Dah nak exam dah nie !

Sekarang ni kami dah start busy. Walaweyy , busy la sangat, kentut bacin je la busy tu. Sebenarnya tak la busy mana kalau buat kerja atau assigment tu awai-awai kan, ni masaalah aku ni suka sangat membusykan diri dengan drama dan juga facebook. Kesudahannya busy tak bertempat.

Tapi...Tapi.. Ade sebab juga tension, sebab ade exam for half mark final.Stress aku nak study la last minit gini. Acece ! macam la aku ni gadis struggle, geli ketiak baca.


Gambar ni takde kena mengena dengan entry nie. Dulu kecik-kecik bercita-cita nak jadi model, tapi sekarang berat dah terlebih, terpaksa matikan cita-cita tu. Itu pasal yang sekarang meroyan bergambar posing sane sini , bikin perasan cantik ajo.

Minggu ni last Kelas. Maknanya esok la last kelas. Bebas sebebas-bebasnya. Lepas ni study week , lepas tu exam lepas tu aku nak balik Melaka, lepas tu aku nak habiskan duit tengok movie kat wayang Malaysia ni. Itu die, belagak macam kaya dan bekerja. Hasyik nak menghabiskan duit je kojo.

Minta jasa baik rakan blogger yang lain, doakan kejayaan saya untuk sem 3 ni ye. Lepas ni cuti dua minggu je masuk balik sem 4 lepas tu bulan dua tamatlah pengajian aku. Huh ! legaaaaaa.

Tapi debor pulak entah dapat ke tidak sambung degree di UM KL tu, entah la , sekarang ni hati aku berbelah bahagi la, firasat hati ingin sahaja aku tukar U , nak masuk UIA ke atau USIM , tapi dalam masa yang sama sayang nak pergi dari UM. Biar takdir menentukan segalanya. Amboi ! ayat macam soal jodoh je.


Doakan semoga aku dipermudahkan untuk jawab soalan nanti ye, terutama MATEMATIK. ayoyo ma, manyak pening la nak belajar MATEMATIK ni. Sumpah beb ! aku memang lemah sikit kalau bab MATEMATIK nie. sakit jiwa otak dan kepala aku nak study, tapi demi masa depan yang cerah , ha kawww  ! akan aku gagahi juga mempelajarinya. ! Gituuuu Alia !


Inshaallah , semoga semuanya berjalan lancar. Alia , dont lazy-lazy ya. Beruntunglah kau sebab ade kawan yang suka memaksa kau walaupun pada awalnya kau tak suka, now look , kau ade sedikit perubahan !

okay , tu jerr kot. Sebenarnya takde benda pun nak cakap, ni saje je nak menaip sebab rasanya dah lama tak mengupdate blog. Ha gittuuu , lama la sangat padahal baru semingguu. kbaiiii.


'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'


No comments: