buat baju aku pakai ni baju tunang. Tak nak ! haha. Baju tunang yang lain tau.


HAHA. Ni geng block B. Tapi ada dua orang tersesat iaitu Farah Aida dnegan Pikah. Dari block B. Kemain memasing posing. Nyahhh kauuuu.


Masa dalam bas pulak. Kitorang tertinggal bas jadi kena la naik dengan golongan budak sem2. Kitorang je kakak-kakak yang bising. Nasib baik dapat duduk.

Enjoy the photos







Malam tu bila dah tamat, dekat luar memasing bergambar lagi la. Kita ni baik lelaki atau perempuan tak pernah lari dari rasa nak bergambar. Seronok sebab ianya kenangan yang terindah. Terima kasih kawan..


Kami meja no 25. Meja yang tak bertuah langsung. Makan makanan china. Tapi, aku cakap betul ah, kalau tak ada pengalaman makan kat hotel pun tak apa la. Ni la terakhir aku makan kat hotel. benci aku !!! Aku tidur dalam kelaparan malam tadi sebab makanan dia takleh nak telan.

Sudah la kena bayar sampai RM50 sekepala. Kesian dekat tukang sponsur kelas kitorang tu. Tapi, nak buat macam mana, terima kasih la pada tukang sponsur tapi sumpah ! memang tak boleh blaaa ah dengan lauk dia tu. Macam tak masak je.



Orang suruh kahwin cepat tak nak, lepas tu tak boleh blaaa ah nak berangan duduk atas pelamin. Heyyy kau nie Alia oiii ! berangan tinggi bebenawww.




Ni masa ni dah nak balik dah. Sumpah ! kalau hari ni korang tak sedih dan rindu saat ini, aku yakin satu saat nanti pasti korang akan merindui saat ini.  Malam tadi pun dah sebak bila Hajar salam dan minta maaf segala bagai. Menciiikkkk.

Apa yang terjadi malam tadi benar-benar menggembirakan aku, tapi jujur ianya juga perkara yang menyakitkan hati aku sebab kau tak pernah zahirkan apa kau rasa. Kau buat macam tu seolah-olah kau bagi aku harapan sedangkan kau dah ada orang lain. Sadddd :'(

Terima kasih.

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Zara Nurhaidah said...

zara suka tgk picture2 ni.. lama dah zara xhang out ngan kawan2 .. masing2 sbuk.. huhuhu .. rindu pula ngan dorang ~~