Malu nak minta maaf ?

TOLONG PENUHKAN TABUNG KAHWIN SAYA ! SATU - DUA - TIGA

Setiap orang pernah melakukan silap dan salah. Woih ! bukan normal la kau tu kalau tak pernah buat salah! Hingat kau tu maksum sangat ke? Marah benooo gamaknya. Acha-acha je.


Kadang-kadang tu bila kita dah buat salah, mesti ade timbulkan rasa macam malu nak minta maaf kan? Ngaku je la, sebab kita semua manusia.

Kenapa pulak timbul rasa macam tu? Lu fikir la sendiri. Malas wa nak fikirkan untuk lu !

Kadangkala tu, salah dan maaf yang tak diungkapkan makan bertahun-tahun lamanya. Paling menyadiskan adelah bilamana hubungan tu adalah hubungan kekeluargaan. Sampai bila nak simpan je?

kekuatan yang sebenar manusia ni bukan terletak pada fizikal, tetapi pada hati kita tau. Orang yang kuat akan segera minta maaf apabila melakukan kesalahan terhadap seseorang. Buat apa nak ego? sebenarnya ego tu hanya menghancurkan sebuah hubungan tu je.


Dah tu kalau dah pergi minta maaf tu, jangan pulak nak mengada-ngade pulak kan siap nak bagi syarat bagai, wak lu ! lu ingat lu sape? Amboi ! kasaqnya bahasa, almaklum la I ni orang Melaka. bahasanya kasaw tapi youuu all , hati orang melaka ni baik youuu.

Kuatkan diri untuk minta maaf bila dah buat salah. Jangan dilayan sangat hasutan syaitan yang direjam tu. Jangan dilayan sangat ego tu. Tak rugi pun kalau kita minta maaf. Terutama itu memang ternyata salah kita.

Kadang-kadang tu bukan setakat ego, taku angkuh, bongkak dan tak nak beralah. Kadang-kadang tu kita merasakan yang kita dan terlalu banyak beralah dan minta maaf. Hallo der ! dah lu buat salah, tak kan la orang lain pulak nak minta maaf ! buang je la rasa angkuh tu !

Positifnya, minta maaf tu kan dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. Segala harta benda khazanah pusakan yang berkaitan dengan mencuba untuk eratkan silaturrahim tu kan akan membawa kita kepada pahala dan ganjaran yang besar dan baik dari Allah. Tak nak pahala ke? ke dah banyak sangat pahala?

Ha ! kalau dah hati tu keras kedentum macam batu meteor tu, berdoalah pada Allah semoga dilembutkan hati. Allah kan tak akan pernah mensia-siakan doa hambanya lagi-lagi benda baik.

Dah tu kenapa tak minta maaf lagi? Hey korang !dendam tu hanya penyakit yang tak akan beri sehabuk pun bahagia.


Entry ni aku terpanggil untuk buat sebab perkara ini khas ditujukan untuk diri aku sendiri. Sebab perangai aku yang ego susah sangat nak minta maaf hatta dengan bonda sendiri. Amboi ! bonda tak boleh bla tu kot. Jadi sesame kita ubah diri kita. Biasalah kita manusia tak sempurna.kbaiii

SUMBER : MAJALAH ( tapi diolah oleh aku )

Inshaallah..kita akan ditakdirkan bersama..

3 comments:

Leyla said...

yup . kadang ramai yg buat salah xpi taknak mntak maaf . mungkin sebb dye takot u mntak maaf . :) follow sini

Dario Venuti said...

perfect post

MY BLOG: FASHIONSEDUCER.COM

Chik Najah said...

i forgive you but i remember.... huhu (ayat mr Lim)