Hari Yang Suram

Hari ini celik sahaja mata , minta sangat apa yang diberitakan malam tadi hanya mimpi semata . tapi tak same sekali. memang inilah yang terjadi, aku masih mengharap adikku ade dibiliknya walaupun aku tahu dia dimana sekarang . ya Allah ,hatiku pilu.

bila bangun je masa tu dah jam 10 lebih kurang macam tuh la. makjah dengan maklang dah ade. aku datang , tengok ummi dengan makjah dah bergenang airmata . mata ummi dah bengkak dah time tu . makjah mata dah merah , tp maklang je lah cuma dia sebak je tapi tak memangis  mata ummi memang dah sembap dah .


pagi tu , asalnya walid taknak pergi tengok asyraf . sebab walid kata dia nak ajar acap tu supaya tak buat lagi, tp bila ummi dah menangis , walid pergi jugak . ya Allah ,sedihnya adik aku ditempatkan di balai polis batu berendam.

hari ni dorang akan naik makhamah untuk dapat perintah reman berapa hari . sedihnya bila kak long ceritakan saat itu, kesian sangat . abang aku memang dah berjurai airmata . busu sai cerita , memang sebak tengok dorang , tp sempatlah busu sai jumpa dan sempat bagi dorang makan roti dengan air tea . tp berebut-rebutlah.. :'(

ya Allah, macam mana keadaan mereka .. ? dorang kata pagi tadi makan nasi dengan kangkung je , sedangkan aku suruh ummi masak nasi ayam ? terlalu besar beza kami :'( adek aku entah berselera ke tdak makan tu, tp aku makan bertambah-tambah . kejamnya aku ...

Alhamdulillah lah dia tahu yang pagi tadi walid ade datang tengok dia . kesian dia ... kesian dia .. aku tak snaggup nak bayangkan hidup dia macam mana . kata pak jang , acap baik, ye adik aku baik,,, aku yakin dia tak mungkin buat semua ni .. aku tahu adek aku tak mungkin buat benda nie , tak mungkin abang aku buat semua nie dan tak mungkin anak buah aku fazely buat benda nie . :(


memang sangat sebak bila nak makan , nak mandi, nak tidur , macam mana keadaan adik aku. selera ke dia makan . nangis ke dia . sejukke dia . macam mana hidup dia . terseksa ke .kena pukul ke .. solat ke itu yang paling pentingg . aku selalu doakan agar mereka bertiga tak bersalah  tolonglah ya Allah, biar ini semua pengajaran buat mereka.

aku harap lepas ni mereka lebih berhati-hati dalam memilih kawan . hari ni hari ku suram dan sedih je . aku asyik nangis je . tengok gambar dia nangis , nak masak pun sdih sebab teringatkan dia suka buat org terkejut , teringat sikap dia yang setiap kali azan je buang air besar, nak azan je dia bergaduh dengan amar sebb taknak azan . sumpah aku rindu .

kalau boleh , aku nak sangat jumpa dia sebelum balik kelantan . aku nak dia bebas hari khamis nie .aku nak dia bebas dri sebarang tuduhan agar hati aku pun senang dan tenang . aku nak kami semua kembalik kehidupan normal yang penuh bahagia . itulah sekali je Allah uji, teruskita jatuh rebah :'(


Ya Allah yang Maha Agung , selamatkan adikku, abangku dan anak buahku . amin :)

No comments: