Result manuskrip lulus

Benarlah bait-bait lagu ' jangan difikir derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan. setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali.'

Syukur , meskipun tepat jam 12.10 aku jatuh terkandas dek keputusan MUET dan ianya benar-benar memilukan hati aku namun aku harus tabah kerana memang aku dah memain sangat kan jawab MUET tu. Malah siap boleh tidur lagi. Ini makannya Alia. 

Tapi tepat jam 3.05 pagi pula aku dikhabarkan dengan berita gembira iaitu manuskrip aku bakal diterbitkan menjadi sebuah novel. Sudah lama aku nantikan. Syukur alhamdulillah. Syukur sangat. Aku memang sangat tak sangka. Perancangan Allah itu baik.

Aku baru sahaja terluka dengan keputusan MUET hadirkan keputusan lain yang meredakan hati aku.

Alhamdulillah.

Aku bakal menjadi seorang penulis. Terima kasih. Lama aku nantikan saat ini. Allahurabbi.




1 comment:

Anis Amira said...

tahniah :D waa . hehe . jadi penulis . Bukan senang tuh nak jadi penulis . Lagi lagi novelis . Congrats ^_^