RESULT UPU- Dapat kos law

Syukur.. syukur.. Alhamdulillah.

Alkisahnya memang ler debor gila kot. Sampaikan sepatutnya hari selasa tu aku gi ikut umi gi Seremban terus tak jadi disebabkan UPU result.

Uish, padahal nak tahu course apa je kot, yelaa.. aku risau kot-kot la tak lepas kennns.

Pagi tu bangun terus kemas rumah kecuali bahagian dapur sebab dah terbengkalai bila menghadap wassap dekat group. Memang ada yang dah cek. Dah lulus dapat course mana. Aku masih termangu-mangu. aku nak cek guna online, nternet aku masa tu tak cukup nafas.

Maka, aku pun masej. Tang tu pula tak balas-balas. Jammed kot sebab ramai sangat cek.

Dok sini cakap ekonomi, dok sini cakap dapat muamalat. Perghh, semua dah dapat.

Tak aci!

Tak aci!

Tak aci!

Maka aku minta tolong Wan Nur Ain dengan Sufi Nur Alia cek kan untuk aku. Pergh, masa tu rasa macam nak akad nikah ah, debor macam nak amik result SPM. Kenapa la ada semua benda ni? Buat darah jadi rendah jerk.

Weh, kalau aku tak lepas sambung dgree ples jangan balas masej aku. *Cewah, sejuk kot tangan masa tu

Okay Alia, insyallah dapat

Sungguh aih, aku memang dah nak pengsan. Masa tu aku doa sangat lepas sebab almaklum la MUET aku tak lepaskan, jadi risau gak. Aku doa supaya aku tak dapat pilihan pertama sebab aku dah sedar diri. Haks. Pilihan pertama aku Law, kedua ekonomi dan ketiga muamalat. Ceet.

Wasap masuk. Dup..dap..dup..dap..

:(  *Pergh, ni kurang asam. Memula wasap dia hantar macam ni punya rupa. Si ain nie la. Punya la aku rasa nak terberak masa tu. Sedih kot bila dia hantar emoticon macam tu. Sobs.

wasap masuk lagi.

Tahniah Alia,
Dapat law,
pilihan pertama ke?

Kuajak ! Kuajak ! Ain kenekan aku. Aku dah macam nak nagis masa tu. Sedih ah. Rupanya dapat law weh ! aku baru nak menjerit tetiba wasap Sufi laks masuk.

Tahniah Alia, kau dapat undang-undang. Siap bagi bukti.


Cis, cis. Tersengih aku walaupun hati aku meronta-ronta. Aku menjerit juga nak lepaskan rasa hati. Aku rasa nak menangis bila dapat law. Aku akui memang aku suka gila dapat law nie, tapi ada serba sedikit kekurangan aku yang membuatkan aku down pula.

Act aku bukan apa, aku penah kena dulu suatu ketika dahulu. waktu habis SPM.

Aku ingat kekawan pertikaikan result SPM aku sehingga aku dapat masuk UM. Jadi aku takut kalau kejadian ini berulang kembali. Orang pertikaikan kemampuan aku nak amik LAW. Aku harap sangat semuanya baik-baik.

Btw, thanks all atas ucapan TAHNIAH. Doakan saya boleh buat semampu saya dan berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi. Insyallah.