aku mengalah

'Salam, aku mengalah. aku tarik balik kata-kata aku untuk tunggu kau. kali ni aku mengalah betul-betul. terima kasih untuk segalanya'

'aku tak ada niat nak sakitkan hati kau, aku harap ukhuwah ini tak dilupakan. tq sahabat untuk segalanya'

kacau betul la gelang keling ni aku nak menaip. cabut jap...

Allah je tahu masa tu perasaan ini. Waktu tu aku jejalan dengan aweks kelantan. Aku tinggalkan dorang terus masuk dalam kereta and macam biasa,

Sakit dah ! perit dah ! aku buat keputusan untuk mengalah bukan sebab aku dah tak suka tapi sebab aku dah penat. Dia buat orang sekeliling aku paksa aku lupakan dia. Aku tak suka benda tu tapi bila kerap aku jadi down.

Kali ini, aku mengalah betul-betul sebab aku dah tak tahan. Aku tak nak menanti cinta yang sia-sia. Dia tak nak dekat aku langsung. Allah dah bagi banyak petunjuk tapi aku degil.

Menyesal? Aku tak menyesal suka dia cuma aku menyesal sebab aku tunggu dia. Aku tunggu benda yang sia-sia. Mungkin ada perempuan yang lebih baik untuk dia selain dari aku sebab aku tak faham keadaan dia, aku tak kuat nak tunggu aku tak sehebat dia. kami terlalu beza.

Mungkin Allah sedang memakbulkan doa aku sedikit demi sedikit. Tapi sumpah memang pedih.

Hati aku semakin terkesan bila baca blog najah. Aku harus mencintai jodohku, aku harus menanti jodohku bukan lelaki yang belum ditentukan untukku. Allah, temukan jodohku agar aku tidak menemui cinta yang sia-sia lagi :'(

Aku buang semua kenangan yang pernah tercipta. Aku akan lenyapkan semua itu. Aku tak nak toleh ke belakang lagi sebab sangat sakit.

Allah tahu apa aku rasa... I choose to move on...


'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

psst .. lepas ni nak update pengalaman gi mekkah and madinah...

2 comments:

Nadyya said...

sabar ye awak =)

sukanya ayat ni ,

Aku harus mencintai jodohku, aku harus menanti jodohku bukan lelaki yang belum ditentukan untukku.

Izzah Hashim said...

be strong okeyh :)apa yg yg berlaku da hikmahnya..Allah tak ambik apa yg kita sayang cuma dia nak menggantikan yg lebih baik untuk kita...insyaAllah