Si bunga dan Kumbang . Orang selalu kata " Kumbang bukan seekor" "Bunga bukan sekuntum" . Tapi sedarkah kita bahawa bunga yang sekuntum tuh la susah nak petik . Kumbang yang seekor tuh la susah nak tangkap . Betul tak ? tak betul takpee la. Bagi aku semua ini betul .
Kalau tak betul , macam mana boleh keluar istilah macam tu , mesti kita tak dapat orang tu , jadi keluarlah benda itu kan . Yelah , salah satu sebab keluarnya istilah bunga kumbang tu .
Mudah orang untuk kata "Lupakan je lah dia " . Tapi , orang tak pernah fikir macam mana susahnya kita untuk pertahankan perasaan itu , macam mana susahnya pada awal kita nak elak perasaan yang datang bertandang itu . Namun , semua ini adelah ketentuan yang kita tak boleh nak elak. Kata orang semakin lari, semakin kejar. Semakin kita elak tak nak jatuh hati semakin ianya umpama memanggil .
Manusia ini selalu akan kata "Aku faham apa yang kau rasa, aku tahu apa yang kau rasa itu sakit" . okay , Untuk pengetahuan semua . Kita tak akan pernah dapat rasa apa yang orang lain lalui . Kalau kita rasa kita dapat tahu sakitnya mengalami sesuatu situasi . Sebenarnya kita silap. Kita hanya dapat rasa hanya suku ataupun paling banyak separuh .
Tak akan sama sekali kita dapat rasa kesemuanyaa. Setiap orang mempunya ketabahan yang berbeza tahapnyaa . Ada yang mungkin sangat tinggi kekuatannya . Jadi kita tak akan dapat same rasa perasaan itu .
Perasaan itu adelah satu perkara yang sangat sukar untuk digarapkan dalam bentuk kata-kata ataupun lukisan mahupun tulisan . ianya sesuatu yang sangat halus dan hanya orang merasainya sahaja mampu rasa apa sebenarnya perasaan itu .
Jadi jangan terus meluru menghukum dan meletakkan sesuatu perkara sebelum kita belum pernah rasa berada ditempat orang itu . :)
Btw . Hari nie lega dah . Malam nie dah nak gerak balik melaka. huh ! tadi baru je selepas selesai buat Majlis penutupan tobour dengan Majmuah Satu . Alhamdulillah . .
We are NILA . Satu , dua ,tiga, empat,Lima, enam, TUJUH . klikk !
We are Majmuah Empat and Satu , University Malaya Nilam Puri, Kelantan.
No comments:
Post a Comment