Jangan taksud lagi !

Hoi..Hoi..


Demam 'Love you Mr Arrogant' dah habis dah pun. serius k, aku memang terasa sangat. Jiwa aku terasa macam merindu sahaja di Am + si Zara tu. Ni aku malas ni. Hati aku pun rasa terindu-rindu je watak si Am tu. Gila weh !

Gila ko.  Bayangkan kalau aku dapat laki macam Am tu. Memang hari-hari aku masak sedap-sedap bagi perut dia buncit. Lepas tu aku belikan diri aku baju memahal agar dia tak pandang pompuan lain. Memang hari-hari aku jadi bibik yang cun melecun kemas rumah. Ha kaww.. sampai macam tu sekali.

Hati aku rasa lain sangat dengan LYMA ni. Bukan apa..mungkin silap aku jugak kot.Aku ni bukannya boleh taksub sangat akan sesuatu tu. Bila dah taksub tu macam ni la jadinya. meroyan tak tentu pasal.

Dah kenapa kau Alia?

Ni aku malas ni..Ha .. ni aku malas ni. aku cukup pantang kalau aku jadi macam ni. Aku masih terkesan lagi dengan watak Zara tu. Gila koooo Alia oii.

Dulu.. memase dulu aku layan gak Sebenarnya saya isteri dia dengan setia hujung nyawa. Tapi sumpah beb! sumpah k . Aku tak rasa macam sekarang pula. Lain pula feel dia. Mana taknya.. tonton dapat kutipan penonton 4.6 juta. Gila koooo.

Itu la.. itu la salah aku. Memang la akan ada kata aku taksud sangat. Memang pun. Aku akui tuuh. Sebab tu aku lagi suka tengok cerita telemovie. Sebab dia sekali je. kalau drama bersiri ni kita kena la ikuti perkembangannya. Nah ! ini la hasilnya jadi aku macam ni.

Masaalahnya.. salah aku ni sebab aku follow citer tu dari episod 1 kot. SATU tauuu. Kalau cerita lelain, mesti aku akan skip awal episod. Ini dah la aku tak skip lepas tu siap boleh main ulang-ulang pula dia. amboi-amboi. Naya dah tu cik Alia oiii.


Cukup ! cukup la duhai hati. Jangan duk memikir sangat pasal LYMA tu. anggaplah ianya hanya satu hiburan yang datang menyapa hatimu dah kemudian pergi. cukup ! jangan fikir lagi.

Ish ! lepas ni hadkan dirimu cik Alia oi tengok 'playboy itu suamiku'. ok ! Jangan tengok k. Eh,, boleh layan tapi jangan taksub. tengok ! sampai dah rerindu pula dekat Am tu. Yang crush aku tu aku dah lupa ke? alahai ! sedihnyaaaaaaa.. rindunyaaa Am.

Over lagi kau Alia. dah ler tu. Bawak bertaubat sikit. pergi mengaji lagi baik. Tambah pahala. Huh ! insaff

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

Cik Nadyya said...

heee mesty tgok citer ni dr episod 1 kan? naseb la ngok episod2 last jee :P