Trip to Singapore [2]

Part 1
Part 3
Part 4
Part 5

First day selepas sampai

Okay, Masa kitorang sampai je dekat airport Changi, terus bergambar kejap dekat tempat yang banyak bunga-bunga tu.


Lepas tu masa nak lepas imegresen tu kitorang ada masaalah sikit. Naib baik ada pak cik tu tolongkan. Kalau tak memang berejam la duk kat situ.

Lepas tu kitorang keluar duk tunggu Hana kawan kitorang yang akan amik jam 3 petang. Padahal masa tu baru pukul 1.30 camgitu la.

So, kitorang gi tanda and beli makan dengan burger king. Well, very cheaper.

1 botol float around Dolar 0.96 kalau convert kepada RM dalam 2++. Sedangkan kalau kat Malaysia harga float je hampir RM5. So memang betul la kata orang makanan dekat singapore sangat la murah. Tinggallah di singapore. Hew.


Changi airport ni memang bersih dan agak menakutkan sikit sebab banyak pula akar bergelimpangan. Seram aku kalau tetiba dia tembak aku. Hiks.


So yang tudung hitam tu la coursemate aku namanya Hana. Dia singaporean. Masa ni kitorang dalam bas nak menuju ke TM ( Tampines Mall ) 

Hari pertama memandangkan memasing penat so kitorang hanya cuci mata dekat Mall tu je. So masa kat sana aku sempatlah rembat spek dalam harga 10 dolar. Hana pun sama ambil satu.


Okay lepas tu dalam jam 8 malam kitorang gi foodcourt dekat rumah flat tu. Penginapan kitorang dekat rumah makcik kawan aku tu. Alhamdulillah, dah jimat sedikit duit.


Kitorang makan ni sedap sangat. Korang boleh la order mee goreng mamak dia. Lain sangat dari Malaysia sebab kalau kat sini mee goreng dia kaler merah pekat tu. Merah dia bukan pedas tapi korang boleh request la kalau nak pedas.

Lepas makan kitorang terus naik tidur. Masa balik kitorang guna taxi. Kalau dekat singapore, taxi yang berwarna hijau maksudnya tak ada penumpang. Tapi kalau kaler merah maksudnya ada penumpang.

So nasihat aku kalau uollss nak datang Singapore dan tak ada kenalan dekat sini, mungkin RM1000 pun belum tentu cukup melainkan korang nak pergi sehari atau makan dan tinggal dekat area johor. Macam kitorang 100% singapore . Mujur tempat tinggal dan makan pagi orang sediakan. Kitorang hanya gunakan untuk makan tengahari dan malam sahaja.

So, the end of first day. We alls tidur lepas tu.

1 comment:

Syira Lokman said...

bestnya jenjalan..jaga diri...