Semuanya tak kena hari nie

Assalam . Sejak kebelakangan ni , bibir aku makin kerap menyebut nama dia . hm , entah kenapa aku rasa sangatlah bodoh --  aku sangat sedih dan tertekan dengan diri aku sendiri. okay , actually , aku nak mai habaq nie , yang aku baru lepas balik dari pergi kenduri rumah kak cik :)

satu kelas kot join pergi rumah kak cik . lelaki juga perempuan . hm , Nak story pasal tasmik Al-Quran . okayy , finee . Memang sangat menghampakan okay .  aku tak boleh nak baca satu pon ayat . sedih betul aku . aku tak sangka sangat . kenapa ? kenapa ? aku malu taw. mesti budak lelaki semua duk kutuk aku. bukan aku tak hafal . cuma entah kenapa sampai ke ustad aku debor semacam je. terus satu ayat pun aku tak ingat .

hm . Hari ni semua gundah la . aku minta tlg kimi td belikan maggie dan telur sebab nak buat murtabak maggie . dia belikan . time nak bayar tu kan . kan ? tetiba si kimi usik pasal Twitter aku yang aku ade tweet pasal nasa . serius . aku sangat malu . kenapa lah aku boleh dan masih nak tweet pasal dia sedangkan aku tahu yang twitter sekrang dah tak selamat.

aku memang sangat malu apabila Kimi usik macam tu , dah la ade jasni dengan amir hamzah . aku malu sangat . aku rasa time tu maruah aku dah hilang terbang. amboi -- over naw ayat aku . macam lah dorang buat apa je pun . cuma sebut balik tweet aku. kiranya twitter aku ni memang tak amanlah kan . now . Hanya blog sahaja aku mampu nak luahkan lagi segalanya . sebab orang tak jumpa blog aku . err --

hm. Malam nie , aku dapat cerita baru lagi . rupanya dia tu memang ade usha si najah. aku tak tahu la sejauh mana kesahihan nie . tapi apa yang aku tahu , macam tu la . tapi boleh jadi je si dia sukakan najah . sebab najah memang sangat comel . err -- pasrah aku lagi . tapi dengan sufi pun masih hidup lagi . aku yakin dia pun masih usha si sufi . ye lah , dia kan cun , wajarlah . :'( entah lah . aku marah sangat , tapi aku sedar diri .

Hari ni jugak Madihah dengan Ukhti telah usik hati aku kejap . dorang minta aku lupakan dia . Berapa kali aku nak cakap , aku tak suka orang suruh aku lupakan dia kalau aku tak nak ? mesti lah ada sebab kenapa aku tak nak lupakan dia . kenapa korang buat aku sedih macam nie .  Buat masa nie , hati aku hanya untuk dia . aku tak kisah lah korang nak cakap apa. cakap aku gila ke, meroyan ke , Tolong jangan kesiankan aku . aku tahu apa aku nak . kalau aku lupakan dia , maknanya aku telah lupakan dia . 

jangan kesian dengan penantiaan aku . aku yakin dengan Allah tak kan sia-siakan hamba dia . Kalau bukan jodoh pun aku redha . jadi sentiasalah sokong dengan apa yang aku buat dan apa yang aku rasa . 

Bukan senang weh korang aku nak lenyapkan perasaan yang ade ,  aku memang tak nak cuba sebab kalau boleh aku nak dia yang terkahir. ye , aku tak tahu apa yang akan datang pada masa hadapan . aku tak nak fikir. aku nak biarlah ianya berlalu , jika benar aku tak berjodoh , aku yakin Allah dah tarik rasa aku terhadap dia . aku yakin . jadi tolonglah sokong je aku :'(  aku sedih bila korang minta aku lupakan dia. 

Bila korang buat macam tu , aku menganggap korang umpama nenek kebayan yang terlalu jahat nak rampas dia dari aku . sedangkan korang tahu besarnya perasaan aku pada dia .

Belum jugakah kau menyedarinya , aku lah yang paling pantas untuk kau cintai -- Cinta ini telah menelan waktuku , siang malamku hanya untuk memikirkan engkau =='




No comments: