4 step untuk perubahan lebih baik

Belajar untuk berubah diri.

Time going without come back.


Taubat masih dibuka untuk yang mahu bertaubah. Persoalannya kadangkala hati ingin berubah tapi kenapa selalu ada halangan.  Step pertama. Set otak nak berubah, lakukan saat itu juga. Jangan ditunda.

Susah sebenarnya nak berubah, nak-nak kalau kita dikelilingi kawan yang tak support. But untuk aku, Alhamdulillah sebab Allah kurniakan aku sahabat yang sentiasa dorong aku untuk berubah. Silapnya disitu, aku cuba menolak semua tu.

Sedih kot bila kita rasa Allah semakin jauh.

Aku rasa benda tu sebenarnya. Tak takut buat dosa itu adalah benda yang paling menyedihkan berlaku dalam hidup kita. Rasa masa tu Allah dah jauh sangat dengan kita. Cuba la dalami perasaan tu dengan berfikir kenapa aku masih lakukan dosa dan Allah langsung tak beri peringatan pada aku. Allah tak sayang aku lagi ke?

Tears.

Jum kita berubah sama-sama.

Lets take small steps everyday then you will eventually get there. Nikmat iman dan islam.

Cari sahabat yang muslimah. Biar kita cemeot macam tu tapi kita cuba untuk berubah. Dia akan faham dan bimbing kita perlahan.

Aku share benda ni bukan nak mendabik dada tunjuk nak jadi baik. Tapi as a muslim, aku nak share agar kita sama-sama boleh berubah. Terutama for girls.

Kiamat makin dekat. Aku takut tak sempat bertaubah sebelum kiamat. Masa tu pintu taubat dan tertutup. Sementara ada waktu, kita manfaatkan dengan bertaubat. Kita berubah perlahan-lahan.

1- Pakai stoking waktu keluar.

Aku akui, ini adalah benda yang paling sukar nak buat. Sampai sekarang aku tak istiqamah buat benda ni. Sejak 3 hari yang lalu, aku cuba pakai bila nak ke kelas. Tapi bila ke kafe aku tinggal juga. But its okay, kita cuba perlahan-lahan.

Aku ada kawan yang dimana dia akan paksa aku pakai stoking malah dia tak akan berganjak selagi aku tak pakai stoking. Kaki tu aurat. Walaubagaimanapun ada selisih pendapat ulamak mengatakan kaki boleh dibuka pada waktu tertentu sahaja. Khilaf.

2- Labuhkan sedikit tudung bawah dada.

Alhamdulillah, perkara tu agak mudah sikit aku nak buat memandangkan shawl yang aku beli majornya labuh dan lebar. Semuanya inspirasi dari Dena Bahrin dan Irine Nadia juga. Thanks a lot. Tapi kadangkala terpendek juga. Tapi aku sentiasa akan pastikan cecah bawah dada walaupun betul2 hanya 2 inci labuh bawah dada. HAHA. Asalkan ada istilah labuh bawah dada.

Sebenarnya, bagus juga labuh bawah dada. Nak jaga sebab benda tu kan aset. Apa yang aku buat belum 100% aku buat. on progress. Doakan istiqamah.

3- Al-kahfi hari jumaat.

Fitnah dajjal. Sebut al-kahfi memang sinonim dengan Dajjal. Aku cuba nak selesakan hari jumaat aku dengan 10 ayat pertama dan akhir sura al-kahfi. Mungkin nak baca satu surah, tak mampu. Aku cuba buat 10 ayat awal dan akhir.

Kita kena ingat, ayat ni hanya selamat untuk si pengamal. Kalau kita amal, tapi mak ayah tak amal. Kita tak mampu nak bantu mereka kelak. Jum kita amalkan satu keluarga. Cuba pelan-pelan.

4- Make your life easier.

Tak ada kehidupan yang mudah. Kita lalui kehidupan dengan mudah. Jangan takut nak hadapi kecundang. Memang hidup akan dirundung pilu. Tapi kita kena pilih untuk bahagiakan hidup sendiri. Jangan pernah seksa hidup sendiri.

Buat apa yang hati nak buat. Jangan simpan dan jangan pendam. Jangan buat hati sakit hati. Senangkan dan bebaskan diri sendiri.  Mudahkan hidup sendiri. Kita pilih jalan kehidupan kita sendiri.

Buat masa ni, ini adalah antara benda yang aku sedang praktiskan. Aku tak mampu nak buat banyak sebab yang 4 ni pun aku masih terkial dan asyik terlupa je. Aku kena mantapkan dulu yang 4 ni baru aku akan tambah-tambah yang lain.

So, korang macam man? Tak nak berubah ke?

Allah masih beri masa dan gerakkan hati untuk berubah. Jangan tolak sebeliknya terima dengan hati terbuka. Takut nanti tolak, Allah tak beri lagi. Takut.

Cuba kita uji diri sendiri. Nak tahu hati kita dah penuh dan sarat dengan cinta Allah ke belum. Kalau kita dengar azan pun hati kita boleh tersentuh. Inshaa Allah, maknanya Allah dekatlah dengan hati kita.

Moga bermanfaat. ^^

1 comment:

nuargto said...

Terima kasih di atas perkongsian info yang berguna untuk kaum hawa... ;)