ni betul-betul tak ada hati



Kisahnya baru balik dari hantar adik ke asrama. Yuhuuu.. kena balik asrama.

Benti kejap solat maghrib dekat masjid melaka pindah. Dalam perjalanan balik dari tandas nak masuk ke dalam bilik wuduk.

Oh mie, N*** kirim salam. Tak tahu la dia kirim salam dekat siapa, tapi dia cakap kirim dekat semua.

Dia masej kau ke?

Akak yang masej dia. *gelak, mesti mak aku marah sebab aku terhegeh-hegeh lagi dekat dia.

Dah la, lebih baik kau tumpukan cinta pada Allah *cewah, sejak bila?

Tak la, akak pun tak nak dekat dia lagi. Hati tak terasa apa-apa lagi. Saje je masej.

Eleh, hati dah terpikat dekat tutt...

Yang tu pun akak tak ada hati ah *Nada geram.

Aik? Bagus la kalau macam tu, kau tumpukan je la dekat belajar kau kak.

Tak mau ! Tak mau ! Dekat belajar pun akak tak ada hati *Saje berseloroh.

Amboi, ni bebetul tak ada hati sampai dengan belajar pun tak ada hati.

Baru tahu rasa kecewa macam mana.

Huh, Hati tu masih ada cuma minta sangat ada penghujung. Bukan apa letih la salah suka orang. Kalau boleh nak Allah tutup hati ni sampai bertemu dengan yang betul-betul. Tapi masaalahnya sekarang hati dah terusik sikit. Nak buat gano? Hm, Biar masa penentu segalanya.

1 comment:

Cik Nadyya said...

amboii smua xde hati. bahaya ni. hahaha :p