Benarkah ikhlas?

Kadang-kadang yang baik itu Allah telah aturkan buat hambanya dari sejak azali lagi. Habis tu macam mana pulak dengan orang yang dapat sebaliknya? Itu namanya takdir.

Bila kita sukakan seseorang itu , kita mesti nak dia bahagia walaupun bukan dengan kita. Hakikatnya dalam hati hanya Allah je yang tahu. Manusia ni memang pelik, bab perasaan susah nak bersikap jujur kerana ego. Lumrah la tu sebab rasa sakit sangat bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.

Btw,sekarang mood nak update entry makin menjadi-jadi terutama pasal cinta. Sorry pada yang tak suka.

Bila nak cerita pasal ikhlas, bukan semua orang boleh ikhlas kan, kan? Ada tu kekadang bukan nak terima kenyataan yang cinta mereka dah ditolak.

Ikhlaskan hati bukannya senang weh korang ! orang yang nak ikhlaskan sesuatu perkara tu perlukan kekuatan jitu. Ha kaww ! gitu kaww.Bukan semua orang boleh bahagia bila orang yang dia sayang tu bahagia dengan orang lain. Boleh mati meroyan woih !

Tapi bila kita ikhlas dan jujur dengan perasaan kita tu, inshaallah kita pasti akan redha dan cuba tahan rasa sakit tu kan. Nak jaga hati tu bukan mudah la.


Apa langkah yang perlu dibuat bila hati rasa sakit tengok dia bahagia dengan orang lain? Macam aku senang je ha , kalau aku makan hati, sakit hati aku akan otometik jadi lapar dan akan menterdarah sampai jadi ulaw sawa kekenyangan. Fuh ! memang puas weh. Lepas tu aku akan makan coklat cabery satu bar paling besar tu tanpa rasa muak dengan linangan airmata.

Jujur aku kata , bila aku makan hati, sakit hati, sedih hati , aku sangat perlukan cokelat cabery yang besar tu. Pelik tanpa muak aku makan cokelat tu even besar gedabak! sedangkan for normal situation aku cepat mual dan muak dengan cokelat besar gitu.

Gelak kekuat pun dapat buat aku lupakan kesakitan tu. Tidur pun same. Layan perasaan? semestinya aku pernah buat. Sebab aku cuma manusia lemah weh !

When everything kembali baik, aku akan cuba fikir secara waras. Segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Redha dan sabar.

Nak kata aku tak pernah frust. Aku rasa memang nampak naw la tipunya aku tak pernah frust. Nangis sakit hati ? Yes , masa tu memang sakit giler kot. Lepas bangun tidur subuh tu, aku cuba ikhlas kan hati. Kalau betul sayangkan dia , cuba redha kan segalanya. Everyone make a mistake.

Ingat satu benda je , Allah dah rancang sesuatu yang baik buat kita. Bukan sebab Allah dah takdirkan ada yang lebih baik, sebab semua manusia terbaik. Cuma dia tak sesuai dengan kita. Kekadang tu memang la akan hadir sikit rasa terkilan sedih dan memacam la. Cuba lupakan dan jangan fikir sangat.

Aku sakit, aku terluka, aku pernah menangis aku pernah meratapi, aku pernah minta diberi kekuatan. Sampai sekarang aku ingat seorang sahabat aku ni pernah kata.


"alia, bila sukakan seseorang tu, dalam hati tu perlu ada mawaddah, sakinah dan rahmah. Mawaddah itu cinta. Macam mana kau nak ada cinta, kalau kau tak tak boleh nak terima sikit pun kekurangan dan kesilapan yang dia buat. 

Kedua itu Sakinah, sakinah itu ketenangan. Macam mana nak ada ketenangan kalau kau tak pernah nak percaya dekat dia. always ragu dengan dia,selalu rasa nak dia sentiasa ada depan mata kau.

Yang terakhir tu, rahmah. Kerahmatan dari Allah dan ibubapa kau. Kalau perasaan kau ni tak dipelihara macam mana nak ada kerahmatan"

Thanks to Ekin Suhaimi.

Simple je kan sebenarnya. Apa pun kembali pada diri kita balik,kuat dan cuba terima kenyataan. Kalau sanggup sabar dan tunggu , jangan merungut. Yakin dengan takdir Allah.

Ikhlas kan diri tu memang pada awalnya menyakitkan. Tapi kesudahannya kita akan rasa tenang tanpa gangguan. Kekadang tu ambil masa yang lama untuk ikhlaskan hati terumata perempuan. Semoga semuanya kembali pulih ye.

JEMPUT PENUHKAN TABUNG SAYA - SATU - DUA

'inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama'

2 comments:

akmaL said...

nice sharing..btw kenapa tajuk lagu ni melayu tapi kua lagu hindustan?hehe :P

Ikhmal Malique said...

best betul ayat kawan awak tu.