Kerana aku wanita yang lemah

Hatiku berceleru sekarang nie . Ya Allah , aku benar berperasaan pada dia . tapi sejauh mana ? adakah perasaan aku sekadar nafsu sahaja . Ya Allah , aku tidak kuat sekali . Hari ni kak Niyana telah tunjukkan aku satu blog. yup , aku memang insaf sekejap. blog tu soal hati. bila baca blog tu , aku terfikir, apakah perasaan aku cuma nafsu semata ?

aku takut, kalau cuma nafsu, kenapa aku perlu bersabar bila perasaan aku tak dibalas. kalau benar ianya nafsu, aku patutnya terluka bila si dia tak mahu membalas perasaan aku . tapi kenapa aku masih duduk membiarkan diri aku berterusan ditertawakan oleh mereka kerana perasaan bodoh aku nie . kenapa ? kenapa aku tak pernah belajar untuk sedar hakikat semua ni.


Ya Allah , aku cuma wanita , aku lemah segalanya . aku takut ya Allah dengan perasaan aku sendiri . kenapa aku begitu lemah sekali. kenapa aku tak mampu kuat? 

memang betul kata lelaki itu, hakikatnya wanita memang lemah , tapi sedaya upaya mereka cuba beraksi kuat . Allah ! hnacur sekali hati aku .

setiap kali aku lihat wajahnya , mesti jantung aku berdebar, ya , ini bukan kisah dongeng atau kisah lawak, tapi ini realiti. Apabila aku melihat wajahnya , aku rasa tumpah rasa sayang pada dia . aku rasa lemah segala urat sendir aku . aku rasa aku lemah , aku rasa aku tak mampu nak terus melihat dia .


setiap kali aku berperasaan macam nie, aku terus menundukkan pandangan . ya Allah , apakah ini cinta yang turut ada nafsu . Kalau benar ianya turut ada nafsu, kau buangkanlah perasaan ini jauh2 . ya Allah, sesunggunya hati aku ni cukup sudah tidak terpelihara. aku lemah dan aku alpa.

Aku benci dengan perasaan ini . kenapa dia hadir dalam hidup aku ? ya , aku tak boleh nak salahkan dia . aku tak boleh nak salahkan takdir, tapi salah siapa ? salah aku . aku terlalu leka membiarkan hati aku terus mencintai dia . , aku terlalu leka dalam terus melayan perasaan terhadap dia . betul kata ukhti, aku yang tak cuba nak lupakan dia. aku yang terus biarkan hati aku hanyut.

aku sepatutnya cuba sedaya upaya untuk lupakan dia . bukan terus melayan perasaan ni. Allah , seandainya dia memang jodohku . kau peliharalah hati aku dari segalanya. biarkah hati aku tetap untuk dia. :) Amin ..


No comments: