Umrah part 1 [ Madinah ]

Assalamualaikum uolls..

Saya baru balik dari mengerjakan umrah. Alhamdulillah sudah seminggu berada di tanah Malaysiaku. Syukur juga semuanya sihat belaka tak ada jangkitan MARS. Syukur ke hadrat Ilahi.

Pengalaman ke bumi Madinah, tanah yang pernuh barokah dan penuh nikmat. Allahuakhbar. Terima kasih kerana memilih aku sebagai tetamu yang agak muda. Syukur.

Perjalanan kami bermula dirumah. Sanak saudara datang bersalaman. Part ni memang sebak ah.



Then, terus ke KLIA pada jam 2 petang sebab kami kena ada 4 jam awal sebelum berlepas iaitu jam 8.30 malam.


Empat gegadis cun yang nak jadi gadis paling meletops di abad ini. Gituwww kau. Ini semua anak buah der bukan sepupu yawww.

Maka kami pun berlepas ke Abu Dhabi dulu sebab transit. Okey kami naik filght Etihad. Nak cakap kat sini pramugari mereka super duper cantik okeh. Sedap betul aku speaking dalam tu. Rasa macam hebat pulaks.

Sampai je ke Abu Dhabi, transit tak lama pun dalam dua jam jerk dan naik filght balik. Kami sampai ke Jeddah dalam jam 3 pagi macam tu la. Satu kes lagi dah berlaku dekat airport jeddah ni. Memang pekerja imegresen Jeddah ni biadap betul tau. Memang sakit hati sangat sebab dorang pentingkan diri betul tau.

Kitorang perempuan dah sampai tau tapi dorang lelaki kena tahan dekat bahagian emegrisen selama lima jam sampai jam 8.30 pagi. Berdiri terpacak macam tu tunggu nak lepas passport. Bayangkan pekerja arab ni sesuka hati dia je nak pergi makan ke nak gi tandas ke. Kalau dia rasa macam ramai dan dia malas nak buat, dia blaaaa je la pergi makan ke minum. Kita ni dok beratur je lelame macam tu.

Mementang la kita perlukan dia, sampai hati dia layan kita macam tu.


Okay ! lepas enam jam berlalu dengan cuaca yang panas gilaaakk hampir suhu 42, maka kami dapat la bas yang ada aircond sejuk betul. Legaaaa. Bermula la perjalanan ke Madinah yang mengambil masa selama 5 jam.

Okay, sampai jer Madinah kita kena ambil kunci bilik. Tapi nak ambil kunci bilik ni pun kena tunggu dalam 2 jam jugak la. So, kat sini nak cakap memang apa je kita buat kat sana memang teruji. Kena ada kesabaran yang tinggi sangat.


 
Okay ni nak cerita sikit. Masa ni tengah tunggu giliran nak masuk ke Raudha. Ianya juga dinamakan sebagai taman syurga. Tempat nabi khutbah tempat nabi wafat dipangkuan Aisyah. Jadi tempat ni adalah mustajab untuk berdoa.

Nak masuk ke sini bagi perempuan ada masa tau. Sebab ianya bahagia lelaki. Jadi kalau kita nak pergi kena tunggu waktu ditetapkan tapi tempat ni memang sangat sempit. Kita dikatakan solat diatas kaki orang je. Kena halau tu perkara biasa. Orang pijak kepala masa tengah sujuk tu normal sangat sebab memang orang semua kejar nak solat situ.

Kalau polis arab halau buat derk jerk. Buat-buat macam kita tengah solat sebab dia tak akan kacau kita kalau kita dah solat melainkan doa. Jadi nak kata kysuk dalam keadaan macam tu memang payah la cuma kita kena yakin dengan diri sendiri.

Tuuu kubbah hijau tu masjid nabawi yang asal.







Kalau sampai dekat sini , please la korang datanglah awal walaupun memang penat dan jauh dan letih. Tapi kuatkan hati lawan bisikan syaitan datanglah awal agar dapat masuk masjid nabawi. Ganjarannya 1000 kali tau. Masjid nabawi tak macam mekkah. Hanya dalam masjid je dapat pahala gitu.

Kalau mekkah lain cerita, sepanjang tanah haram tu..

Tolak menoleh ni perkara biasa. Korang kena kuat dan sabar. Tapi kalau jenis aku ni main rabak je tolak orang tu balik. Please jangan ikut perangai aku. Korang kutiplah pahala lebih dengan bersabar. Aku sebab tak nak dia tolak mak and mak cik aku jadi kena la gahhh sikit.

Sumpah, nikmat betul dapat solat dalam tu. cuma penat (perkara ni jangan dilayan)




Okay, ni masa lawatan pertama ke Masjid Quba'. Dalam seingat aku la masjid Quba'. Please korang betulkan aku kalau aku salah masjid sebab banyak sangat pergi masjid sampai tak ingat dah, Tapi hati aku rasa betul ni masjid Quba'



Okeh , ni pulak masa dekat bukit Uhud dimana umat islam kalah dalam peperangan. dan juga bapa saudara Nabi meninggal iaitu Saidina Hamzah.

Okeh ! masa nak gi sini kalau nak dapat pahala niatkan kita nak pergi ziarah makam ahli syuhada dan bapa saudara nabi. Kalau kita niat nak tengok bukit uhud tak dapat apa-apa. Belakang tu yang ramai orang tu bukit uhud.


Peaceeee yooo. Ini berada di hadapan qubur para ahli syuhada. Mengikut cara tanam orang yang mati syahid kita hendaklah tanam dimana dia mati tapi disebabkan madinah pernah terjadi banjir besar sehingga mayat mereka timbul maka kerajaan masa tu telah menempatkan satu tempat untuk dikebumikan mereka. Jadi semua mayat terkumpul disatu tempat iaitu dihadapanku itu.






Ni pulak kami dekat Ladang Kurma. I tell you.. dekat masa kita masuk tu ada satu lelaki jual kurma beku tau. Memang sedapppp gila sangat sebab dia beku. Tapi tolonglah jangan beli banyak sebab korang akan rasa muak. Nak beli boleh tapi share la sebab sedap makan beku and tak banyak sangat sebab dia manis. Tapi cepat habis laku.

Alaaa. korang amik rasa dah ler sebab dia akan bagi korang rasa secara 'halal' sebanyak 3 bijik sahaja. Cukup ler tu nak bebanyak buat apa. Malah kalau terambil lebih pun kau minta je halal. Cakap jer 'halal2' sambil tunjuk setangkai kurma. Kompem dia jwab balik 'halal'.

Kat sana kita main halal haram jer. Kalau halal maknanya boleh kalau haram maknanya tak boleh. Faham?




Part ni paling sedih masa kita nak ziarah widak iaitu ziarah selamat tinggal pada Nabi kita. Mula-mula tak rasa apa-apa. Tapi percayalah sepanjang kita berada disini cinta pada nabi menggunung. Kita akan rasa jatuh cinta pada nabi kita. Allahuakhbar.

Masa sedih bila kita doa kita ucap " Ya Allah, semoga aku akan kembali disini lagi, jangan kau biarkan ini ziarahku yang terakhir. Kau murahkan rezekiku agar aku dapat kembali disini menziarahi nabiku. Wahai nabi Allah, aku pohon syafaat pada-Mu pada hari akhirat. Kau berilah bantuan padaku".

Sumpah masa ni memang sebak. Dah nak balik dah masa ni nak gerak ke Mekkah pulak.

Tapi sebelum tu kena berhenti ke Masjid Bir Ali untuk miqat niat ihram disitu.




Okay , ni la bir Ali dekat sini kitorang niat dan bergerak ke mekkah. Sampai ke mekkah akan terus buat umrah. Itu di mekkah kita akan cerita dientry baru khas untuk mekkah.

Kalau nak cerita pasal gi madinah and mekkah memang sangat banyak sampai rasa sepuluh malam tak habis cerita sebab pengalaman yang menakjubkan. Nak cerita dekat raudhah lain, ladang kurma lain, hotel lain, pasal simkad lagi. banyaaakk sangat tapi tak tercapai.

Harap ada info yang bermanfaat dan berguna la..  Terima kasih pada yang sudi membaca :)

Semoga kalian dapat peluang kesana jugaaa. amin..

'insyallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik nadya said...

Yaa Allah , bestnyaa. cantiknyaa.
teringin nak pegi sana. ishh Inshaa Allah suatu ari nt =)

kite tag awak http://loveneddy.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-ai-syah.html