Alia , kalau dia kenakan kau teruk lagi dari nie , kalau dia mainkan kau , kalau dia buat kau nangis teruk dari nie , masa tu juga aku akan lempang muka dia.
Entah kenapa aku teringat ayat tu . Mungkin sebab aku rasa dah jauh dari dia kot sekarang. Almaklumlah sekarang dia sangat busy dengan tanggungjawabnya. Jadi aku tidak dihiraukan lagi. Bukan tak hiraukan , cuma dia kurang ada masa.
Punya lah sedih dan pedih , meleleh-leleh airmata aku. Aku cuma terbayangkan , seandainya satu hari nanti aku dilanda masaalah , adekah dia masih mahu disisi aku. Adakah dia mahu menghapuskan tangis aku ? adakah dia mahu layan aku seperti mana aku melayani dia tatkala dia dilanda masaalah dan perkara sedih.
Sedih betul aku tadi. Punya lah berjurai-jurai airmata aku jatuh. Padahal takade apa-apa pun yang terjadi. Cuma aku membayangkan sahaja. Ye la , aku terbayang , saat aku sedih , aku datang pada dia , minta dia tenangkan aku . Tapi dia tak mampu. Dia busy dan tak boleh nak teman aku. Huh ! sedih .
Lepas tu mula la skesta yang aku cipta sendiri. Dengan hati yang terluka , aku pergi keluar menenangkan hati sendiri. Dalam perjalanan pulang tu , aku kena langgar. Masa tu , baru la dia rasa menyesal sebab tak mampu nak teman aku saat aku sedih. Sedangkan saat dia memerlukan seseorang , aku setia disisi.
Sah ! memang gila dah Alia nie . Berangan yang entah-entah je. Siap kemalangan bagai. Tapi nak buat macam mana, dah terr.
Cuma aku harap satu je , yang dia itu ade saat aku sedih dan terluka, saat aku memerlukan dia. Bila aku perlukan dia untuk tenangkan dan teman aku , dia setia aje disisi aku. Itu sahaja.
1 comment:
Tak faham sangat. Tapi sedeh. Slalu gak macam ni. Bayang benda merepek pastu air mata bertakung :(
Post a Comment