Jodoh itu..

Jodoh itu tak mengenal erti usia , rupa paras yang cun melecun macam Fazura ke , tapi kalau cun macam aku tu okay la kot, *Boo . jodoh itu tak mengenal erti kaya atau pangkat.


tak semestinya yang kacak akan dengan yang cantik,

tak semestinya yang kaya bersama dengan yang berduit,

tak semestinya yang baik akan dengan yang baik jugak,

tak semestinya yang tua akan bersama dengan yang tua jugak,

tak semestinya juga bergantung pada tempoh lama bertunang atau bercinta,

Jodoh itu akan datang meskipun lambat. Ikut rezeki memasing, ade yang jodohnya datang awal , say alhamdulillah. Kalau datang lewat pun alhamdulillah sebab Allah tahu yang terbaik buat kita. Dah tu kenapa aku nak sangat kahwin awal ni walaupun kalau kahwin lambat pon mungkin itu yang terbaik untuk aku? Ergh! , sorrry terpesong kejap !


Berkahwin dengan orang yang kita cinta, itu jodoh dan pilihan

Berkahwin dengan orang yang kita tak sangka itulah jodoh dan takdir.

Semuanya jodoh samada dia berkulit hitam atau putih, kuning langsat atau cokelat. Semuanya jodoh meskipun dia bukan pilihan hati kita, namun bila dan bersatu, dia la jodoh yang terbaik buat kita.


Segalanya kuasa Allah, jodoh adelah takdir yang boleh diubah. Dengan ade nya doa dan usaha, kita mampu mengubah takdir itu kerana Allah tak akan pernah mensia-siakan hambanya yang berdoa dan berusaha.

"seandainya jodoh itu milik kita, Allah pasti akan memudahkan perjalan kita. Allah pasti akan satukan kita walau dengan cara apa sekali pun. Walau seribu ujian yang datang melanda, andai ada jodoh untuk kita berdua, kau dan aku pasti bersatu"


'inshaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

6 comments:

fatin laila said...

betul tu.tq

fasha said...

huu.jodoh tu mmg rahsia Allah...sama-sama doa dapat jodoh yang baik kay=)

SyahiRah ILyana said...

Jodoh tu indah sbenarnya. Allah nk bg suprise kat kita..hehe.. jodoh yg Allah tetapkn adalah yg terbaekk utk kita.. :)

nur lyla said...

best baca psl jodoh ni.. hehehe

TeTo YakSa said...

betul2... hohoho

TeTo YakSa said...

betul2... hohoho