Review Al-Fateh Steamboat & Grill

Bismillah,



a few days ago, aku bawak rumet and girls aku pergi makan dekat Al-Fateh Steamboat and grill dekat kampung jawa klang.

Sambutan birthdayy rumet I and Izaty. Husna sebagai peneman sahaja since dia teman rapat aku sekarang ni so agak tidak syok kalau pergi memana tanpa dia. Acehhh ayat mengampu kauu.

Okayy Al Fateh Stemanboat and grill ni aku jumpa dekat fb sebab senior aku repost memacam kans. So macam tertarik dan memandangkan dah lama tak makan steamboat kot. Tak silap aku setahun yang lalu atau 2 tahun yang lalu. Tak ingat aku lah sbb ilmu dah banyak sangat dekat otak.

Contact :

Untuk tempahan. Lagi elok buat tempahan sebab ramai gilaaa nanti and tak syok kalau kita kena cari meja. Insyallah dorang akan layan dengan baik punyaa if korang call.

Fb : https://www.facebook.com/pages/Al-Fateh-Steamboat-Grill-kgjawa-klang/790096911010981?fref=ts
Alamat : Al-Fateh Steamboat & Grill Lorong raja jumaat kampung jawa, Klang



017-630 0965



Harga Rm 22 sekepala and boleh makan apa sahaja yang korang nak.
Tempat dia boleh la senang juga nak cari kalau guna waze.
Kebersihan pun okayyy aku boleh bagi 8/10
Tahap layanan pekerja dia pun okayy juga boleh bagi 9/10 sebab dia memang sangat memanuhi dan mudahkan kami cuba tang tak dapat 10 sebab HAHA.

Cuma agak mengecewakan lebih kurang selepas setengah jam kitorang menggril segala jenis lauk lepas tu udang takde. Lama jugak la udang takde. Bila tanya kata dorang udang otw.

Sepatutnya dorang dah boleh agak kan setiap hari berapa pelanggan yang datang and tak boleh la menyebabkan udang habis. Kecewa juga la walaupun dapat la amik udang masa datang awal2 tu cuma 3 kali kot bangun gigih semata nak rasa udang tapi jawapan masih hampa.

Bab makanan memang best gilaaa sedap dan cukup rasa nak2 ayam dia. Kitorang memang amik ayam dia je la banyak sebab sedap and cukup rasa and lembut and memang sedappp la. Nak2 kitorang puasa plak hari tu.


No comments: