Mak... [bab 1]

komen masih diperlukan untuk saya perbaiki dari masa ke samasa. Komen yang membuat saya perbaiki lagi karya saya. TOLONG komen ya

BAB 1


Mak sambut aku dengan senyuman yang cukup lebar. Aku tahu mak memang dah lama rindu aku. Begitu juga dengan aku yang terlalu rindukan mak. Aku pandang tubir mata mak yang sudah berkaca.

Sikit masa lagi, pasti empangan yang ditahan akan pecah. Bisikku.

Setapak demi setapak aku melangkah merapati mak. Dia tidak penat senyum sejak dari aku keluar dari teksi 2 minit yang lalu.  Besar sungguh kasih sayang mak. Aku tidak mengecewakan mak, lalu aku mengenyitkan 
mata agar mak bahagia dengan kenakalanku.

Aku nampak ayah dibelakang mak sedang menahan hati. Aku tahu ayah sebak melihat aku pulang setelah 4 tahun tidak pulang belajar diperantauan. Ya, 4 tahun aku berada di Melbourne tanpa pulang.

Aku bukan dari golongan orang senang. Mujur, aku ditaja belajar kalau tidak pasti mak dan ayah akan bergadai tanah demi mahu melihat impianku tercapai. Aku tidak tahu perkara itu berlaku.

Ayah. Dia sangat ego. Dia tidak akan sesekali menitiskan airmata untukku. Tambahan lagi, aku adalah anak lelaki.  Wajah ayah sarat dengan kerinduan.

Kampung, sungguh aku rindukan kampung halaman. Kampung tak jauh berubah mana walaupun hampir 4 tahun aku pergi. Apa yang aku lihat, halaman rumahku semakin banyak pokok cili padi dan serai. Pasu bunga pun makin bertambah.

Mak memang suka tanam pokok bunga. Banyak bunga kertas, bunga matahari, bunga raya dan lain-lain lagi. Mak memang sangat jaga dengan keadaan pokok bunga. Selalu dibaja dan disiram untuk tubuh subur.

Sekarang, aku berada betul-betul dihadapan tubuh mak. Aku tak tahu samada aku nak menjerit atau menangis. Apa yang aku rasa sekarang, aku sangat sebak dan teramat rindu pada mak.

“Mak…”

“Amirul, anak mak.” Mak tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Aku tahu, sikit masa lagi mak tidak akan mampu berkata-kata lalu terus memelukku. Betul tekaanku, tidak 
sampai 5 saat aku berfikir begitu, mak terus menarik tubuhku untuk didakap. Hangat terasa pelukan mak.

“Mak rindu dengan anak mak ni”. Airmata mak sudah mengalir.

“Saya pun rindu mak. Apa khabar? Mak sihat?”. Aku kekok.

Aku sangat rapat dengan mak sebelum aku melanjutkan pelajar ke luar Negara. Bila sudah bertahun tidak bertemu, hari ini kami dipertemukan semula, aku berasa agak sedikit kekok. Sebab mungkin kami boleh sekata lagi. Barangkali.

“Mak sihat, sayang. Mak sihat sangat. Anak mak sihat? Nampak berisi ye?”. Mak meraba-raba wajah dan tubuh aku.

“Sihat je mak. Makan kena banyak, kalau tak nanti mak susah hati”. Aku berseloroh.

Mak gelak. Lega hati aku.

Walaupun begitu, airmatanya masih tetap mengalir. Dia benar-benar rindukan aku. Tak dapat aku nak bayangkan kerinduan seorang ibu bagaimana banyaknya. Kalau sebuah balang yang bocor diisikan air, maka balang itu selalu akan mengalirkan air dari lubang-lubangnya. Begitulah kasih seorang ibu yang sentiasa mengalir.

“Makin kacak anak mak”.

“Sebab tu saya bangga dengan kecantikan dan kekacakan mak dan ayah. Akhirnya mewarisi pada saya”.

“Amirul ni.. pandai bergurau lagi”. Pipiku diusap lagi.

Aku melepaskan tangan mak yang sedang mengusap pipiku. Lembut. Lantas, aku melangkah kearah ayah yang sedang duduk ditangga dibelakang mak. Dari tadi, aku lihat ayah hanya memerhati sahaja.

Aku tahu, dia sabar menanti aku mara kearahnya. Ayah ego. Dia nak aku datang salam dan cium tangannya. 

Dia nak aku peluk dia, sebab aku tahu dia rindu aku. Tapi dia tetap buat muka keras hati. Ayah..ayah.. tak pernah berubah.

“Assalamualaikum, ayah. Sihat tak?”. Soalku.

Sungguh, aku boleh katakan yang suasana sekarang amat janggal. Aku terasa macam mereka orang asing. 

Oh ya, mungkin baru lagi.

“Sihat”.

Tengok, dia tak nak tanya aku balik samada aku sihat atau tidak. Ayah memang berbeza dengan mak. Kalau mak, seboleh-boleh dia nak tanya apa yang aku makan sampai aku nampak berisi.

“Makin kacak ayah”.

“Alhamdulillah. Ayah bangga kau dah tamat belajar. Lepas ni boleh tolong ayah dekat sawah”.

Sawah? Ayah mungkin bergurau.

“Insyallah, ayah. Mana boleh ditolong, saya akan tolong”.

Aku baru sampai, dan ayah sudah memberi kerja padaku. Ayah tak sensitif langsung. Tapi tak apa, aku tak kisah.

“Awak ni.. anak baru sampai, sudah disuruh kerja pula. Dia lulusan luar negara. Tak kan la dia nak kerja dengan awak!” Mak memarahi ayah.  Berkerut-kerut dahi dia.

“Hakikat, dia anak kampung juga. Tak begitu?”. Ayah mengangkat kening padaku.

Aku cuma tersenyum.

“Ish...” Mak nak sambung lagi.

“Sudah la mak. Apa yang saya boleh bantu ayah, saya akan bantu”. Aku cuba meleraikan. Aku baru sampai, jadi tidak mahu mereka berkelahi. Tapi aku tahu, mereka bergurau manja.

“Betul tu. Mari.. kita masuk rumah. Mak ada masakkan kamu ayam masak kurma. Mari masuk. Kamu mesti dah lama tak makan kan?”. Mak menarik tanganku, menggesa aku masuk kedalam rumah. Berdebar pula rasanya.

Satu.. dua.. tiga.. aku sudah berada betul-betul didalam rumah. Rasa macam hendak tumpah airmataku. 
Rasa macam tidak percaya aku sudah sampai ke tanah air dan rumahku sendiri. disebuah rumah yang dahulunya aku bemain lari-lari dengan kakakku.

Ya, aku hanya mempunyai seorang kakak. Kami hanya dua adik beradik. Mak tak boleh mengandung lagi selepas aku dilahirkan kerana rahimnya terpaksa dibuang. Kasihan mak kerana dia masih inginkan anak.

Tapi tak apa, aku bakal beri mak cucu yang ramai. Tunggu la mak. Jangan sampai tak larat nak jaga je. 
Nakal suara hatiku.

“Betul mak. Lapar sangat”.

“Lapar tapi duduk sini. Mari..mari kita terus ke dapur. Letak beg situ nanti ayah bawa kan masuk dalam bilik”. Mak kerling ayah yang sedang membontoti kami berdoa.

Aku memandang ayah yang sedang mencebik.  “Mak kau..” Tutur ayah perlahan.

Tercuit hatiku. Aku rindu suasana ini.

“Mak nak manja dengan anak kesayangan dia la, ayah”. Balasku.

“Ayah kamu cemburu la tu tak dapat nak bermanja dengan mak bila kamu dah balik”. Kata mak pula.

Memang mak dengan ayah tak pernah berubah.

“Jangan cakap lebih, tua-tua ni makin kuat merajuk.” Kata ayah.

Aku geleng kepala. Tak nak cakap apa-apa. Mak kuat merajuk. Nanti jadi hal pula. Aku terus memaut bahu mak dan menuju ke dapur. Aku mula terasa okay dari tadi. Tak rasa kekok lagi. Tak sabar nak rasa masakan mak.


Ayam masak kurma adalah kegemaran aku. Dulu, mak susah nak masak kalau aku minta. Bila dah berpisah, mesti mak menyesal selalu tak tunaikan keinginan aku kan. Aku rasa la.

No comments: