Sahabat 11 tahun

Before baca entry nie , tolonglah sucikan otak dan fikiran anda semua keyh ! Pertama sekali , memang aku dapat idea nak buat entry ni dari blog kak yuyu pasal video sahabat nie. Eh , aku takde niat nak tiru cuma , iye la orang kata nak menghargai sahabat.

Bila tengok kak yuyu buat je video tu, aku terus carik link nak buat jugak. its simple. Simple gila nak trauma la aku kata. Senang habis la.


Kenapa pulaks aku nak buat video nie? sebab aku memang tertarik dengan apa-apa yang berkaitan dengan video sahabat baik. Aku ni nak kata obsesi atau fanatik giler dengan kawan baik tu, idok ler. Tapi aku juga punyai sahabat baik yang aku kenal sejak bangku sekolah lagi. blaa..blaa. benda yang sama akan aku ulang setiap kali aku cerita pasal dia.

Kami tak sweet macam persahabatan orang lain. Dulu masa sekolah, iye, gossip membuatkan kami rapat. Tapi bila dah meningkat dewasa nie, masing-masing dengan urusan masing-masing. Jadi kami susah nak luangkan masa bersama.

Kekadang tu aku cuba juga nak fahami dia dengan situasi dia sekarang. Tapi tu adakala aku kalah dengan perasaan sendiri sehinggakan aku kecil hati dan hantar la masej yang kononnya menunjukkan aku kecik hati dengan dia.

Bebaru ni birthday dia. Awalnya aku memang tak ingat giler sampai la aku bukak facebook aku tertengok beday dia hari tu. Aku nak wish, tapi disebabkan aku sakit hati kerana dia semakin jauh dengan aku makannya aku buat diam diri je la.

Kami tak sweet mana pun. Dulu , dia memang ada masa aku sedih atau gembira, but now kitorang dah jauh. Eh , bagi aku jauh dimata je tapi dekat dihati. Aku bagi dia ? Entah la. Up to herself.


Benda yang buat kami kekal sampai sekarang walaupun dah kelihatan sikit renggang adalah sikap kami yang sama la kot. Cuma dia baik sikit. Dia selalu dengar kisah aku yang agak membosankan.  Walaupun sometime mulut dia agak celopar, but aku tengok sekarang dia dah insaf. Mulut dia tak celopar lagi. Sorry Hanan.

Dia selalu sokong aku tak kira apa benda aku buat. Kalau salah pun dia sokong benda baik pun dia sokong. ada sekali tu masa zaman sekolah , dia tolong aku tipu ummi aku yang aku ponteng kelas masa tu. penat-penat dia cover kan untuk aku rupanya ummi aku dah tahu dulu. Tapi dia jugaklah yang kekadang mengkantoikan sesuatu.

Contohnya aku tak nak gi kelas tambahan , jadi aku takde la bagitahu ummi aku. Datanglah baik hatinya dia, dia boleh datang rumah aku bagitahu ummi aku yang kitorang ada kelas. Tak ke haru jadinya. Alahai !

Tapi takpe. She always being my Bespeghenggg forever and ever . Dah 11 tahun key bukan seminggu.

Tonton video khas untuk dia.


'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: