Pantai sri tujuh, tumpat

Rerancang saje nak luangkan masa ajet-ajet nak sambut beday untuk semua dekat pantai sri tak berapa nak tujuh tu dekat tumpa kelantan tu.

Okay.

Rancangan asalnya ada lebih kurang macam 12 orang tapi lepas diduga dan diuji akhirnya yang pergi hanyalah 10 orang pada jam 2 petang bersamaan dengan 1 januari 2014 bersamaan dengan hari pertama 2014 dan bersamaan dengan hari pertama umur kami 20 tahun.

Mula-mula pergi betulkan kad bank ukhti lepas tu nak keluar duit semua bank dan semua jenama bank dah tak boleh nak keluar duit. tak tahu kenapa? Lepas tu pergi la nak main bowling. Sekali lagi kami diuji bilamana semua full dan memang tak ada tempat ah.

Masa tu pulak dah pukul 3 petang jadi tak ada la kitorang nak tunggu sebab nak kejar pergi pantai kan. Tapi memang pelik gila kelantan semalam sebab dekat KB Mall pun angin dia mak rabbi. Kuat giler apatah lagi dah sampai ke pantai. Memang sah ah sampai aku yang berat giler ni pun boleh terbang. Acah ! tipu je.

Kitorang dah rerancang nak beli kek buah yang paling sedap dialam semesta. Memang sangat sedap lagipun krim dia tak muak sangat.

Setiap dari kami mulanya kena keluarkan 10 ringgit. Dah tambah tolak dengan segala macam akhirnya telah menjadi seorang kena bayar 25 ringgit.


Kek ni memang kitorang suka gilak ah. Tapi masa letak kek ni dekat atas kotak , gasak kek berpasir sikit tapi tetap dabomb sedap giler k. Angin kuat sebab tu pasir berterbangan. Jeles dengan kitorang la tu sebab dapat makan kek banyak.

Tapi masa angin ombak kuat, aku cuma takut tsunami je. berdoa  bebanyak dalam hati. Alhamdulillah.



Masa ni bebaru sampai dekat pantai nie. memang teruja sebab angin dia sangat sejuk dan rasa macam angin tu culik sekali masaalah kita. Setel !


Berusaha kooo angkut kayu sebab tak bawak tikar. Lupaaa gila. Jadi terpaksa duduk atas pasir atau carik kekayu yang ada



Berterbang-terbang kau punya tudung. Kalau Elis ada , mesti dia punya tudung je yang statik. Tudung orang lain semua dah terbang sana sini.


Macam cantik je macam comel je macam cute je macam perasan je macam memang cantik je macam perasan tak sedar diri je. Tapi aku tetap rasa ini comel. HAHA

Memasing dah terover happy kan. Semua seronok nak melompat. Aku tak tahu apa motif aku buat macam tu. Ingat cantik ke apa ? Tak pun.


Gambar ni sekali pandang macam cantik. Gilaaa ko perasan weh. Gambar ni asal nak buat ala-ala macam layan perasan dekat pokok. Lama punya camerawoman nak snap sampai aku dan tersenyum. Rupanya dalam diam ada orang dekat belakang tu. Aku boleh tak perasan. Spoil la kooo kak cik. HAHA.

Tapi cun bila lelame tgk gambar nie. Puih!




Lepas tu masa nak balik ada sedikit kejadian dengan mamat perasan macam bagus tu. Dia dah la park belakang kereta ktorang lepas tu mmber dia cakap ah kitorang nak kuar. Dia selamber badak ah cakap yang pandai parking pandai kuar ah.

Banyak buruk muka ko. Tapi bergerak ke pantai kejap-kejap pandang. Kalau belagak sangat tak nak beralah tak payah ah pandang. Apa kau ingat kami perlukan bantuan kau ke wahai manusia laisa adab? Geram. Akhirnya kami dapat keluar dengan bantuan sendiri.

Sebelum blaaa tu aku takkan mengalah macam tu je. Aku hon mamat biadap tu lama-lama sebab nak bagitahu yang lain kali jaga adab tu. HAHA. bajet macam aku ni baik sangat ha.

Last tu gambar atas ni kami gerak ke surau nak bergambar. tu dekat dekat laut ke tasik aku sendiri tak tahu. Aku rasa pantai kot. HAHA.

Alhamdulillah.. Semua setel. kami sampai ke Nilam Puri dalam jam 7 petang. Penat tak terasa sangat pun sebab seronok k walaupun dua orang tak ada.

kbaiii

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

4 comments:

Hani Nabilia said...

bestnya... landskap cantik.. :)

Kin Naz said...

cantik tempat tu :)

eyqa yushaiza said...

bestnye lepaks dengan kawan2, rindu pulak diaorang.. :)

Cik Nadyya said...

wah! bestnya :)