Sampai bila ?

Terdiam aku berfikir sejenak.

Bangun sahaja dari tidur terus aku ajukan soalan itu kepada dia. Hatiku jadi sayu tiba-tiba. Fikirku semula mungkin itu sebab aku tidur waktu maghrib barangkali. Semata-mata untuk sedapkan hati.

Aku bangun dan solat maghrib. Seketika, aku terduduk termangu memikirkan diri aku. Sampai bila aku akan begini. Adakala aku berasa sangat letih dan tak larat. Aku letih melakukan semua ini. Aku bukannya robot yang langsung tak ada rasa penat.

Sampai bila aku nak tunggu bulan jatuh ke riba?

Aku sebak , aku mohon kekuatan dari Allah. Selagi mampu aku ada kekuatan, aku pasti akan lakukan. Tapi andai kata aku letih dan penat. Perlahan-lahan aku akan mengalah.

Aku letih bila dia langsung tidak memandangku. Sedih ? Tipu andaikata manusia seperti aku tak sedih. Aku tertanya kenapa dia tak beri kata putus terus? Katakan pada aku supaya aku boleh berhenti berharap. Aku juga tak mahu menunggu. Tapi selagi tak ada jawapan tepat aku masih menunggu.

Semua ini amat menyakitkan. *Tears

'insyaallah, kita akan ditakdirkan bersama'

No comments: