Perasaan rindu

Apabila kita merindui seseorang , apa biasanya kita akan buat ?  meluahkan rindu itu pada insan tersebut ? Mengadu pada Allah ? mengadu pada laman sosial ? mengadu pada teman ? mendiamkan diri sahaja ? tidak melayan langsung perasaan itu ? atau menangis sehingga lega ? Lain orang lain cara kan ?

Rindu itu satu perkara yang amat menyakitkan . Rindu itu juga tidak semestinya pada kekasih . Ada yang merindui cinta Allah , ada yanag merindui kedua ibubapa. Ada yang merindui adik-beradik sanak saudara , kekasih , suami / isteri . kawan-kawan dan juga mungkin cinta dalam hati . Rindu yang sangat menyakitkan adalah cinta pada manusia, dan manusia itu adalah manusia yang kita tak dapat nak rasa rindu dia . 


Kalau kita merindui Allah, sudah pasti rindu itu berbalas. kerana Allah sentiasa merindui hambanya . Sebab itu Dia selalu turunkan ujian pada hambanya agar hambanya tahu untuk bertemu dan kembali padaNya . Kalau kita merindu pada manusia , apa yang kita akan dapat ? kita akan dapat kelukaan hati . ye, aku sedar, aku salah satu dari mangsa rindukan manusia. 

Saat kita merindui seseorang , kita pasti akan tertanya-tanya dalam hati, adekah orang itu juga merindui kita . Tak kira lah siapa pun yang dirindui itu, pasti kita mengharapkan balasan yang sama kan ? dan apabila jawapannya negetif kita pasti akan kecewakan ? kan ?. kerana apa ? kerana memang fitrah manusia ingin dirindui oleh insan yang mereka sayang dan rindu .

Rindu itu amat menyesakkan dada bilamana rindu itu bukan diatas jalan yang betul Segala yang aku coretkan  adalah untuk diriku sendiri . Aku tujukan semua ini khas untuk diriku sendiri. Aku terlalu rindukan manusia, sehingga aku tak lihat Allah sedang merindui aku . Aku sering menangis kerana rindukan manusia, tapi aku lupa Allah mengharapkan aku menangis kerana rindukan Dia . 

Ya Allah , Aku pohon keampunan padamu  . Aku tahu aku terlalu melayani rindu yang tak seberapa ini terhadap manusia yang bukan ditakdirkan untuk aku (walaupun aku harap dia ditakdirkan untuk aku, hihi) . okay  , kembali mood serius ye . ehem-ehem .


Betul, aku terlalu melayani perasaan rindu ini , menangis kerana rindu , tapi aku tak sedar, orang aku rindu tu, langsung tak fikirkan aku walaupun  sedetik. Aku dapat rasakan yang aku terlalu banyak buang masa dengan fikirkan manusia itu , dan malayani rindu manusia itu . Aku sedih ya Allah , aku tahu , aku terlalu jauh ingatkan dirinya dariMu. aku berdosa.

Allah bukan tak tahu apa yang kau rasa , cuma nak uji sejauh mana perasaan kau-Madiha

Untuk Cik Najah yang selalu dan rajin singgah ke blog saya , saya harap awak boleh buat satu entry khas untuk saya , dan agak sedikit berkaitan dengan post saya kali ini :) Terima Kasih ..

No comments: