Dilema solat istikharah

Solat Ishtikharah ?

Untuk seumur hidup aku, benda yang paling aku takut dan cuba elak nak buat adalah solat istikharah.

Aku ni jenis manusia yang ditakdirkan hidup dalam muka bumi jenis yang berusaha kearah sesuatu. Maksud aku, kalau aku suka, aku akan berusaha sehabis mungkin walaupun ribut petir segala bagai. Aku akan pastikan benda tu tercapai.

Sebagai contoh, kalau aku suka someone, aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan dia. Aku akan berusaha bagai nak rak tak ingat dunia tahap gaban kuasa keempat belas.

Kalau aku tak suka pula, aku tak reti nak sembunyikan.

Eh, senang cerita aku bukan jenis hipokrit la.

Okay berbalik pada istikharah.  Apa kaitan?

Aku pernah buat istikharah masa aku form3 nak masuk form 4 sebab aku kena buang asrama jadi aku nak bla dari sekolah tu sebab aku dan fedap. (masa tu aku gaduh dengan besfrend aku sebab rebut jantan) Sengal siak bila ingat balik. HAHA. Kenangan.

Masa tu aku tak nak buat pun sebab aku memang dah tekad nak pindah. Bapak aku suruh gak buat sebab dia nak aku fikir betul-betul.

Aku pulak aljenis yang kalau dah tak suka aku tak reti nak pura dan kalau aku nak, aku akan buat apa sahaja. Haaa.. nampak tak berkait dengan apa contoh yang aku bagi kat atas tadi.

Okay..

Aku buat gak istikharah tu. Tapi masa tu muda mudi, jadi aku buat tak ikhlas jerk. Aku solat, tapi aku tetap dengan keputusan aku nak pindah sekolah.

finally,

"walid, akak dah buat solat istikharah dan akak nampak sekolah lain"

Podah aci, padahal masa tu tekad keras hati nak pindah gak. Takde maknanya nampak petunjuk bagai. Nipuuu kau alia. bapak aku redhaaa je la tak kan nak paksa kan.

So, kesudahan, aku sangat menyesal pindah sekolah.

Aku sangat meroyan bagaikan orang gila talak nak balik ke sekolah lama aku. Tapi akhirnya, aku belajar menerima sekolah baru. Susah dan ambil masa juga untuk aku mencintai sekolah baru. Masa baru masuk pun dah kena serang dengan budak sekolah tu dan kena panggil dengan pengetua sebab perangai dajal aku nie ha.

Aku dah cakap kan, kalau aku tak suka, aku akan buat cara tak suka. Kalau aku suka, aku tak akan sembunyi kan rasa tu.

kali kedua aku buat solat istikharah adalah pasal jodoh.

Aku ada suka sorang mamat ni sejak kali pertama aku jejak kaki Asasi UM dulu. Kalau sampai la nie, ada la dalam 2 tahun setengah aku tunggu dia tanpa dia balas perasaan aku.

Aku balik mekkah, dan kat sana aku ada berkenalan dengan seorang mamat nie. Bukan berkenalan dekat sana. Dah balik Malaysia baru dia cari aku masej dan call bagai.

Masa tu Allah beri aku satu kekuatan nak buat solat istikharah. Sebelum nie, aku tak akan buat sebab aku tahu aku memang sukakan mamat Asasi tu. Aku tahu memang aku tak ada pilihan lain.

Lagipun orang kata kalau kita solat, lepas tu Allah dah bagi pilihan tapi kita tak ikut dan nafikan nanti Allah akan murka. Oh men, Aku tak nak dapat kemurkaan Allah walaupun aku banyak dosa. Cukup-cukuplah tu dosa yang aku ada. HAHA. Alasan !

Aku takut, serius aku takut nak hadapi petanda yang Allah akan bagi seandainya dia bukan jodoh aku sebab tu aku tak pernah buat solat istikharah.

Tapi akhirnya aku buat,

Aku benci ! dan aku tak nak buat lagi. Sebab aku tak tahu apa sebenarnya jawapan pada istikharah aku. yang pasti aku keliru dengan perasaan aku dan aku  tak akan buat lagi. Aku takut kalau2 masa aku buat solat istikarah tu Allah dah bagi petunjuk nyata tapi aku tetap berdegil dengan keputusan aku. Jadi aku ambil keputusan untuk berdiam diri dan lepaskan segalanya. Aku tak nak fikir tanda2 atau isyarat serta jawapan yang mungkin Allah dan tunjuk melalui mimpi dan gerak hati.

Aku takut sampai sekarang.

Aku terus berhenti tak buat solat istikharah lagi.

Untuk sekarang, aku juts follow the flow. Siapa yang aku berkenan, aku akan luahkan je. Aku tak nak bebankan hati sendiri. Terpulang pada dia nak terima tak aku. for sure, aku pasti akan menangis kecewa. Aku harap aku tak nangis saat direject.

Begitu alkisah solat istikharah aku.

Sampai sekrang aku tak akan buat solat istikharah lagi.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti aku ada pilihan jodoh (cewah) , aku pasti akan meminta keluarga aku yang buat solat tu. Aku takut sebab aku jenis ikutkan perasaan semasa. Kalau suka, aku tetap dengan suka tu. kalau tak suka, aku tetap tak suka tanpa kompromi.

Sekian terima kasih.


*gambar bukan sekadar hiasan tetapi sejujurnya sebagai semakan. Hee. Wif bestie :')

2 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

ehemmm hehehe

Cik Nadyya said...

fuhh hebat.. nadyya xpena bt solat istikharar.. huhu