Allah nak ingatkan kami

Dengan hati yang sedikit bercelaru aku menulis entry hari nie . Hm . Semalam adalah hari dimana kami telah banyak meluangkan masa bersama.
Rasa macam semalam macam-macam kami telah diuji. Pertama , awal-awal lagi ustaz khusyairi tu dah tunggu kitorang lama sangat. Memasing baru nak siap. Dah kesudahannya nak tunggu ukhti pula. Kitorang naik , aku , ukhti , Jie , Madiha dan ekin. Kereta lagi satu , Aida , Pka , Hani , Aisha , kak Cik. Dorang gerak lambat sikit.

Bila mana dah sampai ke Tempat yang nak beli baju raya tu , dah pulak tak berkenan . Lepas tu dalam perjalanan balik nak ke Bazar Tok Guru , Pemandu kami tergesel kereta dengan bontot bus. Aduhai ! terkopek sikit. Tapi takpe la , dia baru belajar :)

Dah beli pulak dekat Bazar tu , kitorang duk cari la bengkel kan. Ye la, kadang-kadang tuan kereta ni letak harga baiki kereta lagi mahal dari harga sebenar. Saje je nak kaut untung.

Hari tu aku puasa , bercadang nak bukak puasa dekat burger bakar. Lepas beli barang dekat tesco , kami pun gerak la beli tiket bus dulu , lepas tu ke tempat burger bakar tu . Sekali masa sampai , alih-alih burger bakar tu dah tutup !

Allah ! memang sangat hampa yang amat teramat la sangat . Kami pun pergi je la makan dekat 'mustaqim tomyam' . Area dekat situ jugak la. Masa nak order nak ambil gambar , duk cari handset aku. takde . gelabah dah nie .

And untuk pengetahuan korang , Handset aku hilang maybe masa aku turun dari kereta masa dekat burger bakar tu . Malangnya nasib kami. Mungkin Allah sedang uji kami semua. Memacam yang berlaku. Handset samsung galaxy W . Aku sayang sebab itu mak aku bagi beli pakai duit aku. Lagipun ade memacam dalam tu. Diary tahik kambing aku pun ade . Sobs Sobs.

Memang sedih giler. Ni tak kira lagi nak ganti kereta kerena kena langgar. Janganlah ustaz tu minta lelebih . Sikit je pun . Sepak dia nanti kalau dia minta lelebih. Btw , Aku harap sangat si pengambil nset aku tu , memulangkan semula. Sebab aku sayang handset tu . Sobs Sobs.
Bila aku fikir balik apa benda buruk yang aku buat sampai Allah nak ingatkan aku balik ialah , sejak kebelakangan ni aku ni sering sangat solat lambat . Terlampau lambat , terlampau leka . Jadi sekrang Allah nak uji aku dan ingatkan aku.

Harap sangat nset tu jumpa balik , sebab ianya umpama maruah aku juga. Gambar . Itulah yang aku takutkan sekarang.

Apa yang pasti aku teringin sangat nak makan burger bakar tu . Ade sesiapa yang nak tolong belikan tak ? Pleaseee . Kempunan :'(

4 comments:

Aien Aquarius said...

bebanyak bersabar ye kak :)

Lunia Ansuh said...

Ya Allah, bahaya. Gambar tu penting.. Hmm, sabar dan lain kali hati-hati. :)

KY Atie said...

ujian datang bersama ingatan, agar kita sentiasa beringat, sabar ye dik, istidfar dan tenangkan hati

Nadya Shafeqa ツ said...

sabar ye,,,, :)

nak makan burger bakar beli la. nak belanja ponn xde duit nii . hehehe :)