Mini novel [ Jodoh pilihan mak ] #1

Bismillah, Ini mini novel yang mungkin akan muncul tidak lama lagi dalam bentuk cetak. Tak pasti keluar bulan berapa. Guys, siapa yang baca tolong komen ya. Saya nak anda komen untuk saya perbaiki lagi mutu penulisan saya.

Tolong komen pada kekurangan sebab saya cuma nak tengok kekurangan pada penulisan saya sahaja. Saya nak tahu apa kekurangannya lagi. Terima kasih.

BAB  1


Suria Priya duduk duduk bersila diatas kerusi. Hidangan sarapan pagi dipandang. Sekilas melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi.

Ayam dah berkokok seratus lima puluh juta kali dah bak kata lagu Fynn Jamal. Suria Priya tetap dengan keenakan tidur.

“Engkau Priya, selagi matahari tak terpacak, selagi tu kau tak nak bangun. Aku kalau baling kau dengan periuk ni. Memang sia-sia je hidup kau”. Marah Puan Bitah.

“Mak ni..orang dah bangun pun kan? Tak payah la nak bising-bising”. Masam muka Suria Priya apabila ditegur begitu.

“Eh..Eh.. kau melawan pun cakap aku eh Priya. Mana aku tak bising, anak orang lain, lepas subuh tu tak tidur lagi. Engkau ni pula, nak kata duduk asrama pun tidak.

Aku tak faham apa yang kau letih kan. Nak kata kau kerja dengan Perdana Menteri, aku rasa tak pula. Kau punya penat mengalahkan mak la.

Kau tu dah besar tau Priya, dah jadi anak dara bukannya budak kecil lagi. Umur kau dah masuk 20 tahun. Esok lusa ada orang meminang kau, memang mak terima je”. Bising mulut Puan Bitah.

Sambil itu tangannya sibuk membilas periuk nasi untuk ditanak nasi bagi hidangan makan tengahari.

“Mak ni…”

“Mak ni..Mak ni.. aku cakap betul ni, kalau macam ni perangai kau , memang mak kahwin kan je kau ni. Kau dengar tak ni Priya?”. Puan Bitah menghentikan kerjanya.

Wajah Suria Priya dipandang geram.

Ish, budak ni.. kecil besar kecil besar je aku pandang. Kalau aku ni tak ada akal, memang aku gosok muka kau dekat ketiak aku ni. gumam Puan Bitah sendirian.

“Mak ni.. Priya-priya. Orang tak suka tau mak letak nama tu. Orang malu tau kawan-kawan orang panggil orang dengan nama Priya tu. Lain kali letak la nama sedap sikit.

Mak sebut orang Priya pun, orang rasa macam jadi heroin cerita mann tu pulak. Mak minat Hindustan sampai nama orang pun mak letak nama Hindustan.

Budak lelaki kat sekolah orang tu dulu suka sangat ejek nama orang Suria Priya. Kalau letak Suria Aminah ke, Suria Khadijah ke, okay la juga sebab ada nama melayunya,

Orang tak nak la kahwin la. Orang mudah lagi tau. Baru umur 20 tahun, mana boleh kahwin. Mak pun cakap dengan orang kan yang orang ni pemalas. Kalau orang kahwin, macam mana nak jadi isteri baik.

Mak ni, suka sangat nak selesaikan masaalah dengan kahwin. Dah la mak tu yang nak tentukan jodoh orang. Orang tak nak kahwin dulu. Suka hati je nak tentukan”. Rungut Priya.

Mukanya masam mencuka sama seperti jeruk mangga asam boi. Terliur sekejap. Suria Priya memasukkan seketul jemput-jemput kedalam mulutnya.

“Eh-eh kau ni, mak dah letak nama kau cukup cantik tau. Kau bayangkan kalau mak minat cerita orang putih tu, apa rupanya kalau mak letak nama kau Angelina Jolie, ataupun Janefier Lopez.

Tak ke haru jadinya nak menyebut nama kau Jolie-Jolie tu? Lagi sati, nama Janefier tu macam dah nama kucing siam Mak Cik Miah kau tu tau. Bersyukur la sikit”. Balas Puan Bitah.

“Memang la, orang tak suruh pun mak letak nama orang macam nama orang putih tu. Cuba mak tengok nama kawan orang tu, semuanya nama melayu tau.

Tu.. si Sarah, Alina, Iman, Madiha, Farah, Ekyn. Semua nama mereka tu sedap-sedap tau. Nama melayu tulen. Orang tak kira, kalau orang dapat suami nanti, orang nak nama dia betul-betul melayu”. Priya menyuapkan lagi jemput-jemput ke dalam mulutnya.

Makin sakit hati makin sedap pula jemput-jemput ni. Bisik hati Suria Priya.

“Apa nama melayu tu sangat?”.

“Orang nak cari suami nama Abdullah ke, Muhammad ke, atau paling best kan mak, orang nak nama Abdul Muqit. Ha.. nama macam tu kan nampak melayu arab-arab sikit”. Priya tersenyum.

Mencebik muka Puan Bitah.

“Perangai pemalas tahap Firaun, ada hati nak cari jodoh sendiri. Jantan malang mana la agaknya yang akan terpikat dekat dia ni”. Rungut Puan Bitah perlahan.

“Apa mak cakap?”.

“Aku cakap.. kau tu nak cari lelaki yang nama macam lelaki soleh. Lelaki baik macam tu mana nak kan isteri pemalas macam kau ni. Bangun pagi pun dah terik, kebulur la Muqit Abdullah kau tu nanti.

Ni.. kejap lagi kau bukan nak basuh pinggan ni. Kalau dah muka pemalas tu, memang pemalas la. Berangan nak nak lelaki baik konon. Meluat aku dengar.

Eh Priya, kau dengar cakap mak ni tau, jodoh kau biar mak yang tentukan. Mak nak cari la ala-ala lelaki yang sesuai dengan nama Suria Priya yang mak susah payah letak dekat kau.

Mak dah cadangkan nak cari lelaki yang namanya macam Rohit ke, Rohan ke, Rahul ke, Raj ke, Aryan ke. Ha, macam tu barulah sesuai dengan nama kau yang Priya ni.

Kau jangan mengada-ngada. Mak tak kira, kau kena juga kahwin dengan pilihan hati mak dengan ayah. Kau tu bukannya bagus sangat pun nak cari sendiri.

Muka kalau lawa macam Preity Zinta tak apa juga. Muka macam senduk nasi je. Perangai pun macam bontot kuali.”. Bebel Puan Bitah tidak puas hati.

Berdentang dentum bunyi pinggan mangkuk dihentaknya Puan Bitah. Dia bukan marah, tapi sudah sabar hati dengan perangai anak daranya itu.

“Mak ni.. sukahati je nak cari kan jodoh untuk orang. Orang tak nak la. Orang dah ada sendiri tau”. Berkerut dahi Priya.

Suria Priya sendiri geram dengan kata-kata maknya. Ish, macam la kita ni teruk sangat sampai tak laku. Menyakitkan hati betul.

Kalau tadi, Puan Bitah memandang anaknya kecil-besar-kecil besar sahaja. Kini, Suria Priya memandang maknya gemok pendek-gemok pendek je.

Suria Priya melepaskan rengusan. Bergerak-gerak bibirnya kerana menahan amarah dihati. Hendak dilawan melampau, tak cium bau syurga nanti.

“Amboi ! dah ada pilihan sendiri konon. Loya tekak mak dengar Priya oi! Muka pemalas macam kau ni dah berangan ada pilihan sendiri. Ish ! mimpi ngeri la mana lelaki jatuh hati dekat kau tu”. Sedikit tinggi suara Puan Bitah.

“Ala.. biasala tu”.

“Apa yang biasanya? Tak ada yang biasanya la. Kau tengok cerita Hindustan tu, semua jodoh mak bapak yang tentukan. Kau pun kena ikut telunjuk mak dengan ayah kau ni.

Tu la, dulu aku hantar sekolah kau malas. Kau asyik nak memain je kan. Kau bercinta sana sini. Sekarang, kau duduk je la rumah ni elok-elok. Jodoh kau biarkan mak yang cari.

Menggatal dah ada sendiri. Ei , kau biarkan.. mak bagitahu dengan ayah baru kau tahu. Taik mata pun ada lagi, berangan nak bercinta bagai. Ei, meluat aku dengar la kau ni”.

Terus Priya diam apabila Puan Bitah bersuara begitu. Dia tahu maknya pasti tidak suka dia mempunyai pilihan sendiri. Sebenarnya ,Suria Priya belum ada pilihan pun. Saja nak mengusik Puan Bitah.

Tapi apa salahnya jika dia mempunyai pilihan hati sendiri? mak tu terlalu memandang rendah terhadap dirinya.

Kadang-kadang Suria Priya merasakan terlalu tidak yakin dengan diri sendiri hanya kerana sikap maknya yang suka mengutuk dirinya.


Tapi apa boleh buat, mak kan? Redha je la.

3 comments:

Cik Nadyya said...

wah terbaik.. suka sangat2.. xsbar nak beli gini :)

Anonymous said...

Terlalu pnjang sesi bergaduh fan dialog, jd cpat bosan baca

Anonymous said...

@Anonymous yup terlalu lama sesi pergaduhan.. pembaca cpt rasa bosan n skip the story...but good job alia.. stu permulaan yg baik...