Jangan hadir lagi !

Tanggal 29 Ogos , kau datang semula dalam hidup aku. Aceh ! bajet ayat macam hape je. Aku terkejut bilamana masa ade kelas Bahasa Inggeris, tiba-tiba ada orang call aku, aku angkatlah sebab kebetulan masa tu kelas rehat kejap. Bila nak bercakap dengan kau tak dengar mana pun sebab line tak clear.


Aku pun dengan perasaan harap orang yang call ni adalah orang yang aku rindu , teruslah poyo memoyo hantar masej kan.

'Siapa ni?'

'Mu ni bisu ke?'

Masa ni aku memang bengang dah. Amboi ! sesedap sekadak dia je nak cakap aku bisu. Oh ! sebab masa aku angkat call dia tu aku tak bercakap. Bukan aku tak cakap , dia yang pekak nak mati ! Aku balas.

'Tak bisu, pekak je'

'pekak macam exzos 125 ka..ish3, kesian'

Dia ingat lawak sangat la tu. Aku ada balas juga selepas tu. Masa tu aku tak tahu lagi dia siapa. Tapi hati aku dah dapat rasakan siapa dia. Masa betul-betul aku tahu itu adalah dia bila dia balas masej aku yang seterusnya berbunyi macam ni.

'karipap..hakhakhak'

Sah ! memang takde sangsi lagi itu memang mamat keparat yang serupa jin kepala botak yang memang tak ada adab. Aku tahu dah kenapa dia carik aku. sebab dia nak awek! dia ingat aku ni ejen carik perempuan ke untuk dia?

Aku tak kisah nak bagi dia calon-calon. Tapi masaalahnya dia bukan serius. Niatnya hanya untuk permainkan aje. Aku pun penah kena. Aku sayang dia dulu syukur lah tak separuh mati, tapi apa kesudahanyya bila dia khianati aku.

Aku syukur sangat sebab dia khianati aku macam tu dan Allah pertemukan aku dengan seseorang yang jauh lebih baik dari dia. Memang lah aku bertepuk sebelah tangan, tapi sekurang-kurangnya aku tahu sikap dan perangai orang yang aku nak sekarang ni.

Jika rasa aku ni tak terbalas pun aku tak terkilan, sebab dia memang terbaik, aku tak layak digandingkan dengan dia. Allah memang sebaik-baik perancang.

Dalam tiga dua tiga hari ini dia sering mengganggu aku. Katanya aku kawan yang rapat dengan dia. Sakit sangat hati ini. Dulu dia buang aku, dia kutuk aku , dia fitnah aku tapi sekarang?  Yang aku tahu dia hanya mencari aku saat dia perlukan sesuatu. Allah ! aku benci sangat dengan dia tapi kadang-kadang aku tak sampai hati kalau tak bantu dia. kenapa dia hadir lagi dalam hidup aku.
Bila seseorang perempuan menyayangi seseorang lelaki itu, bukan mudah untuk dia padamkan perasaan itu meskipun luka itu masih terasa. Kadangkala dah jumpa pengganti pun bayah nak buang rasa itu. Itulah lemahnya perempuan.

benda yang membuatkan aku kuat untuk tinggalkan dia masa aku masih sayangkan dia adalah walid. aku ingat dan akan sentiasa ingat yang walid pernah cakap

Alia, kalau nak cari suami , walid akan test dulu dia boleh baca alquran ke tidak. Kedua dia boleh jadi imam masa solat ke tidak, dan seterusnya adik aku akan uruskan

Masa tu aku terfikir.Seandainya kami ditakdirkan kekal , adakah dia mampu membaca alquran dan menjadi imam solat sedangkan solat wajib pun dia tak pernah buat. Mengaji , aku rasa jauh sangatlah sekali. Kalau imamkan perempuan dia pandai la.


Aku bukan nak hina jauh sekali nak kutuk. Tapi ini realiti. Hati aku sakit sangat saat ini bila dia datang kembali. Mana mungkin aku boleh lupakan dia macam tu je sedangkan dari zaman aku sekolah lagi perasaan ini hadir. Sakit sekali nak buang mcam tu je. Sebab tu aku sangat harap dia tak datang lagi setelah dia tipu dan khianati aku.

Satu benda yang dia masih berani cari aku adalah sebab dia tahu yang aku memang lemah dengan dia. Aku memang akan cair dengan dia setiap kali dia perlukan bantuan aku. Aku benci dengan diri aku sendiri. Kenapa aku selalu kalah dengan perasaan sendiri.

Kalau kau baca entry nie , aku nak kau tahu yang aku tak perlukan kau lagi. Meskipun kita dah terlalu lama kenal itu tak bermakna aku sangat perlukan kau. cukup-cukuplah kau mainkan hati orang ! kbaiii

'inshaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

1 comment:

! Norwahidah Othman ! said...

nice entry. aku faham perasaan tu :/
follow sini ;)