Destinasi Pilihan

Destinasi Pilihan . Btw , Saya baru je balik dari penganbaran untuk filem , (Bajet macam dah jadi pelakon je, padahal untuk kerja dalam kelas) . Asalnya saya malas nak join , tapi cik Nisa dah siap call bagai , terpaksa lah saya untuk turun . Sebenarnya saya malas nak turun sebabnyaaa. ha, ni lah sebabnyaaa, sebabnnya dah la hujan , lepas tu saya tengah sekodeng gambar "Taj Mahal" taw, taw.

Okay , Entah kenapa tetiba saya datang miang nak fikir pasal destinasi "Honeymoon" . Sebelum ni just pernah fikir pasal kahwin je , Pasal honeymoon tak pernah lagi . tapi ade satu malam tu, saya terpikir , Taj Mahal adelah tempat dimana Shah Jehan mempersembahkan cintanya kepada Mumtaz kan ?

Ikut yang saya tahu , Mumtaz mati, mekanya si Shah Jehan ni sedih la konon-kononnyaa. eh  ? bukan konon-konon taw , tapi real punyaaa . Sampikan dia duk mogok dan bersedih duduk je dalam istananyaa . Yelah , mungkin cintanya pada Mumtaz terlalu besar sehingga dia tak boleh nak terima tamparan bahwa isterinya yang tercinta telah pergi meninggalkannyaa .

Makanya , Dia telah membina "Taj Mahal" ini tanda cintanya pada Mumtaz . Apa yang saya tahu , mengambil masa yang sangat lama untuk membina "Taj Mahal" ini . Dan setiap orang dan arkitek yang membina "Taj Mahal" ini diarahkan memotong tangannya kerana dia tak mahu ade bangunan yang lebih hebat lagi dari "Taj Mahal" ini . Sungguh besar cintanya pada Mumtaz kan ?

ade ke lagi lelaki macam tu zaman sekarang  ? cinta pada isterinya yang sebesar itu . Kenapa saya jadikan "Taj Mahal" sebagai tempat  pilihan saya untuk berbulan Madu . Memang nampak agak keterlaluan kan , belum ade calon , baru umur 19 . baru asasi tapi dah fikir pasal kawen dah fikir pasal tempat berbulan madu . Heyyy You ! blog nie i yang punyaaa , sukahati lah . hakhak  .

Aku dah janji dengan diri aku . Tempat pertama untuk aku berbulan madu , adelah India , "Taj Mahal " . aku ingin sangat pergi tengok bangunan Taj Mahal tu , rasa sangat teruja okayy . aku ade juga tempat kedua dan ketiga , tapi itu semua tunggulah kalau ade duit. Bukan aku nak kata , sekrang ni aku dah ade duit , tapi itu matlamat aku , jadi aku akan kumpul duit la untuk kesana.

Aku nak bawa suami (Macam lah ade orang nak kahwin dengan aku) aku pergi sane . Aku nak bawak ke tempat dimana mereka menyampaikan besarnya cinta mereka pada insan yang mereka sangat cintai . Aku nak dia tahu tempat ini amat bererti bagi aku . Aku ni dah macam lelaki lah pulak. Sepatutnya suami yang bawa isteri, ni aku yang beria-ia nak bawak suami aku kesane . itulah tanda cinta aku pada dia . werrk . cinta lah sgt .

Tapi macam mana kalau bukan dia yang aku maksud kan jadi suami aku ? eh ! lantak lah siapa pun . yang penting suami aku . Aku bukannya mentionkan dia pun (Walaupun dalam hati memang harap dia la suami akuu)  . Aku tak kisah , yang aku kata aku nak bawa suami aku, bukan nama dia  Jadinya siapa pun suami aku masa tu, Allah mungkin dah anugerahkan dalam hati aku satu cinta yang besar buat dia . jadinyaa tak ade ragu untuk aku bawa dia ke tempat impian cinta aku . (Fuhh !! ayat nak terkentut baca) 

Ye , Dalam diam memang aku harapkan dia yang akan aku bawa ke tempat impian aku tu , Kalau bukan dia , Aku redha dah . Aku memang teruja sangat dengan Taj mahal nie . sebab ianya sangat cantik dan menakjubkan . pergh . over giler ayat . Tapi aku memang simpan impian kesane . mana tahu dapat jumpa Shahid kapoor ke , Shah Rukh khan ke ? mana tahu kan ? krikk krikk . kbaii



Ini antara gambaran "Taj Mahal " yang diberikan oleh Haji Google 


Nampak Suci jer kan korang ? Ya Allah , Memang teringin sangat nak pergi .


Ini gambaran pada senja :) 


Ini masa mula-mula nak masuk . Ciss , bajet macam dah pergi jer kan .


Ini ? saya pon taktahu itu apa ?

Korang doakan lah supaya saya dapat tunaikan impina saya nie .


No comments: