kursus kahwin last week

Minggu lepas tanggal 5 dan 6 April tahun 2014 , aku dengan akak sedara aku telah menghadiri satu kursus kahwin. Gituwwww. Kena la datang kalau nak kahwin an.


Demi sehelai sijil, aku membengkakkan punggungku selama hampir 9 jam duduk dalam auditorium tu yang sejak dan sempit tu dengan penerangan. Aku tak kahwin lagi ( tapi bakal , insyallah). Aku just jadi peneman akak sedara aku yang akan kahwin bulan 12 nie. Jelesnyaaaaa.

1- Daftar dekat MAIM BENTARA (melaka)

  • Sila bawak salinan i/c ( boleh potosetet dekat pejabat tu)
  • bawak pen (kalau tak suka pinjam)
  • bawak duit RM80 (kalau nak daftar tang masa tu juga) Tak sabar dah kan.
2- Boleh relax fikirkan hal lain.

  • Jangan buang pulak resit dia bagi tu sebab nanti korang merana, yelaaaa kalau resit tak ada kita dikira tak bayar lagi, dah kena bayar dua kali.
3-Boleh fikirkan apa benda nak kena bawak sebab kat dalam tu memang ngantok dan bosan kecuali ustaz      tu lawak gilaaakkkk nak babeng sampai kau nak lelap mata pun rasa sayang sangat.
  • Bawak la earphone ke, handset ada game ke, dan powerbank jangan lupa. hakhak. setan betul aku ni, bukan nak suruh orang khusyuk.
4- Datang tepat waktu dengan pakaian yang lengkap.
  • Fail, pen, kertas kosong akan diberi oleh pihak urusetia.
  • baju kena baju kurung atau jubah. Tudung wajib sangat-sangat warna putih dan tutup bahagiaan dada tu. takade orang nak tengok. lelaki pakai baju putih berkolar dan berkasut dan wajib songkok hokeyyyy !
  • Tolong datang awal limabelasminit awal !
5- Setel dua hari tu, sila la ambil sijil dan malam tu juga boleh kahwin ! yeayy.

* Mungkin korang dah tahu cara-caranya, tapi saje nak share bagi hilang bebosan memalam ni. Mana tahu siapa yang tak tahu tetiba terbaca, dah aku bangga la jugakkkk.

Hari kedua tu kebetulan dekat mydin ada sale diskaun sampai 50% !!!!! kau jangan tak tahu pulak. Boleh jadi gila kot dis sampai 50% !!!! kitorang dari Seri negeri tu rela jalan kaki ke maydin yang sejauh 4 kilometer dari auditorium tu. Aku rasa boleh kurus kot kalau hehari jejalan macam tu.

singgah ke mydin, gampang beli baju and tudung dan balik.


Malam tu juga rasa nak suruh walid gi pinang dia. hehe. tapi ada akai lagi naaaa.

okay, itu je la mampu dikongsikan. harap ada yang baca tapi kalau tak ada yang baca harap-harap satu hari nanti 10 tahun akan datang ke ada yang baca. insyallah..

'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik nadya said...

syok naa. da dapat kursus kawen ni., nt kawan nk kawen inshaa Allah temankn die gak.. hihihi