Wanita melamar lelaki ?

Macam mana cara perempuan nak melamar lelaki ?

Seperti yang kita semua sedia maklum, bila seseorang ingin melemar seseorang itu. Dia hendaklah menghantar wakil untuk bertemu si dia dan menyatakan hasrat. Tidak terkecuali juga jika si wanita yang ingin melamar si lelaki. Caranya tetap sama. Hantar wakil atau wali untuk bertemu lelaki itu kemudian menyatakan hasrat si wanita.


Macam mana pula kalau perempuan tu sendiri yang nak luahkan?

Ada juga sebahagian perempuan yang tak nak guna wali atau wakil mereka. Dia sendiri nak pergi melamar lelaki tersebut. Boleh. Kalau pada pandangan aku dan bebarapa artikel serta pandangan rakan-rakan yang aku pernah baca dan dengar. Boleh ! asalkan tidak terbawa-bawa sampai melalaikan.

Maksudnya disini..Kalau perempuan tu sendiri luahkan. Dia kena hadapi sendiri sebarang jawapan lelaki itu. Masa itu dia harus tekad, seandainya lelaki itu menolak dirinya.. maka dia tidak perlu terhegeh-hegeh lagi. Anggap sahaja itu tiada jodoh. Nyatakan hasrat dan kalau ditolak. Nokhtah.

Luahkan hasrat ingin melamar dan bernikah dengan si dia. Bukannya ajak berkapel atau bercintan cintun.

Istilah Pergi cari timba?

Perbuatan wanita melamar lelaki bukanlah sesuatu yang menjatuhkan maruah wanita itu. Justeru itu meningkatkan darjat wanita itu kerana dia tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya. Tiada istilah perigi cari timba dalam islam.

Sedangkan kita sendiri tahu macam mana Siti Khadijah melamar Rasullah demi kesejahteraan dan kebahagiaan dirinya di dunia dan di akhirat. Allahurabbi.

Sekiranya lelaki itu menolak dengan cara baik, maka tekadkan dalam minda. Dia bukan jodohku. Seandainya dia menolak dengan cara yang cukup kasar dan seolah-olah menghina. Maka bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kau terhindar dari lelaki yang tidak tahu menghargai seorang wanita yang berani mempertaruhkan dirinya melamar seorang lelaki.


Dia juga adalah lelaki yang rugi kerana menolak wanita yang ingin memilihnya menjadi nakhoda hidupnya.

Jadi ada sesiapa nak aku melamar dia ? Acece. Gurauuu je. Sekadar kongsian hasil bacaan banyak sumber. Terima kasih. Kbaiii

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik nadya said...

Heee. thanks perkongsian ni..
dlm pemikiran nak melamar 'sidia' . InsyaAllah kalau btl die jodohku. Alhamdulilah :)