Math paper sudah tamat

Alhamdulillah , syukur kepada Allah bukan sebab final exam dah habis tapi sebab kertas math dah habis dan tak akan ku lihatnya lagi selepas ini lagi , tapi tak tahu la samada kalau pada masa yang akan datang dia akan mengejar aku kembali. Wachaa ! jaga-jaga kau math kalau kau masih nak mengorat aku.

Kenapa paper math kali ni aku rasa sangat lega bila dah lepas ?

Aku rasa la kan , mungkin sebab sebelum ni dari zaman kegemilangan 'chin peng' lagi aku memang takpernah nak berusaha langsung untuk lulus math. Kiranya aku memang main takat redha berserta pasrah je.

Tapi for this time , aku memang agak berusaha la. Nak kata sebab aku dah mula mencintai Math tu, tidak sama sekali , cuma mungkin aku mula rasa letih dan penat sebab asyik nak kena repeat aja. Huyaaai , malu pun ada tauuu.


Muka aku ni ha , memang sudah dicop sebagai muka budak bodoh la. Orang pun dah kenaiii dah.

Tapi masa tadi jawab math. Masa bijik mata aku ni tengok je soalan satu . Fuh ! bagai nak tersembur isi perut aku. Mahu tak berterabur isi makanan nasi goreng plus kuew teaw yang aku makan pagi tadi.

aku tak tahu nak jawab apa. Blank kejap. Bukan soalan dua pun, alamakkkk ! pengsan akak ni time ni jugak. Bukan soalan tiga , matriks. Wachaaa , baru tersenyum kejap. Buat soalan semua tu kecualan dua dengan satu.

Aku sangat beruntung sebab my tecer datang dekat aku dan tolong tunjuk serta betulkan mana yang aku salah langkah. without tecer Aida , aku rasa banyak giler kot markah aku akan pergi macam tu je tanpa pamitan. Memang aku ni agak cuai. Nasib baik hampir separuh soalan tecer Aida check dan tolong tunjukkan mana aku salah langkah.

Syukur juga pada Allah sebab aku dikurniakan sahabat yang sedia dan sudi bantu aku dari awal sem lagi walaupun diorang tahu aku ni lembap dan malas. Tetap teguh dan tak bosan ajar aku walaupun hakikatnya dah naik menyampah nak ajar aku ni. Lembap sangat.

Terima kasih pada sahabat aku yang dari sem lepas lagi sampai sekarang masih sudi beri tunjuk ajar pada aku. Najiha Ali dan Asyikin Suhaimi. Ini memang cikgu muda aku yang sabar tapi garang gilerr.

Taklupa juga untuk Jannah , Nisa , dan juga Shu, Muiz yang bagi note dan sesiapa yang terlibat dalam mendidik aku. Sobs sobs , sedih pulaks buat entry nie, macam penghargaan apa pula.

Bukan apa , aku rasa happy kot , sebab kali ni aku dapat jawab betul-betul bukan main-main. Rasa happy kot.


Masa tengahari tadi dah habis study , aku baru nak lelap kejap. Masa tu satu jam before exam, baru nak letap punggung , ada masej masuk 'alia, matriks 3X3 masuk'  . Huarghhh  , masa tu letih giler kot. Sebab memang tak study pun matriks 3 X 3 tu sebab dengar-dengar tak masuk.

Masa tu jugak , lari dekat Ekin , nak suruh ajar , rupanya dia makan. Lari bilik Jannah suruh ajar , dia lak takde , teringatkan Shu , terus suruh Shu. Masa tu juga aku belajar matriks 3 X 3. Satu jam terakhir. Alhamdulillah , mudah sangat aku masuk dan terima.

Seribu terima kasih pada semua yang sudi bantu aku dalam episod nak luluskan Math aku. Ha kawww , episod macam dah drama la pulak. Okayyy , Salam permisi ku undur diri. Kbaiii

'insyaallah , kita akan ditakdirkan bersama'


2 comments:

mth3 said...

kalau ada kemahuan di situ ada jalan, kalau xnak mmg payah la.

Jadi mcm mana perasaan tu, selepas berusaha dengan cara yang betul, ujian. Ada perbezaan? daripada dulu yang yang pergi dan jawab.???

ada rasa macam satu kepuasan?? macam satu beban dah terangkat dari bahu???

Nisa said...

You did your best. You studied, you prayed, you made dua's. So serahkan segalanya pada Allah azza wa jalla.

I wish you all the best in life.