Aku bukan peramah

'Aku tak suka orang yang peramah' .

'kau tak suka, diri sendiri pun peramah'

'Aku bukan peramah'.

"ek eleh , poyo je kau tak peramah'


Watlek , watchill. uollss kena la tahu apa maknanya dengan peramah. Jujur aku kata, aku bukan jenis yang peramah. Sebab tu kali pertama pandangan orang tentang diri aku , adalah aku seorang yang sangat sombong,belagak dan sejagat dengannya la.

Aku jenis yang bukan peramah. Nak menegur orang memang tak lah jauh sekali. Itu untuk pertama kali kenal la. Habis tu, sikap aku yang macam mak nenek tercabut gigi ni nak dipanggil sebagai apa?kalau bukan peramah , pemarah ke? atau penmerah ke? Itu la silap korang. Ecece, silap korang takboleh blaa tu.

Aku bukan seorang peramah. Tapi seorang yang becok. Kalau peramah ni, orangnya agak formal sikit.Contohnya kalau dia jumpa aku 'assalamualaikum Alia , sihat ? dah makan?' . Oh Ples aku memang sangat rimas dan tidak suka dengan sikap aku kalau begini lah rupanya.

Bukan aku tak suka orang lain yang bersikap macam nie. Eh , bagus kalau bersikap peramah ni, sebab orang sayang. Tapi kalau aku yang berperamah ni memang orang baling kulit durian je la dekat aku. Memang tak sesuai dah eyuuu , macam peliks je aku jadi sopan alsantun macam tu.

Beza pulak dengan orang becok nie, dia main aci redah je. kalau yang sopan sikit macam aku nie , dia akan mulakan 'salam' dulu la. Contohnya 'Assalamualaikum , Woih ! kau buat apa tu, kau mengumpat je kerja kau eh' Itu versi aku yang sopan skit. Kalau becok versi ganas main tak reti nak beri salam tu, malas la nak bagi contoh. Faham-faham je la, terutama orang melaka. I orang Melaka jugakk youuu ! bahasa kasar tapi hati manyak baikkk maaa .

Itulah aku cuba sampaikan. Kalau orang kata aku peramah, macam nak terburai taik telinga aku ni dengar. Tak boleh nak sampai ke eardrum. Tersekat kejap! mana boleh aku peramah, macam tak sesuai je. Aku ni becok, dah aku senang dengan sikap becok aku nie. Kata orang macam murai tercabut ekor.

Sebab aku ni jenis bukan wanita melayu terakhir kan, jadi aku main asal boleh redah je.Tapi tak jugak semua aku tak segan, Kalau berhadapan dengan orang aku suka, aku malu meaw-meaw la. Hikhik.

Jangan tayang muka pelik kalau aku kata aku ni tak peramah. Sebab peramah ni agak formal sikit budak-budaknya ye. Biasanya peramah ni budak cerdik dan baik-baik. Kalau becok ni budak yang paling pandai dan budak paling baik. Haks . Sila muntah ke tandas.

Ye la, lagi satu , aku jenis tak kan tegur orang atau beramah mesra macam datang jamuan raya tu dengan orang yang aku baru je kenal. Biasanya kalau dengan orang yang aku baru kenal, aku akan buang sombong bodoh versi cerdik pandai aku tu je. Malas aku nak berkenalan dengan orang. Nak berkenalan bila kita dah berborak pepanjang nanti baru la tanya duduk mana, nama sape. Ha! biasanya dorang mulakan dulu. Aku tak akan nak join sesi beramah mesra. Sekian kbaiii

'inshaallah , kita akan ditakdirkan bersama'


No comments: