Cinta ini melemahkan atau menguatkan?



Kuat aku , Kuatkan hati aku . Berikan aku semangat , Berikan aku keberanian . Aku mencoret bukan dari ayat orang lain tapi ini adalah kata-kata yang keluar dari hatiku sendiri . Biacaraku mungkin tak seindah A.Samad Said . Namun apa yang ingin aku luahkan lahir dari hati aku sendiri .

Aku cuma wanita yang tidak kuat dalam merempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran . Kadangkala aku kelihatan begitu kuat sehingga ada kawan-kawan yang tertanya-tanya dimana aku dapat kekuatan itu sehingga aku langsung tidak melatah apabila berlaku sesuatu yang mengakiti hati aku. Namun juga kadangkala , apabila tumpahnya airmata ke pipiku ,mereka meminta aku agar kuatkan hati tabah dengan ujian. Siapa sebenanya aku ? siapa ?

Adakah aku seorang wanita yang kuat ataupun seorang wanita yang hanya tahu menangis dan terus menangis. Ingin sekali aku menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah . Aku tak ingin airmataku jatuh hanya kerana terluka dengan setiap yang berkaitan dengan insan yang aku amat sayangi. Aku cuma wanita yang bukan inginkan belas kasihan . Tapi aku seorang wanita yang inginkan kasih sayang dan perhatian darimu.

Kadangkala bila aku terluka, rasa hati ingin sekali aku berlari dan terus berlari meninggalkan semua ini . meninggalkan apa yang aku cuba pertahankan selama ini . Aku lari bukan kerana aku takut, bukan kerana aku benci , tapi kerana perasaan ku terlalu besar untuk aku garapkan lagi buat si dia . Hati aku terlalu terluka. merintih sedih dan sakit hati .

Adakala, terlintas juga dibenak fikiranku , alangkah bagusnya kalau aku hilang ingatan . Aku tidak mahu terluka dan terus terluka dek kerana insan yang langsung tidak mencuba untuk menghargai aku . Aku ingin melupakan si dia  , bukan kerana aku benci, tapi kerana sayang . kerana sayang itulah aku lemah dan jugak kerana sayang itu jugak lah kadangkala aku kuat .

Ada manusia yang lemah kerana cinta . Ada juga mansia yang kuat kerana cinta . Dan aku ? aku kuat kerana apa ? kerana cinta ? Benarkah aku kuat ? atau sekadar lakonan sahaja ?Semua orang ingin menjadi wanita yang kuat , yang tabah dengan segalanya . Sebenarnya cinta ini perkara yang remeh , namun hatiku terlalu sakit apabila terbayangkan setiap lirikan matanya dipersembahkan untuk orang lain . Aku cuma wanita yang tahu rasa cemburu yang aku sendiri tak pernah nak mengundang ianya hadir. 

Allah , Aku bukan seorang wanita yang setia . Akan tetapi kesetiaanku boeh bertahan andai hati aku masih ikhlas mencintai dia . Aku mencintai dia tanpa sebab . Malah aku mencintai segala kekurangannya . Nampak macam bohongkan ? tapi itulah kenyataa nya . Sehingga kini, aku masih tidak tahu apa yang ada padanya yang membuat aku masih berdiri teguh setia menanti dia. Aku tidak tahu apa yang aku lihat yang istimewa padanya sehingga kali pertama aku melihatnya, aku sudah jatuh hati .

Ya Allah , hatiku pilu, hati sedih saat dia tiada disisi. Aku terlalu mengharapkan dia setiap detik. Aku selalu mengharapkan nafasnya dihembuskan di udara yang sama aku gunakan . Aku ingin dia melangkah di atas tanah yang sama aku melangkah , Aku ingin dia melihat sesuatu yang aku juga lihat . Aku ingin segalanya bersama dia . tapi layakkan aku ?

Aku sering duduk dan tertanya-tanya . Kejamkah aku menyusahkan dia dengan perasaan aku sendiri ? adakah aku telah banyak membebankan dia dengan perasaan aku ini ? Adakah aku telah banyak merosakkan kisah hidupnya dengan perasaan ku ini ? Adakah cemburu yang sering bertandang dihati aku ini, Layakkah aku merasaainya ? Layakkah aku ? sedangkan aku cuma wanita yang duduk dan hanya menyimpan perasaan terhadapanya. Cintaku tak terbalas . Malah dilukakan .

Kadangkala terlintas juga difikiranku . Adakah kerana fizikalku , aku ditolak olehnya ? Jika itu jawapannya , Aku akan berhenti berharap , kerana kecantikan adalah tarikan utama seorang lelaki, dan aku tidak memilki "Tiket" untuk memiliki hati seorang lelaki. Aku cuma hanya mampu memberi kesetiaan dan kasih sayang . namun bukan kecantikan .

Sahabatku, Jika hatimu tidak diisi dengan cinta , bersyukurlah , kerana hatimu langsung tidak disakiti dengan cinta yang palsu ini . Sesungguhnya sakit kerana cinta lebih perih dari dihiris pisau dan belati tajam. Jika hatimu masih suci dari cinta lelaki, peliharalah , jangan kau biar hatimu sepertiku yang hanya tahu menunggu , mengunggu dan terus menunggu tanpa aku tahu bila ianya akan berakhir.

Cinta itu indah jika disemai dengan iman oleh dua hati yang saling mencintai . namun aku ? cintaku indah seorang diri . cintaku indah tanpa dia disisi . cintaku indah dengan hatiku sendiri . cintaku indah tapi terlukaaa. dan aku akan terus begini sehingga cintaku tersambut .

Cinta itu memang fitrah , setiap rasa yang bertandang dihati ini adalah fitrah , sama ade cinta, rindu , kasih , benci , meluat dan segalanya adalah fitrah . Fitrah inlah yang aku harus jaga dan pelihara , Agar aku akan memiliki apa yang aku mahu . Aku merinduimu  :'(

*Jiwa kacau , beginilah jadinya , hatii resah , inilah hasilnya . 

No comments: