Latihan muntada

Ni adalah sem terakhir kami sebagai pelajar asasi universiti malaya. Rasa macam sedih je..macam sedih je..macam nak nangis je.

Esok kitorang akan berlakon dalam muntada. Berlakon dalam bahasa arab lah kan. So far, latihan sangat baik dan bagus. So far la sangat padahal dah takde latihan lagi lepas ni. Aku akan merindui semua ini. Cis ! rasa sebak la pulak tetiba.

Serius weh ! sem ni rasa macam kitorang rapat sangat. Rasa macam tak janggal nak bercakap dengan sesiapa pun. Rasa dorang semua sangat baik , lelaki mahupun perempuan.

Kenapa rasa nak nangis pulak nie ? Tacinkk betui la kau ni Alia oi !

Latihan muntada ni sangat simple gile. Sampai ada yang tak datang pun tak beri kesan sangat. La sangat. Tapi alhamdulillah , semua boleh tolak ansur dan bagi kerjasama. Tak la rasa bengang yang amat sangat kan, kan. Happy je semua.


Tekun tak dia ? Ha ! ini bahagiaan Multimedia. Hidup si kumbang ni sering di kelilingi si bunga. Gituuww


Achaaa Bette ! budak poyo tengah nangis lah pulaks kan. aku tak faham gambar ni paling dapat banyak like ke tempat aku post . Giler koo Amar ramai peminat !


Ini babak aku pulaks kan. Aku ni sebenarnya cakap tak banyak mana pun. Sebaris je ayat aku. Tapi melantak masuk scene habis semua aku ada. Gila publisiti kooooo Alia.


Jejaka-jejaka gantengggg yang kacak bergaya handsome lagi smart lagi cerdik tambah macho ! Whoaaa


Koooooo . Siapa pulak yang melantak minum air kat situ. Aku tak bertanggung jawab atas gembar nie k !


Ini pulak part ala-ala kuch-kuch hota hai gitu... Pujuk memujuk bagi semangat youuuu . kbaiiii

Harap sangat muntada esok adalah yang terbaik diantar empat sem. Hope so..

Itulah kenangan. Kenangan yang tercipta takkan pernah lebur begitu sahaja. Sekali pandang rasa benci, bila sudah dikenali , ripati , disulami hatinya. Barulah cambah rasa sayang dan cinta itu antara sahabat. Serius nie. Sebak k !

kenangan itu datangnya hanya sekali. Tidak sesekali ianya akan berulang. Kenangan itu tak akan tercipta tanpa rasa pahit dan manis. kenangan itu indah.

Tadi rehasel kan. Rasa okay je la.   Harap esok berjalan seperti yang dirancang. Amin.


'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: